BELI RUMAH SEMASA PANDEMIK COVID-19 | Assalammualaikum semua! Ruby nak kongsi kisah kami meninjau galeri pameran rumah di beberapa tempat pada tahun 2020. Ruby ingat lagi, ketika itu adalah mula wabak COVID-19. Risau dengan keadaan ekonomi semasa. Risau juga dengan kewangan sendiri. Iklan jualan rumah dan promosi pula sangat menarik. Dilema juga buat kami suami isteri.
Namun, kami nampak peluang apabila tawaran yang disediakan melibatkan House Ownership Campaign (HOC) dan rebat dari pemaju juga boleh tahan banyak penjimatan. Untuk membeli rumah, kami pergi ke galeri pameran rumah. Melihat-lihat unit pameran. Kemudian bertanya pelbagai soalan kepada staff bertugas. Diantara soalan utama adalah pinjaman bank lah kan. Hehehe.
RUMAH PERTAMA KAMI
Rumah kami bernilai RM588,000 untuk unit Type C dengan saiz 1,118 kaki persegi. Komitmen bulanan bermula dari RM1,9XX. Ketika itu, untuk membuat tempahan, bayaran yang dikenakan hanyalah RM 500 dan bayaran baki 1% RM 3380 sahaja dan anda dapat rebat RM 2000 jika menanda tangani S&P dalam tempoh 28 hari.
Melalui itu juga anda boleh mendapatkan pengecualian Duti Setem dan pengecualian Memorandum of Transfer (MOT), dan yuran guaman percuma untuk Legal Fee Sale & Purchase Agreement (SPA) dan perjanjian pinjaman dimana semua ini bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Ketika musim COVID-19, ramai risau untuk membeli apa-apa aset. Namun, kita pernah tak terfikir bahawa kita akan sentiasa berada di rumah? Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, Ruby terfikir, beli rumah adalah pelaburan yang bagus sebab kita perlukan rumah untuk kuarantin, Work From Home (WFH), Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), tidur, berehat, memasak, makan dan mandi. Setuju? Nikmat berada di rumah sendiri. Lebih selesa dan privasi. Setuju?
Melalui pengalaman Ruby membeli rumah. Kami pening dengan pengiraan Gadai Janji. Rumah pertama kan, banyak soalan kami tanya kepada jurujual, pihak bank dan peguam. Buat pengetahuan anda semua, semasa pandemik COVID-19 lah masa sesuai untuk membeli rumah.
MENGIRA GADAI JANJI
Gadai janji atau Mortgage adalah perkara penting dalam membeli rumah. Contoh pengiraan mortgage rumah. RM 577,746.00 jumlah amaun yang diberikan oleh bank. Jumlah ini termasuk dengan insurans GMRT (Group Mortgage Reducing Term Takaful) sebanyak RM 28,546.
Pengiraannya adalah:
a) Total jumlah yang dipinjam: RM 557,746.00
b) Margin pinjaman: 94.85%
c) Tempoh Pinjam (tahun): 35
d) Profit rate (Effective profit rate) : BR + 0.45% = 2.75% + 0.45%
e) Contracted profit rate (CPR): 10.75%p.a.
Formula lain yang boleh di guna pakai adalah (jumlah pinjaman x CPR/12) x 36 bulan) + (jumlah pinjaman x CPR/12) x 60 bulan) + (jumlah pinjaman x annuity factor) × 360 bulan)
Annuity factor ini adalah faktor yang menentukan jumlah pembayaran bulanan mengikut CPR dan tenure. Dalam kes ini annuity factor 0.009334805.
Perkara yang anda perlu tahu lagi adalah mengenai BR atau Base Rate. Base rate ini adalah peratusan yang diberikan oleh bank. BR ini boleh naik atau turun bergantung pada bank yang memberi pinjaman.
Untuk memudahkan anda membuat pengiraan untuk membeli rumah boleh la guna link di bawah. Kebiasaannya, pengiraan bank di dunia ini menggunakan sistem yang sama. Tiada masalah disitu.
Semoga informasi ini bermanfaat.
Tags
Rumah
Thanks so much Ruby for this in-depth sharing. Betul - rumah adalah pelaburan tapi better semak dulu kelayakan dan kemampuan sebelum kita commit - lama nak bayar kan Hehehe
BalasPadamSetuju, kami dah menabung dan memang mencari rumah pertama. Jadi it's about time mencari any projek. Kami cek background pemaju, lokasi projek, harga, rekaan rumah dan kos bulanan utk konsisten bayar. Alhamdulillah semua within budget. InsyaAllah rumah siap 2023. Doakan ye.
PadamSo so informative useful this sharing for all new house buyers now, pandemic making most of us struggling more to own a home now. Moreover owning a house is a lifelong long term investment & commitment. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamKan. Betul juga tu. Tak rugi beli rumah. Rumah makin mahal. Elok beli sekarang
BalasPadamBeli rumah pertana kita teringat masa nak buat belian pertama juga hari tu memang banyak aspek kena tengok dan berbaloi ker beli kat area yg kita nak tu kan...
BalasPadamNak beli rumah macam best je kan? Tapi tulah komitmen bulanan dengan pelbagai kos maintenance lagi..banyak kena kira dulu sebelum buat keputusan.
BalasPadamsaya memang part time property agen, tak ada masalah pun bli rumah asalkan jangan terlalu membebankan sampai tak boleh nak bayar.
BalasPadamNell seriously failed kalau bab2 nak kira2 especially pengiraan yang melibatkan interest.. good to know ada calculator macam ni kan for our reference...
BalasPadamThanks for sharing, memang banyak faktor kena jaga dan plan sebelum beli rumah. Baru jer tau ada calculator macam ni, lagi senang nak plan.
BalasPadamBeli rumah ni satu pelaburan yang bagus utk masa depan. Sebab tu even c19 melanda, banyak je rumah2 baru yang sedang pembinaan habis terjual. Lagi2 di kawasan KL ni.
BalasPadamPembelian rumah merupakan antara perkara yang perlu kita fikirkan dalam mengharungi kehidupan. Bagi Tini, BR tu memang antara faktor yang penting dalam kita membuat pilihan pinjaman perumahan. Sementelah Tini pun memang terlibat dalam proses penjualan rumah, walaupun kita berada dalam musim COVID-19, ramai juga client yang membeli rumah untuk didiami juga disewakan. Buat asetlah katakan.
BalasPadamnice sharing. semoga di permudahkan urusan miliki rumah dan mampu nak bayar komitmen bulanan. dengan ekonomi skrg, masih belum mampu miliki rumah sendiri. InshaAllah soon...
BalasPadamThis is indeed an interesting article with so many useful tips on buying a first house during the pandemic. i learned a lot from you today :)
BalasPadamTahniah! Moga segalanya dipermudahkan.
BalasPadam