WARDAH CRYSTAL SECRET DENGAN FORMULASI BERGANDA EKSTRAK BUNGA EDELWEISS | Assalammualaikum semua! Pada 19 Januari 2022 yang lalu telah berlangsung pelancaran rangkaian baharu Wardah Skincare. Rangkaian produk penjagaan kulit yang menyasarkan kepada rawatan kulit kusam, jeragat dan memberi sinar ini dahulunya dari nama Wardah White Secret.
Baca di sini >> https://www.ruby.my/2017/12/wardah-white-secret-rahasia-kulit-cerah.html?m=1
Sekarang, ia telah dinaiktaraf dari formulasi dan manfaat berganda. Nama juga di beri sebagai Wardah Crystal Secret. Ruby teruja sangat ingin mendapatkan kulit semulus kristal. Hehehe.
Tahniah Wardah kerana meneruskan legasi produk yang penuh rahsia alam. Sebagai pengguna siri yang lalu, Ruby tidak sabar ingin mencuba rangkaian yang baharu. Terima kasih Wardah.
WARDAH CRYSTAL SECRET DENGAN FORMULASI BERGANDA EKSTRAK BUNGA EDELWEISS
Wardah Beauty memperkenalkan Wardah Crystal Secret. Rangkaian set penjagaan kulit dengan dua kali ekstrak bunga Edelweiss dan Alpha Arbutin tulen. Wardah Beauty, peneraju jenama kecantikan berkonsepkan Halal-beauty yang berasal dari Indonesia kini tampil dengan rangkaian produk penjagaan kulit baharu, Wardah Crystal Secret.
Melalui kerjasama glocal rapat antara pakar tempatan dari Indonesia dan pakar bertaraf dunia dari Switzerland bagi mengenali permintaan bagi penjagaan kulit wajah wanita Asean, Wardah Crystal Secret hadir dengan formulasi lebih berkesan dengan bahan aktif yang lebih efektif, tekstur yang selesa serta cepat meresap untuk hasil kulit yang tampak sihat, cerah dan bercahaya bak kristal.
Bahan bahan utama dalam Wardah Crystal Secret telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan yang amat teliti. Rangkaian ini menawarkan 2x ekstrak bunga Edelweiss yang diambil dari kawasan Pegunungan Alpen Swiss. Dari prosess pemilihan benih, penuaian, sehingga proses mengekstrak, semuanya dipastikan dengan teliti oleh pakar yang terpilih.
Wardah Crystal Secret juga mengandung bahan aktif pencerah kulit terbaik Alpha Arbutin yang berkesan untuk menyamarkan noda hitam pada wajah, dan memberikan tona kulit yang lebih sekata.
Bahan ini hanya diperolehi daripada pembekal professional bertaraf dunia yang berpengalaman tinggi, selain memastikan kualiti dan keberkesanannya melalui uji kaji yang teliti.
Encik Mario Kristiono, Head of Product Innovation of Paragon Corp |
“Lebih dari 25 tahun (4 tahun di Malaysia), Wardah terus berinovasi untuk menghasilkan produk kecantikan untuk wanita Asean. Pada tahun 2021, Wardah telah menjadi jenama kecantikan pilihan no 1 wanita di Indonesia.
Untuk terus menjadi jenama kecantikan yang dekat dengan pengguna, seiring dengan peredaran semasa, Wardah menyempurnakan varian produknya dengan memperkenalkan Wardah Crystal Secret yang diformulasikan untuk kulit sihat, bersih bercahaya dari dalam tanpa noda hitam dengan tekstur halus dan lembut.” ujar Mario Kristiono, Ketua Inovasi Produk di Paragon Corporation yang memiliki Wardah Beauty.
Wardah Crystal Secret hadir dengan 2x lebih banyak ekstrak bunga Edelweiss untuk menyempurnakan kecerahan kulit secara menyeluruh di setiap lapisan kulit. Edelweiss juga disebut sebagai "Survival Star", yang merujuk kepada kekuatannya yang tak terbatas untuk tumbuh dan terus hidup dalam iklim melampau dengan radiasi Utraviolet (UV) yang tinggi.
Diperkaya dengan antioksidan dan zat perlindungan yang tinggi, ekstrak bunga Edelweiss memiliki kemampuan untuk tidak hanya mencerahkan dan menyamarkan noda hitam di wajah, malahan juga meningkatkan fungsi perlindungan kulit untuk kulit berseri-seri dari dalam.
2x ekstrak ini kemudian diformulasikan ke dalam Wardah Crystal Secret untuk meningkatkan efikasi yang sudah luar biasa, membuat produk ini menjadi formulasi terbaik dalam melindungi dan menyempurnakan tona kulit.
Encik Fabrice Guillemard, DSM Global Skin Expert |
Wardah Skin Innovation telah bekerja sama dengan lebih 300 ahli kecantikan dari 25 negara dan lebih 200 perintis muda Indonesia dalam mengembangkan produk, dan 45,000 penasihat kecantikan.
Secara besar-besaran, Wardah melakukan research & development dan bekerja sama dengan pembekal bertaraf global untuk menghasilkan produk terbaik dan tepat bagi pengguna.
Dalam membangunkan industri Halal-beauty, Wardah menerapkan piawaian tinggi yang memberi fokus kepada penelitian, inovasi dan kemajuan teknologi.
“Dalam melakukan inovasi, Wardah memiliki kekuatan pasukan teknologi R&D dengan kolaborasi jaringan bersama ramai pakar-pakar global. Wardah bekerja sama dengan penasihat global dalam R&D, serta pakar dermatologi dari Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Thailand, India, juga Indonesia.
Produk Wardah dibuat menggunakan bahan asli dan tulen terbaik yang didapati dari seluruh dunia dan setiap produk Wardah telah menjalani ujian keselamatan (safety test) dan ujian klinikal (clinical test) yang dilakukan di peringkat antarabangsa.”, sambung Mario Kristiono.
RANGKAIAN PRODUK WARDAH CRYSTAL SECRET
Rangkaian produk Wardah Crystal Secret akan mula dipasarkan di dalam talian di Wardah Official Store on Shopee, Watson and Guardian di seluruh negara daripada sekarang dengan harga bermula RM8.68 sehingga RM37.00.
Terdapat 7 produk untuk anda miliki, iaitu:
SESI PERKONGSIAN PENGGUNA
SESI CRAFTIVITI AROMA WAX SACHET
WARDAH CRYSTAL SECRET AUGMENTED REALITY (AR)
MENGENAI WARDAH
Wardah adalah jenama perintis kosmetik halal yang telah hadir sejak tahun 1995 dan berada di bawah naungan PT Paragon Technology and Innovation (PTI). PTI diasaskan oleh Ibu Nurhayati Subakat yang juga kini Pengarah PTI. Jenama kosmetik halal ini juga selalu berusaha mengutamakan kualiti tinggi dalam menyokong wanita untuk tampil cantik. Sebagai brand beauty & makeup expert Wardah mengusung ‘Beauty Moves You” sebagai tagline.
Wardah percaya bahawa produk kecantikan tidak hanya memberikan kecantikan pada luaran, malah kecantikan juga dapat dirasakan oleh pengguna dan sekitar. Wardah pun sentiasa memberikan sumbangan dalam menyebarkan pengaruh nilai nilai murni yang bermula dari diri sendiri, untuk alam sekitar, dan kehidupan.
#crystalclearmovesyou #wardahbeautymy
WARDAH MALAYSIA | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER | YOUTUBE
cantiknyaaa packaging. ekslusif. lagi bagus formulasinya. Bagi yang ada masalah kulit kering dan kusam, boleh la guna ni
BalasPadamWowww cantik gilerr pakaging baru dia ni, bagaikan diamond gitu, klasss.. kita pakai wardah bedak muka dia jer, nanti nk try laa tengok set produk yang ni.
BalasPadam