KAFE 15 MAY MENAMPILKAN KONSEP PIKNIK GAYA KOREA DI DALAM PUSAT MEMBELI-BELAH

KAFE 15 MAY MENAMPILKAN KONSEP PIKNIK GAYA KOREA DI DALAM PUSAT MEMBELI-BELAH | Assalammualaikum semua! Teruja dan terpesona saat pertama kali melalui koridor kafe 15 May. Tempat apa ni?

Saat melangkah ke kafe 15 May. , perkara pertama Ruby mencari adalah QR code MySejahtera untuk mengetahui, betul ke nama kafe ni 15 May? Ternyata benar, nama kafe ini 15 May. 

Terletak di tingkat 1 berhadapan IKEA. Lokasi yang mudah akses apabila Ruby parking kereta di IKEA Cheras. Naik eskalator dan sudah sampai. 


KAFE 15 MAY MENAMPILKAN KONSEP PIKNIK GAYA KOREA DI DALAM PUSAT MEMBELI-BELAH

Masuk ke ruang dalam kafe, terpesona dengan dekorasi yang mirip suasana berkelah di tepi pantai. Payung, kerusi lipat, lapik meja bercorak kotak-kotak bewarna merah, dulang tradisional, bunga-bungaan, berlatarbelakangkan alunan muzik yang relax, dekorasi dinding menampilkan topi dan bag sesuai untuk kita piknik seisi keluarga. 


Melihat semua itu, terus Ruby berkata dalam hati. Lebih baik ke sini dari berpenat sediakan barang-barang piknik. Hahaha. Dalam pusat membeli-belah ada lenghawa dingin lebih selesa untuk anak-anak dan suami. Malah tidak perlu risau hujan lebat atau ribut. Setuju?

KAFE KONSEP PIKNIK PERTAMA DI MALAYSIA

Ternyata ini adalah kafe yang unik dan pertama di Malaysia. Ruby belum lagi jumpa kafe yang sangat teliti tentang konsep piknik. Ruby sempat mewawancara pemilik kafe 15 May. dan bertanya beberapa soalan. 

Mr Yee Weng Tuck (Pengasas 15 May)

Kafe 15 May boleh menerima pelanggan seramai 50 orang dalam satu-satu masa. Cawangan pertama ini di buka di MyTown Shopping Centre. Nama kafe "15 May" diambil dari tarikh Hari Keluarga Antarabangsa.

Hari Keluarga Antarabangsa? Terus Ruby google dan dapat maklumat tentang 15 May. Teruja ingin tahu, sebab kita terlalu sibuk dengan urusan harian. Kadang-kadang terlupa hari istimewa ini. 15 Mei 2022 nanti Ruby nak ke 15 May. bersama-sama suami dan anak-anak. Agar ia menjadi kenangan kami berempat. 

"Hari Keluarga Antarabangsa disambut pada 15 Mei setiap tahun. Hari tersebut telah diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1993 dengan resolusi A/RES/47/237 dan mencerminkan kepentingan masyarakat antarabangsa terhadap keluarga.

Hari Keluarga Antarabangsa memberi peluang untuk mempromosikan kesedaran tentang isu yang berkaitan dengan keluarga dan untuk meningkatkan pengetahuan tentang proses sosial, ekonomi dan demografi yang mempengaruhi keluarga."

Sebagai Ibu, Ruby gembira dengan kewujudan kafe 15 May. yang menggalakkan kita membawa keluarga untuk santai-santai piknik di sini. 

MENU HIDANGAN BERKONSEP KOREAN FUSION DAN WESTERN

Lokasi stratergik, dekorasi piknik yang mempersonakan. Jom kita lihat menu makanan di 15 May. 

Bayangkan kita sedang plan untuk piknik bersama keluarga. Makanan yang akan disediakan adalah Sandwich, Sourdough, Croissant, Macaroni Cheese, minuman sejuk dan pemanis mulut. 

Buka mata korang, dan lihat menu di 15 May....

Mesti korang teruja macam Ruby. Sebab Ruby pun seronok sangat apabila melihat menu di kafe 15 May. Menu untuk Ruby ada, suami ada dan anak-anak pun ada. 

Kami boleh membuat pesanan berlainan dan kongsi makan bersama seisi keluarga. Pastinya dalam pesanan kami wajib ada Tteokbokki, Kimchi Soup with Rice, Korean Fried Chicken, Mac and Cheese, Pesto Chicken Pasta, Smoked Salmon dan Oreo Cookie Cheesecake In Pot. 

Keunikan makanan Korea adalah side dishes mereka kan? Jangan bimbang, anda dapat menikmati semua itu di 15 May. Hehehe. Kimchi, pickled radish dan spicy cucumber ada!

MINUMAN SIGNATURE KAFE 15 MAY. SPARKLING ROSE LYCEE SODA

Jika anda plan nak relaks piknik bersama suami di 15 May., wajib pesan minuman ini. Ia menyegarkan dan memberi mood nyaman. 

Sambil-sambil makan menu yang sudah di pesan tadi. Kasi chance la ibu ayah dating. Hahaha. Kalau nak tenang macam ni, anak-anak mohon tinggal di rumah bersama atok dan nenek ya. Hahahaha.

APA RUBY CUBA DI KAFE 15 MAY?

Kini tiba untuk ulasan makanan, pasti ramai tertanya bagaimana saiz hidangan dan adakah ia berbaloi-baloi dengan harga yang tertera. 

Setelah Ruby cuba beberapa menu di 15 May. ternyata ia mengenyangkan sambil boleh berkongsi hidangan dengan pasangan, anak-anak, ahli keluarga dan kenalan kita. 

Sedap tak? Mestilah sedap. Kafe 15 May. ni boleh dikatakan tidak kedekut rasa dan dalam masa yang sama boleh tahu seperti homecook meals. Tahniah kepada Chef di kafe 15 May.


Barista kafe 15 May. juga jangan dilupakan. Mereka sangat efisen menyediakan minuman berasaskan kopi, jus dan lain-lain. Biji kopi yang digunakan di kafe 15 May. juga premium. Sedap! Memang kena dengan tekak Ruby. Coffee Lover!

Main Course

Croissant dan Sourdough Sandwich



Minuman

Pencuci Mulut

Anda boleh ke kaunter untuk dapatkan kek dan pastri. Semuanya dibuat segar dari oven pada hari yang sama! 

STATUS HALAL KAFE 15 MAY.

Kafe ini menyajikan makanan Fusion Korean dan Western melalui pembekal yang memiliki Sijik Halal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kafe 15 May. TIDAK menyakikan monuman alkohol dan TIDAK memiliki makanan berunsurkan khinzir. 

Pekerja di 15 May. majoriti adalah Muslim. Permohonan Sijil Halal JAKIM masih dalam proses kerana restoran baru sahaja di buka pada Disember 2021.

10% DISKAUN DENGAN PICNIC15R

Buat anda yang ingin mencuba alami sendiri apa yang Ruby kongsikan. Suasana piknik, makanan sedap. Nah diskaun 10% dengan minimum berbelanja RM 20. Gunakan kod PICNIC15R. Maklumkan kepada juruwang semasa anda membuat pesanan dan bayaran. Promosi ini sah sehingga 28 Februari 2022. Enjoy piknik! 

MENGENAI KAFE 15 MAY.

Mula beroperasi pada pertengahan Disember 2021. Menampilkan hidangan Korean Fusion dan Western. Lebih 30 menu tersedia untuk pelanggan nikmati. Cawangan pertama di MyTOWN Shopping Centre dan bakal membuka cawangan seterusnya di IOI City Mall Puchong

15 May. 

Level 1-043,

MyTOWN Shopping Centre

Waktu Operasi: 10AM - 10PM

FACEBOOK | INSTAGRAM

8 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Waaa menu dia menarik sangat, patutlah anak Sis yang di sana suka tempat ni.. kalau pergi je mesti dia tunjuk menu dan berOOTD.. hahahaha., nanti one day Maknya pulak lerr nak ke sini..

    BalasPadam
  2. Memang best kafe ni. Nanti nak pergi lagi cuba dessert dan western menu pula. Sb sdp sgt kite pun terus buat bibimbap sendiri ya!

    BalasPadam
  3. kite suka betul coffee dia unik! cafe jangan cakaplah memang sangat unik dan cantik teruja betul bila masuk kat dalam dia cuma bab gelas tu dorang kena improve hahaa trauma

    BalasPadam
  4. alaa baru pi my town kalau tau singgah sini. menarik la menu2 kat sini

    BalasPadam
  5. Omg! Lawanya cafe dia mmg instagrammable sungguh. Dah la menu-menu pun menarik. Nnt leh la kita lepak sini Ruby, ajak shamiera n sis lin sekali hehe

    BalasPadam
  6. cantiknya cafe ni! okay dah tahu dh lepas ni nak dating kt mana. eh? haha. tpi mmg nampak suasana best, decoration pun cntik2

    BalasPadam
  7. cantekkk kafe ni.. suka tgk design dan cara dekorasi didalam kafe

    BalasPadam
  8. Wah semau makanan kat sana nampak sedap dan sihat. Nanti ke mytown i nak makan kat cafe ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال