DETTOL MELANCARKAN MISI MENDIDIK 100,000 PELAJAR SEKOLAH MEMBASUH TANGAN SECARA SIHAT | Assalammualaikum semua! Walaupun amalan membasuh tangan sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kita. Namun, masih ada pelajar sekolah yang perlu di ambil perhatian untuk terus melakukan amalan membasuh tangan dengan betul dan konsisten. Dengan cara begitu, pelajar akan yakin dengan tahap kebersihan tangan.
Dettol Malaysia dengan bangganya melancarkan kempen kesedaran awam iaitu Dettol Purpose Programme 2022 dengan sokongan serta kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyasarkan 100,000 pelajar sekolah berumur antara tujuh hingga sembilan tahun.
Melalui inisiatif ini, Dettol akan memperkenalkan Hygiene Quest, satu rangkaian modul kurikulum yang menggunakan episod animasi singkat, komik, pelan pelajaran serta pelbagai aktiviti yang berkisar mengenai pengembaraan empat watak wira bagi menyampaikan objektif pembelajaran. Kursus komprehensif ini telah dibangunkan oleh rakan kongsi pendidikan global terkemuka dan turut melibatkan rangka kerja pengukuran untuk memberikan impak maksimum.
Dr. Say Shazril juga telah dilantik sebagai duta untuk membantu mendidik orang ramai yang lebih luas mengenai kepentingan amalan kebersihan yang baik dan berperanan sebagai penyokong bagi kanak-kanak ini.
“Di Dettol, matlamat kami adalah untuk melindungi dan memupuk usaha gigih dalam membentuk dunia yang lebih bersih lagi sihat. Melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan seperti ini, kami menjalankan misi kami untuk membantu melindungi orang ramai dari semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak, daripada kuman dengan menekankan kepentingan tabiat yang sihat.
Tangan adalah anggota yang paling mudah mendapat kuman. Jadi, untuk melaksanakan misi mendidik 100,000 pelajar seharusnya bermula dari sekolah rendah agar pelajar-pelajar ini boleh amalkan di mana sahaja. Sama ada di rumah atau keluar beriadah bersama keluarga. Mereka tahu tanggungjawab membasuh tangan selepas makan, selepas pulang dari sekolah dan sebagainya. Pendidikan awal dapat memupuk gaya hidup sihat. Betul kan?
DETTOL MELANCARKAN MISI MENDIDIK100,000 PELAJAR SEKOLAH MEMBASUH TANGAN SECARA SIHAT
Dettol Malaysia dengan bangganya melancarkan kempen kesedaran awam iaitu Dettol Purpose Programme 2022 dengan sokongan serta kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyasarkan 100,000 pelajar sekolah berumur antara tujuh hingga sembilan tahun.
Di bawah inisiatif jenama Hidup Sihat, Malaysia Hebat, program sekolah ini akan dilancarkan di lebih 400 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia mulai 17 Januari 2022 dengan matlamat untuk mendidik pelajar daripada darjah satu hingga darjah tiga agar mengamalkan serta mengekalkan tabiat kebersihan yang sihat daripada usia muda.
Dalam dunia hari ini, di mana tahap pencemaran semakin meningkat dan pelbagai penyakit kian muncul, ia adalah penting untuk kanak-kanak mula belajar teknik mencuci tangan yang betul pada usia awal bagi memupuk tabiat sepanjang hayat. Bagi membentuk tabiat yang lebih baik dan meningkatkan piawaian kebersihan, Dettol menegaskan bahawa amalan mencuci tangan secara kerap adalah salah satu cara terbaik untuk menghapuskan kuman, dan mencegah penularan kuman kepada orang lain.
Peringkat awal kanak-kanak adalah tempoh pembinaan dimana tabiat sihat terbentuk, termasuk amalan kebersihan yang baik. Inisiatif Dettol Purpose Programme, dibina untuk memacu perubahan tingkah laku dan mewujudkan tabiat kebersihan yang berkekalan berhasrat untuk melaksanakan siri sesi pendidikan yang menyasarkan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak bagi meningkatkan pengetahuan mereka di samping memupuk amalan kebersihan tangan.

Menurut Dr. Steven KW Chow, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta, Malaysia (FPMPAM) dan Pengerusi bagi program perkongsian Pendidikan Awam FPMPAM/Dettol, “Adalah sangat penting untuk menerapkan amalan mencuci tangan yang betul dan menjaga kebersihan sebagai sebahagian daripada latihan rutin untuk semua pelajar sekolah. Ini adalah langkah pencegahan asas yang paling kos efektif dan harus diamalkan seawal mungkin untuk semua kanak-kanak sekolah rendah.”
Peringkat awal kanak-kanak adalah tempoh pembinaan dimana tabiat sihat terbentuk, termasuk amalan kebersihan yang baik. Inisiatif Dettol Purpose Programme, dibina untuk memacu perubahan tingkah laku dan mewujudkan tabiat kebersihan yang berkekalan berhasrat untuk melaksanakan siri sesi pendidikan yang menyasarkan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak bagi meningkatkan pengetahuan mereka di samping memupuk amalan kebersihan tangan.
Pelbagai aktiviti kreatif telah dirancang bagi menggambarkan konsep kebersihan tangan dari segi “situasi yang betul”, “langkah yang betul”, dan “tempoh yang betul”.
“Kanak-kanak adalah agen perubahan yang berkuasa yang menggunakan pengaruh mereka untuk membawa balik pesanan kepada ibupada mereka dan masyarakat dengan lebih luas. Dengan sokongan dan penglibatan pihak yang betul, kami boleh meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara signifikan, membantu mereka berkembang, mempelajari dan memupuk amalan harian yang kami harap akan menjadi perubahan kebiasaan yang kekal.Inilah sebabnya mengapa kita perlu memulakan proses asuhan dan pendidikan pada peringkat awal kehidupan dimana tabiat sihat diamalkan, dan amalan kebersihan tangan menjadi satu kebiasaan,” kata Gonzalo Balcazar, Pengurus Besar Serantau Reckitt Malaysia, Singapura dan Vietnam.
Melalui inisiatif ini, Dettol akan memperkenalkan Hygiene Quest, satu rangkaian modul kurikulum yang menggunakan episod animasi singkat, komik, pelan pelajaran serta pelbagai aktiviti yang berkisar mengenai pengembaraan empat watak wira bagi menyampaikan objektif pembelajaran. Kursus komprehensif ini telah dibangunkan oleh rakan kongsi pendidikan global terkemuka dan turut melibatkan rangka kerja pengukuran untuk memberikan impak maksimum.
Dr. Say Shazril juga telah dilantik sebagai duta untuk membantu mendidik orang ramai yang lebih luas mengenai kepentingan amalan kebersihan yang baik dan berperanan sebagai penyokong bagi kanak-kanak ini.
“Saya sangat gembira kerana program seperti ini akhirnya dilancarkan di sekolah, lebih penting lagi, di peringkat sekolah rendah. Mempelajari tabiat menjaga kebersihan tangan dengan baik yang mudah ini akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak bukan sahaja pada hari ini, tetapi ke peringkat dewasa serta generasi akan datang.
Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan Dettol dalam inisiatif ini dan saya berharap agar kami dapat melebihi sasaran 100,000 kanak-kanak supaya lebih ramai kanak-kanak didedahkan kepada kepentingan menjaga kebersihan tangan mereka pada setiap masa,” kata Dr. Say.
“Di Dettol, matlamat kami adalah untuk melindungi dan memupuk usaha gigih dalam membentuk dunia yang lebih bersih lagi sihat. Melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan seperti ini, kami menjalankan misi kami untuk membantu melindungi orang ramai dari semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak, daripada kuman dengan menekankan kepentingan tabiat yang sihat.
Sebagai peneraju dalam perlindungan kuman, kami amat percaya bahawa melalui program ini, kami akan berupaya untuk membantu menjaga kesihatan keluarga di Malaysia demi masa depan yang lebih baik dan sihat,” tambah Balcazar lagi.
MENGENAI DETTOL
Dettol telah menjadi jenama yang dipercayai untuk perlindungan kuman selama lebih 80 tahun, membantu mencegah penyebaran kuman untuk mengurangkan penyakit dengan produk antiseptiknya yang terkenal di seluruh dunia. Sains dan kepakaran Dettol melangkaui mikrobiologi dan virologi termaju pada keupayaan penyelidikan global. Makmal dan perkongsian di seluruh dunia membolehkan Dettol memahami cara kuman merebak dan memberi tumpuan kepada cara mencegah kuman ini daripada menjangkiti manusia.
Misi Dettol adalah untuk membantu menjaga kesihatan keluarga di seluruh dunia melalui kebersihan yang lebih baik dan melindungi kehidupan dengan mengurangkan beban penyakit. Kami terus bersemangat bekerjasama dengan rakan kongsi dan persatuan perubatan di seluruh dunia untuk memacu perubahan gaya hidup bagi mewujudkan tabiat kebersihan yang berkekalan. Hari ini, Dettol ialah jenama Perlindungan Kuman #1 di dunia.
MENGENAI RECKITT
Reckitt* wujud untuk melindungi, menyembuhkan dan memupuk dalam usaha gigih mengejar dunia yang lebih bersih dan sihat. Kami percaya bahawa akses kepada kebersihan, kesihatan dan khasiat berkualiti tinggi adalah hak, bukan keistimewaan. Reckitt ialah syarikat di sebalik beberapa jenama pengguna yang paling dikenali dan dipercayai di dunia dalam kebersihan, kesihatan dan pemakanan, termasuk Air Wick, Dettol, Durex, Enfagrow A+, Enfamama A+, Finish, Gaviscon, Harpic, Lysol, Mortein, Mucinex, Strepsils, Vanish, Veet, Woolite dan banyak lagi.
Setiap hari, lebih daripada 20 juta produk Reckitt dibeli di seluruh dunia. Kami sentiasa mengutamakan pengguna dan orang ramai, mencari peluang baharu, berusaha untuk kecemerlangan dalam semua yang kami lakukan dan membina kejayaan bersama dengan semua rakan kongsi kami. Kami berhasrat agar sentiasa melakukan perkara yang betul.
Kami adalah pasukan global dengan lebih daripada 43,000 rakan sekerja. Kami menggunakan tenaga kolektif kami untuk memenuhi cita-cita kami untuk jenama yang diterajui, demi planet yang lebih sihat dan masyarakat yang lebih adil. Ketahui lebih lanjut, atau hubungi kami di www.reckitt.com

Tags
Kesihatan
Memang dah jadi kebiasaan kan.. takde covid pun memang kena cuci tangan.. tu amalan Sis laa dr dulu.. cuma skrg kena lebih kerap lagi...
BalasPadamlove to read about brands taking the extra efforts to give back to the society. thanks for sharing about what dettol is doing, it really makes me happier as a consumer to know of its contribution to school children! :)
BalasPadam