NAELOFAR X DISNEY THE LITTLE MERMAID | Assalammualaikum semua! Sekarang sedang berlangsung pameran kolabrasi dari jenama muslimah Naelofar dan Disney The Little Mermaid di LG Oval Atrium, 1 Utama Shopping Centre bermula 24 Februari hingga 27 Februari 2022.
Menampilkan 6 koleksi Shawl dan Square dengan warna Black, Mauve, Taupe, Green, Blue dan Light Blue. Koleksi hijab ini dilengkapi dengan 3 koleksi Kaftan dengan warna Mauve, Green dan Blue. Anda juga boleh bergaya dengan seleksi Clear Tote Bag yang terdapat dalam dua saiz dan dua warna iaitu White dan Pink. Koleksi ini boleh didapati di semua cawangan rasmi Naelofar bermula 24 Februari 2022.
NAELOFAR X DISNEY THE LITTLE MERMAID
Melakar satu lagi pencapaian dalam misi membantu memartabatkan para wanita untuk Go Far dengan bergaya, Naelofar secara rasminya melancarkan kolaborasi pertama dengan watak puteri Disney, The Little Mermaid di Pusat Membeli-Belah 1 Utama.
Mengetengahkan nilai keberanian, koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar membawa tema “Perjalanan untuk anda cipta” menjemput para peminat pakaian muslimah melihat keajaiban rekaan variasi produk yang diinspirasikan daripada watak Ariel.
Pengasas Naelofar, Noor Neelofa berkata, “Saya teruja untuk umumkan koleksi bersama Disney ini setelah berbulan lamanya kami rahsiakan persiapannya - kami suka akan watak Disney, Ariel yang tak lapuk dek zaman, kagum akan semangat dan ketabahannya dalam mengharungi perjalanan penemuan dirinya. Ariel adalah seorang wanita muda yang tabah dan penuh sifat ingin tahu, bersedia untuk mempertahankan pendiriannya, dan sikap ini dapat dilihat dalam ramai wanita dari pelbagai generasi.”“Kami mahukan #NaelofarBabes mempunyai keberanian yang sama seperti Ariel. Kami mahukan setiap wanita memperkasakan perjalanan hijab mereka. Perjalanan untuk berhijab adalah berbeza bagi setiap wanita. Ada yang mula berhijab dengan mudah dan ada juga yang menghadapi cabaran semasa mula berhijab. Melalui Naelofar, kami ingin menyokong perjalanan ini dan membantu memperlihatkan keindahan mereka sebagai wanita muslimah”.
NAELOFAR X DISNEY THE LITTLE MERMAID SHAWL DAN SQUARE
Mendapat inspirasi daripada filem Disney The Little Mermaid, Naelofar memberikan sentuhan unik mereka untuk memperincikan keajaiban dalam corak rekaan hijab The Little Mermaid Shawl dan Square yang boleh didapatkan pada harga RM119 sehelai.
SQUARE
SHAWL
NAELOFAR X DISNEY THE LITTLE MERMAID KAFTAN
Digubah daripada kelembutan alunan satin dalam 6 warna menarik, seleksi hijab ini membawa elemen utama seperti ekor duyung, tiara dan terumbu karang yang diinspirasikan daripada watak asli francais, Ariel yang ditonjolkan dalam keindahan pengulangan corak di dalam setiap rekaan koleksi. Koleksi turut mengetengahkan rekaan kaftan yang dijalin dengan elemen yang serupa dalam tiga warna berbeza dan dipasarkan pada harga RM199 sehelai.
NAELOFAR X DISNEY THE LITTLE MERMAID CLEAR TOTE BAG
Sebagai pelengkap, hiasan logam tapak sulaiman rekaan eksklusif Disney X Naelofar diletakkan pada hijab dan juga hujung lengan kaftan. Bagi melengkapkan penggayaan koleksi, The Little Mermaid Clear Tote Bag turut direka dan dijual pada harga RM149 sebuah untuk memenuhi keperluan penggayaan harian wanita. Diperbuat daripada PVC dan trim kulit vegan, bag membawa konsep terbuka dengan rekaan tembus lihat untuk mewakili air laut dalam kehidupan bawah laut Ariel.
PAMERAN NAELOFAR X DISNEY THE LITTLE MERMAID DI 1 UTAMA NEW WING
Bagi menghidupkan koleksi ini, Naelofar turut mengadakan sebuah acara pelancaran unik dan eksperimental yang membawa para peminat ke dalam perjalanan Under The Sea dan The Beach, membangkitkan beberapa adegan yang paling diingati dalam pengembaraan Ariel.
Ariel terpesona dengan semua benda yang dimiliki manusia, dan bersedia untuk keluar dari gelembungnya dan meneroka di acara Naelofar, pelawat juga boleh meneroka dunia baharu, menyelam ke dalam terowong pengalaman dengan tayangan video yang meniru suasana di bawah laut.
Para pengunjung dapat mengalami sendiri pengembaraan bermula daripada terowong eksperiensial, dilengkapi dengan tayangan video untuk menunjukkan suasana di bawah laut.
Para pengunjung juga dapat menikmati sesenduk aiskrim atau secawan kopi di bahagian The Beach, istimewa daripada Inside Scoop dan ZUS untuk setiap pembelian koleksi.
Para peminat duyung dijemput untuk menikmati pengembaraan laut di LG Oval Atrium, 1 Utama Shopping Centre bermula 24 Februari hingga 27 Februari 2022. Untuk sentuhan unik peribadi, pengunjung boleh mendapatkan khidmat eksklusif Get Personal Naelofar sepanjang acara diadakan.
MENGENAI NAELOFAR
Naelofar ialah jenama fesyen muslimah Malaysia yang diasaskan oleh selebriti dan usahawan terkemuka Malaysia, Neelofa pada tahun 2014. Naelofar sentiasa memastikan pilihan produk mereka adalah berkualiti premium dan mampu milik.
Naelofar mempunyai saluran pengedaran yang luas melalui saluran dalam talian kami, naelofar.com, di Luxe Boutique TTDI, Setia City Mall, One Utama Shopping Centre, Isetan KLCC, SOGO KL, dan lebih 100 stokis sah di seluruh dunia. Naelofar ialah jenama fesyen muslimah yang terkenal di Malaysia dan juga merangkumi negara-negara seperti Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, UK dan AS serta banyak lagi.
Tags
Fesyen
Ishhh gerammm.. kalau boleh nak beli semua, tapi mampu beli bag je laa dulu hahahaha.. reward diri sendiri...
BalasPadamAkak bag tu dah sold out. Akak sempat beli!? Untung betul!
PadamCantik-cantiknya design ni. Boleh laaa borong tu untuk raya. heeeee
BalasPadamWahhhh raya pakai design ni memang lawa.
PadamSalam kenal. Merata-rata tengok promosi Neelofar X Disney World ni. Bagus betul kempen marketing dieorang.
BalasPadamSebagai wakil media memang kami hadir untuk support. Selamat membeli-belah sis! 🥰
Padam