CALIFT GOLD SUSU UNTUK SENDI DAN LUTUT MENERIMA THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2022 | Assalammualaikum semua! Tahniah Ruby ucapkan kepada jenama kesihatan tempatan iaitu Calift Gold yang berjaya memenangi THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2022.
Calift Gold adalah jenama susu untuk sendi dan lutut yang telah berada di pasaran sejak 2016, pada tahun 2019 telah memasuki pasaran Singapura dan terus berkembang sehingga hari ini.
CALIFT GOLD SUSU UNTUK SENDI DAN LUTUT MENERIMA THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2022
Penerimaan anugerah ini adalah anjakan paradigma bagi jenama Calift Gold agar terus maju mencapai impian bersama pasukan usahawan jutawan mereka.
Menerusi kategori Welness Joint & Knee Pain Solutions, jenama Calift Gold diiktiraf sebagai jenama unggul. Ruby berkesempatan mewawancara pasangan suami isteri iaitu Pengasas Calift Group Sdn. Bhd. Encik Mohd Azizul Bin Mohd Esa dan Puan Nor Nabiha Nadia Binti Ismail.
Kedua-dua pengasas ini memiliki latar belakang pengalaman yang yang luar biasa. Encik Mohd Azuzul Bin Mohd Esa adalah R&D Manager di syarikat pengeluar makanan. Manakala Puan Nor Nabiha Nadia Binti Ismail adalah pengamal undang-undang yang berjaya. Beliau adalah Peguam Jenayah yang memiliki syarikat guaman sendiri.
Mereka meninggalkan kerjaya itu dan terus fokus di dalam bidang perniagaan. Bermula dengan menimba ilmu, belajar dengan mentor dan tidak putus asa untuk mencapai impian. Pengiktirafan di THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2022 adalah untuk pasukan kami semua. Hari yang bermakna buat kami.
Penubuhan Calift Gold bermula dari susu untuk kanak-kanak Qaleef. Namun, telah menerima permintaan untuk susu untuk sendi dan lutut. Rumusan Calift Gold adalah untuk melegakan sakit sendi dan lutut. Dirumus tanpa gula tambahan dan formulasi khas 100% dari bahan-bahan semulajadi.
Susu Calift Gold adalah minuman PRACAMPURAN SUSU KAMBING berkualiti tinggi yang diimport dari Belanda dan diformulasikan dengan manfaat kesihatan daripada 100% sumber semulajadi yang berkualiti serta berkhasiat tinggi. 5 bahan utama adalah Buah Delima, Madu, Kurma, Gam Arabika dan Stevia. Susu ini disahkan Halal oleh JAKIM dan selamat di minum.
MENGENAI CALIFT GOLD
Ditubuhkan pada tahun 2016, Calift Group Sdn. Bhd. diasaskan oleh Encik Mohd Azizul Bin Mohd Esa dan Puan Nor Nabiha Nadia Binti Ismail. Bermula dengan susu kanak-kanak Qaleef, kini perniagaan fokus kepada susu untuk sendi dan lutut sahaja iaitu Calift Gold. Sasaran jualan pada tahun 2022 adalah 3 kali ganda dari hasil jualan pada tahun sebelum ini. Pasaran dunia adalah impian kami. Pada masa akan datang, Calift Group merancang untuk mengeluarkan produk baharu iaitu Susu untuk kecantikan.
Tags
Entrepreneurship