PARTI BANGSA MALAYSIA (PBM) BANTU GOLONGAN B40 PPR AYER PANAS

PARTI BANGSA MALAYSIA (PBM) BANTU GOLONGAN B40 PPR AYER PANAS | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby terbaca berita berkenaan kemasyarakatan di PPR Ayer Panas. 

Kos sara hidup semakin meningkat membuatkan ramai yang terkesan terutamanya Golongan B40. B40 bukan sahaja tertumpu kepada mereka yang berkeluarga dan masih muda. Malah, B40 dikalangan warga emas juga turut terkesan. 

Kehidupan di bandar serba mencabar, apa yang mereka lakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup adalah dengan berniaga. Tahniah pasukan Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana telah hadir memberi sumbangan ketika musim perayaan Tahun Baru Cina. 

Jarang-jarang sumbangan diadakan pada hari cuti umum. Ia adalah langkah bijak kerana boleh bertemu dan bertanya penduduk PPR Ayer Panas tentang permasalahan yang mereka hadapi. 


PARTI BANGSA MALAYSIA (PBM) BANTU GOLONGAN B40 PPR AYER PANAS


Permasalahan dihadapi oleh para penduduk dari golongan B40 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Panas, Setiawangsa sejak kebelakangan ini telah mendapat perhatian sewajarnya.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia, Ahmad Khairul Mohd Noor menyatakan, beliau berbesar hati mendengar luahan hati penduduk dalam satu sesi dialog yang diadakan baru-baru ini.

“Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk mendekati masyarakat setempat, selain mendalami isi hati mereka menerusi diskusi yang dianjurkan.

“Hasil perbincangan, saya mendapati perkara paling serius yang perlu diberi perhatian adalah isu kebajikan penduduk yang majoritinya merupakan golongan B40.

“Kebanyakan mereka hanya meraih pendapatan sederhana dan merupakan peniaga-peniaga kecil di kawasan sekitar.

“Sebaik mengetahui kesukaran hidup yang terpaksa ditempuhi, saya terus bersetuju untuk menyumbangkan beberapa buah khemah kepada mereka.

“Ini bertujuan menyuntik semangat agar mereka kembali bangkit, di samping dapat menjana semula pendapatan dengan cara berniaga,” katanya.

SEMARAKKAN SETIAWANGSA


Beliau berkata demikian sewaktu sama-sama menghadiri program Semarakkan Setiawangsa anjuran Pertubuhan Kebajikan Pesara Dan Warga Emas Islam Setiawangsa (Wamas).

Kehadiran Ahmad Khairul dalam acara berkenaan adalah bagi memenuhi undangan daripada pengerusi organisasi bukan kerajaan (NGO) terbabit iaitu Basharudin Ahmad Ariffin. 

Pada masa sama, beliau juga menawarkan peluang pendidikan percuma melalui kelas tuisyen biayaan penuh pihaknya yang dijangka bermula pada Mac depan.

“Dari aspek pembangunan sukan pula, ada berita baik buat anak-anak muda yang tinggal di kawasan Setiawangsa ini.

“Perlaksanaan program Satu Belia Satu Sukan tidak lama lagi diharap menjadi pemangkin kepada generasi muda-mudi mengaktifkan diri mereka dalam aktiviti sukan yang diminati,” tambahnya.

Menurut beliau lagi, program tersebut akan dikelolakan oleh Ketua Pemuda PBM Setiawangsa, Khairul Khairi Ismail.

TIGA ELEMEN DIPERKENALKAN: KEBAJIKAN EKONOMI, PENDIDIKAN DAN SUKAN


Janjinya, tiga elemen utama iaitu kebajikan ekonomi, pendidikan dan sukan akan sentiasa menjadi titik fokusnya dalam menjamin persekitaran hidup yang selesa buat masyarakat sekeliling.

Pada masa yang sama, ketika berlangsungnya program Semarakkan Setiawangsa, beliau menyantuni para penduduk dengan menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai (angpow), hamper dan barangan lain kepada ketua-ketua blok PPR serta komuniti Cina dan India.

Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu mereka yang memerlukan dan memanfaatkan peluang yang ada. InsyaAllah. 

2 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Bila baca ada pihak berwajib datang hulur bantuan dan sumbangan, syuukurnyaa laa rasa, ada juga yang prihatin.. moga dapat meringankan beban mereka yang terkesan..

    ردحذف
  2. Lega lah juga bila ada yang kunjung membantu. Dapatlah ringan beban yang dirasai

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال