UBAT GIGI SENSODYNE MENGEMBALIKAN NIKMAT MAKAN SEDAP!
Isnin, Januari 24, 2022UBAT GIGI SENSODYNE MENGEMBALIKAN NIKMAT MAKAN SEDAP! | Assalammualaikum semua! Tahun 2022 Ruby adalah tahun untuk Ruby menjaga kesihatan. Ia termasuk kesihatan gigi dan oral.
Baru-baru ini telah berlangsung pelancaran produk Sensodyne Repair & Protect Deep Repair baharu! Ruby baru tahu bagaimana ubat gigi ini berfungsi melindungi gigi kita dari rasa sensasi seperti ngilu tu.
Impak sensitiviti gigi semasa makan sangat tidak selesa. Ada kala ia terlalu ngilu secara tiba-tiba. Terkejut tau! Paling terasa ngilu adalah apabila minum air masam atau menghisap gula-gula masam. Kemudian coklat yang manis dan aiskrim yang sejuk beku tu. Fuhhh boleh rosak mood dan selera makan.
Korang tahu tak?, rupa-rupanya ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair ini dikuasakan oleh teknologi NovaMin®. Ia membentuk lapisan pelindung di atas kawasan gigi sensitif. Terus Ruby beli 3 jenis variasi iaitu Original, Extra Fresh dan Whitening. Ruby dan suami dah beralih ke Sensodyne. Demi kesihatan gigi dan oral kami.
UBAT GIGI SENSODYNE MENGEMBALIKAN NIKMAT MAKAN SEDAP!
KEMPEN #RECLAIMLIFESMALLPLEASURES
"Kami faham bahawa ketidakselesaan yang disebabkan oleh kepekaan gigi boleh menghalang kami daripada menikmati kehidupan kami. kesenangan kecil. Ketika negara menghampiri kembali normal pasca-pandemi, keadaan Kempen #ReclaimLifeSmallPleasures bertujuan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengawal penjagaan mulut dan nikmati detik-detik kecil yang mereka ada - sama ada penerokaan makanan setiap hari, percubaan dan pengalaman - tanpa perlu risau tentang sensitiviti gigi. Lagipun, hidup terlalu singkat untuk sensitiviti gigi,” kata Bryan Wong,Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia.
Kajian terbaru yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare dan Ipsos mengenai impak COVID-19 ke atas tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna mendapati bahawa pengurangan kekerapan kunjungan ke klinik gigi semasa pandemik menjadi punca utama perubahan tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna di Asia Tenggara semasa tempoh ini¹. Kajian itu turut mendapati bahawa kurang daripada suku responden (23%) mengakui menggunakan ubat gigi khusus bagi menangani masalah kesihatan mulut tertentu yang dihadapi oleh mereka¹.
Wong menambah, “Menurut nasihat Kementerian Kesihatan, rakyat Malaysia digesa untuk mengutamakan amalan penjagaan kesihatan di peringkat individu dan mempelajari pelbagai cara untuk mengenal pasti dan mengurus gigi sensitif, dan kami berharap melalui kempen ini, penghidap gigi sensitif boleh mendapatkan perlindungan yang mereka perlukan daripada Sensodyne.”
3 JENIS SENSODYNE REPAIR & PROTECT DEEP REPAIR
Mulai sekarang hingga 31 Januari 2022, GSK Flagship Store mengadakan promosi istimewa di Shopee. Dengan berbelanja minimum RM35 untuk semua produk Sensodyne, pengguna akan mendapat DISKAUN 10% tambahan dan Baucar ShopeeFood RM5.
Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga tersedia di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya besar di seluruh Malaysia.
NOTA
*Membentuk lapisan perlindungan pada bahagian sensitif gigi. Gosok gigi dua kali sehari untuk perlindungan daripada kesensitifan yang berpanjangan
Penafian (Disclaimer) : Maklumat yang disiarkan adalah semata-mata untuk tujuan pendidikan dan maklumat, tidak bertujuan sebagai pengganti nasihat profesional dan tidak boleh dipercayai seperti itu. Keputusan individu mungkin berbeza-beza. Rujuk doktor gigi anda jika gejala berterusan
¹GSK Consumer Healthcare. Back to the dentist – new study highlights urgent need to tackle oral healthcare habits post COVID-19. 18 Mac 2021. Dipetik daripada pautan.
²GSK Consumer Healthcare. Sensodyne Southeast Asia & Taiwan Quantitative Research – Malaysia Market Session. September 2021.
³Sensodyne Malaysia. Symptoms of Sensitivity. Oktober 2021. Dipetik daripada pautan.
0 comments
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.