JUALAN BUKU ‘MARI BACO’ BIG BAD WOLF BOOKS GEGAR NEGERI KELANTAN | Assalammualaikum semua! Wahhh Big Bad Wolf Books (BBWB) akan berada di Kelantan lah! Bagi pengikut Ruby yang telah mengikuti Ruby sangat enjoy di setiap jualan BBWB yang telah Ruby tanpa gagal hadir. Kini, giliran anda di Pantai Timur untuk enjoy betapa seronoknya ke syurga buku BBWB.
Bermula dari BBWB pertama Ruby pergi pada tahun 2011 ketika masih bujang telah membuka keseronokan berganda membaca buku bahasa Inggeris. Dari rutin itu, secara automatik turun kepada anak-anak. Perlahan-lahan mahirkan bahasa inggeris dengan membaca dan menulis. Kemudian berkomunikasi. Kami sangat teruja setiap kali ada BBWB kembali. Bak kata pepatah "One book is never enough." Hehehe.
Jadi, jom Mari Baco BBWB! 24 Februari 2022 sampai 6 Mac 2022 aje. Berehhhhh.
JUALAN BUKU ‘MARI BACO’ BIG BAD WOLF BOOKS GEGAR NEGERI KELANTAN
Big Bad Wolf Books, dengan misinya untuk ‘Mengubah Dunia, Berdikit-dikit dengan Buku’ (Changing The World, One Book At A Time), akan menuju ke Kelantan buat kali pertama, sempena Jualan Buku ‘Mari Baco’. Bermula dari 24 Februari hingga 6 Mac 2022, jualan selama 11 hari ini akan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam di Lotus’s Kota Bharu dan menawarkan diskaun sehingga 95%!
Jualan Buku ‘Mari Baco’ – dengan tema eksklusif untuk Kelantan, adalah sebahagian daripada kempen membaca Big Bad Wolf Books 2022 bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan buku pada harga berpatutan dan menjadikan tabiat ini boleh dicapai oleh semua.
Bermula dari Kelantan, Big Bad Wolf Books akan melawat negeri-negeri di negara ini dengan tema eksklusif berserta tawaran hebat. Kempen membaca ini ialah sebahagian daripada misi Syarikat untuk terus menggalakkan orang ramai membeli sebuah atau dua buku sama ada untuk diri mereka, rakan atau keluarga mereka bertujuan untuk memperkasa pengetahuan mereka.
Buku Big Bad Wolf bertujuan untuk melahirkan generasi pembaca baharu dan meningkatkan pembacaan bahasa Inggeris.
JUALAN BUKU TERBESAR DI DUNIA
Apabila tiba di Lotus’s Kota Bharu, pengunjung akan dapat melihat ‘sarang serigala’ besar yang terletak di tempat letak kereta Lotus. Sebaik sahaja memasuki ‘sarang serigala’ ini, pelawat boleh membelek lebih daripada 10,000 judul buku daripada pelbagai kategori sama ada untuk kanak-kanak, fiksyen atau bukan fiksyen! Seperti di setiap ‘Jualan Buku Big Bad Wolf’ lain yang telah diadakan sejak 2009, rakyat Kelantan dari pelbagai peringkat umur kini akan dapat menikmati pilihan buku yang mampu dimiliki dan berkualiti dari Big Bad Wolf Books sepanjang tempoh jualan ini.
PROMOSI JUALAN BUKU MARI BACO BBW
Di sepanjang Jualan Buku 'Mari Baco', pengunjung boleh menikmati tawaran eksklusif buku berbahasa Inggeris yang berharga sehingga 95% daripada harga runcit yang disyorkan, mencari permata yang jarang-jarang ditemukan di bahagian buku yang berharga RM3, RM5 dan RM8 dan banyak lagi. Rakan kongsi Big Bad Wolf Books dan pengedar tempatan Malaysia, Kualiti Books, juga akan menawarkan pelbagai judul buku pendidikan dan hiburan berbahasa Melayu daripada PTS, IMAN Shoppe, Sasbasi, Pustaka Azhar bermula dari RM2.
Big Bad Wolf Books juga ingin menjemput pelajar kolej dan universiti untuk melawat ke jualan kami serta menikmati diskaun 5% daripada jumlah bil dengan pembelian minimum RM40. Untuk menebus, pelajar hanya perlu mengemukakan kad pengenalan rasmi pelajar pada juruwang.
Selain itu, pelanggan pasar raya Lotus yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit semasa ‘Jualan Buku’ ini juga akan mendapat diskaun 5% daripada jumlah pembelian. Untuk menebus diskaun, pelanggan hanya perlu menunjukkan resit sebarang nilai dari pasar raya Lotus.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan minuman di Lotus’s Kota Bharu dan bersiap sedia untuk mengembara ke dalam ‘Sarang Serigala’. Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan ini sememangnya Jualan Buku yang tidak anda boleh lepaskan!
MENGENAI BIG BAD WOLF BOOKS
Jualan Buku Big Bad Wolf dilancarkan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada tahun 2009, hasil idea bernas oleh pengasas BookXcess, Andrew Yap dan Jacqueline Ng. Mengikut kata-kata pengasas, misi utama Big Bad Wolf Books adalah untuk memupuk tabiat membaca, meningkatkan literasi Bahasa Inggeris di seluruh dunia, dan membina generasi pembaca baharu dengan menawarkan buku berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mudah diakses oleh orang ramai.
Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, jualan buku ini adalah inisiatif advokasi membaca global yang bertujuan untuk mendorong orang dari semua peringkat umur untuk menerokai keseronokkan membaca dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mengejar impian mereka dan, yang penting, memberi mereka pengetahuan untuk merealisasikannya. Kami percaya bahawa pengetahuan yang dimiliki dari membaca akan mendorong seseorang itu untuk meningkatkan minda dan kemajuan diri.
Sejak penubuhannya, Jualan Buku Big Bad Wolf Books telah berkembang dengan pesat, menjadi advokasi global dan telah menjelajah 34 bandar di 13 buah negara, seperti Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Korea Selatan, Thailand, Taiwan, dan Emiriah Arab Bersatu, termasuk Malaysia.
#BigBadWolfBooks #BBWKelate
Waaa dia datang lagii... bolehlah ni beli buku.. BBW ni buku-buku dia murah dan banyak pilihan, tu yang suka tu.. jom Mari Baco hehehehe
ردحذفMari mari... baco di Klate. Tambah ilmu dan pengetahuan
ردحذف