ALAMAK MESIN BASUH ROSAK! KAMI TERUS BELI SAMSUNG FRONT LOAD WASHER DRYER WITH AI ECOBUBBLE TECHNOLOGY

ALAMAK MESIN BASUH ROSAK! KAMI TERUS BELI SAMSUNG FRONT LOAD WASHER DRYER WITH AI ECOBUBBLE TECHNOLOGY | Assalammualaikum semua! Berita sedih buat mesin basuh yang banyak berjasa kepada keluarga Ruby. Dia dah rosak!!! 😪 


Banyak berjasa mesin basuh tu, ia telah menjadi sebagaian dari kenangan kisah keluarga Ruby. Toshiba Fully Automatic Washing Machine AW-A750SM 6.5KG ni Ruby beli di Courts Mammoth dengan bayaran keseluruhan. Sebab murah dalam RM 600 masa tahun 2011. Hari-hari mesin basuh menemani, memudahkan urusan Ruby. 

Ini adalah cerita kenangan mesin basuh. Menggamit memori macam cerita Aku Sebuah Mesin Basuh masa zaman sekolah dulu. 😭😭😭 

Dari membasuh pakaian kerja, sukan, balik dari universiti, event, bayi, napkin muntah bayi, pakaian sekolah anak-anak, pbasuh comforter, basuh cadar dan segala jenis fabrik mesin tu telah basuh. Banyak berjasa! Semoga ada yang sudi membaiki dan dia di jaga sebaiknya dengan tuan baru. 

Mesin basuh baru: Front Load Washer Dryer with AI Ecobubble™, 7.5KG Wash & 5KG Dry WD75T504DBW/FQ


ALAMAK MESIN BASUH ROSAK! KAMI TERUS BELI SAMSUNG FRONT LOAD WASHER DRYER WITH AI ECOBUBBLE TECHNOLOGY


Puncanya, mesin basuh itu tidak boleh spin. Apabila spin, dia bunyi kuat. Gedegung gedegang. Kami suami isteri pula memang tidak mahir membaiki peralatan elektrik. Ada juga bertanya dengan jiran tetangga, jika ada sesiapa pandai membaiki mesin basuh. Tiada pula yang tahu. 

Bertanya dari carian google. Harga anggaran membaiki pula mereka tak boleh nak maklum sebab perlu datang dan buka mesin basuh. Kami pula sibuk dengan urusan harian. Jadi sakit kepala fikir mesin basuh ni. 

Seterusnya kami fikir, kita hantar ke DHES Buy Back Center lah mesin basuh ni dan dapat RM 4. 😅 

Mesin basuh lama: Toshiba Fully Automatic Washing Machine AW-A750SM 6.5KG


Kemudian kita pergi dobi aje lah. Konon fikir jimat juga. Tapi, penat betul! Bab mendobi ni kami dah cuba 2 kali seminggu untuk pergi Dobi. Namun, 3 hari dah penuh bakul pakaian, 2 bag biru Decathlon kami bawa. Guna 2 mesin basuh RM 6. Jumlah RM 12. Kemudian guna mesin pengering RM 4. Sekali cuci RM 16. 

Oleh kerana pakaian kami sekeluarga sehari pun dah penuh bakul. Ruby plan nak buat aktiviti mendobi secara harian. RM 10 sehari. Wuwuwuwuwu kalau 1 bulan RM 300. Mak aiiiii. Belum masuk nak cuci towel, cadar, kain buruk dan lain-lain. Jenuh juga. 

SAMSUNG FRONT LOAD WASHER DRYER WITH AI ECOBUBBLE™


Sambil berpenat mendobi, google juga harga mesin basuh. Ada murah dan mahal. Kami kecilkan pencarian dengan mencari front load, boleh membasuh, mengering dan dari jenama Samsung. Kami peminat Samsung. Hahaha. 

Font Load Washer Dryer with AI Ecobubble™, boleh membasuh sehingg 7.5KG pakaian & mengeringkan sehingga 5KG pakaian. Model WD75T504DBW/FQ warna putih, net dimensi (WxHxD): 600 x 850 x 550 mm dan berat sekitar 63 kg. Harga yang ditawarkan memang premium tapi teknologi yang ditawarkan juga lain dari yang lain. Kami survey, tanya dryer jenis heat pump, invented atau condenser dryer?


Mesin basuh jenis ini menggunakan condenser dryer sebab dia disekalikan dengan washer. Kebiasaannya kalau nak heat pump kena beli satu-satu. Ada juga kami plan nak beli 1 washer dan 1 dryer. Macam cun!

Tapi, itulah bajet kelaut dalam. Ruang dalam rumah pun tidak berapa luas. Hahahaha. 

Mesin basuh Toshibo sudah bersama Ruby selama 11 tahun, semoga mesin basuh Samsung juga akan bersama Ruby bertahun-tahun lamanya. 

TEKNOLOGI AI 

Intelligent Wash - Basuh dengan mudah dan berkesan dengan Kawalan AI yang berkuasa. Ia memperibadikan mencuci dengan mengingati tabiat anda, mencadangkan kitaran dan memaparkan maklumat tepat pada masanya


Sambungkan mesin basuh anda dengan aplikasi SmartThings, ia akan memberi maklumat tentang kitaran, perancangan dan penyelesaian masalah.

ECO BUBBLE™

Nikmati pembersihan yang cekap, walaupun pada suhu rendah dengan teknologi Eco Bubble™. Detergen bertukar menjadi buih, jadi ia cepat menembusi fabrik dan menghilangkan kotoran dengan mudah, sambil menjimatkan tenaga dan melindungi warna dan teksturnya.

HYGIENE STEAM

Membersihkan pakaian secara mendalam dan bersih dengan wap. Kitaran wap Kebersihan meningkatkan kualiti pembersihan cucian anda tanpa pra-rawatan. Ia mengeluarkan wap dari bahagian bawah dram, jadi setiap item benar-benar tepu. Ini menghilangkan kotoran yang tertanam dan 99.9% bakteria dan alergen.

TEKNOLOGI AIR WASH

Pastikan pakaian sentiasa segar tanpa air dan detergen. Teknologi Air Wash menyahbau dan membersihkan pakaian anda, supaya sentiasa berbau segar. Bau yang tidak menyenangkan serta 99.9% bakteria disingkirkan menggunakan hanya udara yang dipanaskan. 

DIGITAL INVERTER TECHNOLOGY 

Teknologi Penyongsang Digital menggunakan magnet yang kuat untuk prestasi yang lebih senyap dan lebih berkuasa, tetapi menggunakan kurang tenaga berbanding Motor Universal. Dengan menghapuskan penggunaan berus, ia memberikan ketahanan yang luar biasa dan disokong dengan jaminan 11 tahun.

Secara amnya, tahap pengurangan ialah 5dBA dan 3dBA untuk kitaran basuh dan putaran masing-masing. Data ini berdasarkan label ERP, F500 8kg 1400rpm WF80F5E5P4W dengan Motor Penyongsang Digital dan Vistula 8kg 1400rpm WF1804WPC dengan Motor Universal. Dianugerahkan pensijilan ketahanan selama 23 tahun oleh Persatuan Teknologi Elektrik, Elektronik & Maklumat Jerman di Jerman (Verband Deutsch Elektrotechniker – VDE). Jangka hayat sebenar mungkin berbeza bergantung pada keadaan penggunaan.

BUBBLE SOAK

Membersihkan pakaian dengan sempurna, walaupun ia benar-benar kotor.  Fungsi Bubble Soak membantu menghilangkan pelbagai jenis kotoran degil, seperti darah, teh, wain, solekan dan rumput.  Pakaian direndam sepenuhnya dalam gelembung aktif, jadi kotoran dan kotoran dilonggarkan dan boleh ditanggalkan dengan lebih berkesan.

DRUM CLEANING

Pastikan bahagian dalam mesin basuh anda sentiasa bersih. Drum Clean membuang 99.9% bakteria penyebab bau daripada dram.  Anda tidak memerlukan detergen yang keras atau mahal, kerana ia menggunakan gabungan perendaman, berdenyut dan putaran berkelajuan tinggi. Dan ia secara automatik memberitahu anda apabila ia memerlukan pembersihan.

STAYCLEAN DRAWER

Berhenti membazir detergen dan elakkan tugas yang membosankan untuk membersihkan laci detergen. Laci StayClean memastikan bahawa lebih banyak detergen dihanyutkan dengan sistem penyiraman air yang direka khas. Jadi, lebih sedikit sisa sabun yang tidak sedap dipandang dan dulang kekal lebih bersih dan lebih bersih

FUNGSI MESIN BASUH

  • AI Control: YES
  • Spin Speed: 1400 rpm
  • Bubble Soak: Yes
  • Bubble technology: Yes
  • Motor: DIT
  • Language Setting: Yes
  • Smart Control: Yes
  • Child Lock: Yes
  • Delay End: Yes
  • Door Lock: Yes
  • Drum Clean: Yes
  • Drum type: 1st Diamond
  • Hot/Cold Water Inlet: Cold
  • Intensive: Yes
  • My Cycle: Yes
  • Pre Wash: Yes
  • StayClean Drawer: Yes
  • Steam: Yes
  • Time Dry: Yes
  • 59' Wash+Dry: Yes

PUSINGAN PEMBERSIHAN YANG DISEDIAKAN


  • Active Wear
  • Air Wash
  • Bedding
  • Cloudy Day
  • Cotton
  • Colors
  • Daily Wash
  • Delicates
  • Drain/Spin
  • Drum Clean
  • E Cotton
  • Outdoor
  • Rinse + Spin
  • Shirts
  • Silent Wash
  • Super Eco Wash
  • Synthetics
  • Towels
  • Wash+Dry
  • Wool
  • Cotton Dry
  • Synthetics Dry
  • 15' Quick Wash
  • Hygiene Steam

SERONOK DENGAN MESIN BASUH BARU


Sepanjang menggunakan mesin basuh, Ruby tersedar bahawa banyak perbezaan apabila kita menggunakan mesin basuh baru. Diantaranya adalah penggunaan sabun. Kebiasaannya Ruby masuk 2 penutup sabun cecair barulah bau pakaian wangi dan bersih. 

Kali ini, hanya 1 penutup sahaja. Pakaian bersih dan wangi. Tiada sisa kotoran dari mesin basuh melekat kepada pakaian. Kekerapan Ruby lakukan Tub Cleaning  pada mesin basuh Toshiba juga kerap. Lagi basuh, lagi banyak sisa kotoran. 

Kami lega apabila mesin basuh Samsung ni menjalankan tugas sebaiknya. Lagi satu, Ruby suka mesin basuh Samsung ni sebab ia boleh diselaraskan dengan aplikasi SmartThings. Ruby boleh tahu, berapa lama lagi masa untuk selesai membasuh dan mengering. Apabila kita tahu, kita tidak akan terlupa untuk mengeluarkan pakaian dari mesin basuh. 

Lagi satu, anda tidak akan lupa apabila sesi basuhan telah selesai. Sebab ada iringan muzik menandakan tugasan mesin basuh sudah selesai. Hehehehe. 

Rutin membasuh pakaian juga diset sebaiknya. Ruby tidak sangka membasuh pakaian boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Boleh buat bersama anak-anak. Lepas basuh, terus lipat pakaian. 

Sudah tidak ada gantung-gantung pakaian untuk dikeringkan. Malah, Ruby sudah jimat membasuh dan mengering. Aktiviti wajib adalah melipat kain sahaja. Hehehehe. 

Jika anda mencari mesin basuh, Ruby cadangkan mesin basuh begini. Tambahan musim panas lembab hujan ribut di Malaysia tidak menentu. Jika dapat kurangkan rutin harian dengan bantuan Samsung. Ia amat bermakna sangat!

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

7 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Lagi puas kalau guna mesin basuh front load kan Kak Ruby? Dulu masa buka dobi, customer lebih suka request untuk pakaian mereka dibasuh dengan menggunakan mesin front load berbanding yang top load. Laaa ni, kat rumah, masih guna yang jenis top load sejak zaman anak-anak kecik lagi, harapnya mesin basuhku masih setia bersamaku, banyak kenangan juga tu Hehehehe.

    BalasPadam
  2. Menarik nie. Sangat membantu ye that drier sebab now dah makin kerap hujan kan. Kalau selalu ke dobi pun boleh botak.

    BalasPadam
  3. Wah wah wahhh... Yang lama tu dah lama sangat berkhidmat. Bagi yang baru ni. Banyak juga function bagus2 tu.

    BalasPadam
  4. banyak betul fungsi mesin basuh samsung front load ni. Memang terbaik. Boleh cuba nanti bila mesin sekarang rosak.

    BalasPadam
  5. best giler features washing machine ini. i love how convenient it has made washing at home. laundry doesnt have to sound like a chore anymore. gonna consider this for my house!

    BalasPadam
  6. teknologi yang diperkenalkan memang hebat. nampak cucian lebih bersih paling penting penjimatan tenaga di situ

    BalasPadam
  7. Nell pun guna Samsung Front Load juga tapi ni lagi canggih wor...boleh recommend ni kat my family juga kat kampung nanti... siap dengan technology AI lagi.. hebat ni...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال