WAWAWAX MELANCARKAN PRODUK BAHARU SWEET PEACHY DAN ROSIE RED BODY SCRUB | Assalammualaikum semua! Pada 14 Februari 2022 semalam, Ruby telah menyaksikan pelancaran produk baharu Wawawax.
Jenama yang sudah berada di pasaran selama 6 tahun dan terkenal dengan produk viralnya iaitu Wawawax Cold Wax Hair Removal kini tampil dengan produk skrub badan.
Formulasi dari bahan-bahan semula jadi dan dari yang terbaik, maka terhasil Wawawax Sweet Peachy Body Scrub dan Wawawax Rosie Red Body Scrub.
Spa di rumah Ruby menjadi lebih seronok dengan Wawawax Body Scrub! Ruby dah guna! Jom baca beauty review untuk kedua-dua rangkaian skrub badan. Tahniah Wawawax! Semoga lepas ni, produk Aloe Vera Soothing Gel atau Cooling Gel juga dari Wawawax.
WAWAWAX MELANCARKAN PRODUK BAHARU SWEET PEACHY DAN ROSIE RED BODY SCRUB
Wawawax tampil dengan produk baharu iaitu skrub badan yang melengkapkan produk utama iaitu Wawawax Cold Wax Hair Remover.
Tampil segar dan bermaya dengan kulit yang lebih licin selepas pengalaman bermakna dengan Wawawax Body Scrub #scrubtosmooth! Sebagai jenama yang dipercayai untuk waxing dan penjagaan diri di Malaysia sejak 2016, Wawawax terus memberi pengalaman indah kepada pelanggan kami dengan Wawawax Body Scrub.
Dari kiri Puan Najwa Othwan; Partner Wawawax Global Sdn Bhd. dan Puan Naqiah Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Wawawax Global Sdn Bhd.
Wawawax Body Scrub dirumus khas untuk
(i) menanggalkan sel-sel kulit mati,
(ii) mengurangkan ingrown hair disebabkan oleh waxing atau bercukur,
(iii) memastikan kulit licin, lembut dan lembab selepas digunakan; dan
(iv) membantu kulit menyerap pelembap dengan lebih baik.
Wawawax Body Scrub tampil dalam dua pilihan; Sweet Peachy dan Rosie Red. Untuk suasana yang mencuit dan tidak dapat dilupakan, anda mungkin memilih perasa buah-buahan dengan Sweet Peachy. Untuk hari yang mewah dan santai, Rosie Red mungkin pilihan tepat anda.
“Amat penting bagi kami untuk memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan kami yang disayangi dalam menjaga diri dan kami mengambil peluang ini sebagai satu keistimewaan dan tanggungjawab besar daripada syarikat kecil Malaysia tempatan seperti kami.Jadi, kami sentiasa melakukan yang terbaik. Wawawax Body Scrub yang dirumus dengan teliti ini merupakan pelengkap yang sesuai kepada Cold Wax Hair Removal kami dan boleh digunakan sebelum atau selepas waxing atau bercukur.” kongsi Puan Naqiah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Wawawax Global Sdn Bhd.
FORMULASI WAWAWAX BODY SCRUB DARI BAHAN-BAHAN SEMULA JADI NATURAL
Formulasi Wawawax Body Scrub adalah istimewa untuk membersihkan sel kulit mati dan mengurangkan ingrown hair setelah wax atau mencukur. Menggunakan Wawawax Body Scrub akan memberi kulit anda lembut, bersih dan sihat.
Hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk kulit pengguna dan menggunakan formula unik yang menggabungkan bahan-bahan semula jadi termasuk Garam Himalaya & Ekstrak Bengkoang.
Ingrown Hair bermaksud Rambut yang tumbuh ke dalam muncul apabila sehelai rambut menggulung ke dalam kulit dan tumbuh ke arah yang salah selepas waxing.
Rambut yang tumbuh ke dalam boleh berlaku akibat rambut tidak dibuang sepenuhnya selepas anda melakukan waxing. Rambut yang selebihnya kembali ke bawah kulit dan mula tumbuh di bawah permukaan dan mengakibatkan iritasi di bahagian tersebut.
Oleh kerana itu, amat penting untuk anda kerap skrub badan agar rambut tumbuh secara normal.
CADANGAN PENGGUNAAN WAWAWAX BODY SCRUB
Wawawax Body Scrub boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat sama ada lelaki atau wanita. Anda boleh menggunakannya tanpa was-was. Enjoy setiap kali sesi skrub anda!
Cadangan penggunaan Wawawax Body Scrub adalah seperti berikut:
- Sebelum dan selepas mencukur/waxing kulit anda dengan Wawawax Cold Wax Hair Removal atau apabila kulit anda kering dan memerlukan lembapan pada kulit.
- Sapukan sedikit Wawawax Body Scrub di hujung jari anda dan sapukan pada kulit. Sama ada kulit anda kering atau ingin dibasahkan, terpulang. Sebab Wawawax Body Scrub sesuai untuk kedua-dua keadaan kulit anda. Basah atau kering. Boleh! Jangan bimbang, Grapeseed Oil, Glycerin dan Aloe Vera akan bantu anda!
- Sapu dalam gerakan membulat kecil dengan tekanan yang lembut.
- Bilas kulit anda dengan air suam dan keringkan kulit anda dengan menepuk perlahan-lahan dengan tuala.
- Elakkan menggunakan skrub di atas kulit yang sedang luka atau sensitif.
WAWAWAX SWEET PEACHY BODY SCRUB
Sweet Peachy adalah skrub badan berasaskan buah peach. Signifikasi buah peach adalah mempunyai isi kuning, aroma manis yang halus, dan kulit buahnya yang berbulu bak baldu.
Ramai menggemari bau Peach kerana bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang panas lembab sepanjang tahun. Ia memberi mood dan suasana menyenangkan apabila memakai Wawawax Sweet Peachy Body Scrub.
Bersaiz 100gram, satu tiub Wawawax Sweet Peachy Body Scrub boleh bertahan selama 3 bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan.
Kebiasaannya Ruby pakai skrub setiap hari jumaat sahaja. Ketika itu adalah waktu yang tidak terlalu sibuk dengan urusan keluarga dan kerja. Hehe.
3 bahan utama kedua-dua Wawawax Body Scrub adalah Grapeseed Oil, Glycerin dan Aloe Vera. Ketiga-tiga bahan ini sebagai ejen melembabkan kulit setelah melakukan skrub.
Setelah menggunakan Wawawax Sweet Peachy Body Scrub, kulit berasa lebih lembab dan lembut. Bau pun wangi manis-manis buah! Sangat harum!
WAWAWAX ROSIE RED BODY SCRUB
Siapa di sini sangat suka dengan bau bunga-bungaan? Ruby pasti, ramai menyukai bau bunga ros. Sebab bunga ros ada keunikan tersendiri apabila kita mencium kelopaknya. Ia tidak terlalu kuat sehingga mengganggu mood. Ia lebih kepada bau ketenangan.
Jika anda seorang yang sedang alami stress, depression atau anxiety. Cuba gunakan Wawawax Rosie Red Body Scrub ini. Ia memberi anda aroma yang nyaman. Relax...
Buat masa ini kesemua skrub dari Wawawax tersedia dalam 100 gram untuk satu tiub. Ia mudah dibawa kemana-mana kerana saiznya yang comel. Selain itu, anda tidak perlu bimbang untuk bawa travel, semua penutup tiub produk Wawawax sangat ketat. Hehehe.
Apabila menggunakan produk kecantikan yang bertiub atau botol. Pastikan muncung botol dan tiub dibersihkan setelah penggunaan. Ia akan membantu anda menjaga produk dengan lebih baik. Barulah tiada sebarang kebocoran. Betul?
Hanya dengan satu picitan, anda boleh gunakan Wawawax Rosie Red Body Scrub di kawasan tangan sehingga sebelum siku.
Nampak sedikit, tetapi sapuan menyeluruh. Tidak memerlukan campuran air, hanya Wawawax Rosie Red Body Scrub sudah cukup memadai.
Selepas mencuci Wawawax Rosie Red Body Scrub, kulit bersih dan lembab. Bau Rosie Red sangat menenangkan! Relax dan berasa berada di lokasi lain apabila Ruby pejam mata. Macam dekat taman bunga. Berlari-lari dalam taman bunga. Best betul!
Walaupun hanya imaginasi. Ia amat bermakna buat ibu-ibu seperti Ruby.
HARGA WAWAWAX SWEET PEACHY DAN ROSIE RED BODY SCRUB
Wawawax Sweet Peachy Body Scrub dan Wawawax Rosie Red Body Scrub ini boleh didapati mulai hari ini daripada ejen Wawawax sekitar negara dan Shopee pada harga RM32.00 sahaja.
WAWAWAX TOP ACHIEVER 2021
Jenama Wawawax bermula pada tahun 2016 dengan bantuan ahli keluarga dan jualan kepada kenalan rapat. Setelah itu, konsep stokis dan ejen diperkenalkan. Bagi tahun 2021, TOP ACHIEVER Wawawax adalah seperti berikut:
Tahniah buat semua Wawawax Top Achievers 2021!
MENGENAI WAWAWAX
Wawawax merupakan syarikat Malaysia milikan wanita yang menawarkan produk penjagaan diri dengan misi utama untuk meningkatkan pengalaman indah pelanggan melalui produk wax dan skrub.
Wawawax berusaha untuk membuatkan semua merasa dihargai, disayangi dengan menyediakan produk berkualiti yang boleh mengubah mana-mana rumah menjadi pengalaman spa yang sebenar!
#wawawax #scrubtosmooth
Tags
Kecantikan
👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
ردحذفTerima kasih. ❤
حذفBolehlah try beli di Shopee, nampak best plak, mesti wangi gilerrr peach tu kannn...
ردحذفAkak suka bau Sweet Peachy ehhh. Bau buah gitu. Memang best. Akak cari kat shopee, mereka hantar guna Ninja Van. Laju berdesup sampai kat rumah. Hehehe
حذفBaru try yang Rosie Red and I am in love with the scent and the effect lepas penggunaannya. Memang nampak la bahagian tersebut lebih licin. And I guna sebelum shaving - memang memudahkan!
ردحذفKannnn. Pastu dia punya halus skrub tu tak sakit kulit kan. Nanti nak repeat beli Rosie Red. Jadi fav plak dah. Hahahaa.
حذفThis is the first time I heard of Wawawax. The product sounds good and the packaging looks love too. Thank you for sharing.
ردحذفHehehe nanti try tauuuu
حذفada gak tengok shar ekat facebook, comel lah packaging wawawax ni, mesti bau wangiiii
ردحذفHa'ah kak Bae. Wangi dan bersih. Spa kat rumah senang sekarang. Hehe
حذفWahhh, menarik la wawawax body scrub ni. Bau fav plak tu. Mmg suka kalau something yg bau peach & rose. Btw baru tau pasal ingrown hair tu. Selalu jadi jugak kat kite.. Huhu
ردحذفYayyy! Nanti boleh cuba tau. Scrub dia pakai garam halus Himalayan Salt. Tak sakit kulit macam skrub lain yang suka guna gula. Ingrown Hair tu sakit tau. Wuwuwu.
حذفWow, bangga dengan Top Achiever Wawawax ni.. penjualan mencecah jutaan ringgit bah... Hebat and semoga Wawawax ni semakin berkembang maju business.. macam best bah bau2an products ni..
ردحذفNel! Akak pun bangga dengan mereka. Rajin mereka buat jualan. Bahan content semua HQ sediakan. Tapi mereka ni memang rajin buat pakej sendiri bg kat customer gift la. Mesti sebab founder Wawawax ni humble. So stokis dan ejen pun baik-baik belaka. Hehe
حذفproduk lokal yg sangat bagus dan boleh diketengahkan lagi.. sbab dah cuba dan mmg sangat excited dengan hasilnya.
ردحذفTertarik dengan packagingnya..lepas tu bauan sedap. Lepas pakai memnag lembut je kulit ni rasa bersih je
ردحذفDua-dua bau best! Nak pakai tanpa air pun selesa je rasa. Baru tahu kene scrub dulu sebelum wax/bercukur.
ردحذف