BUKA KOTAK SAMSUNG GALAXY S22+ | Assalammualaikum semua! Bulan lepas telah berlangsung pelancaran Siri Galaxy S22. Ramai teruja dengan penampilan Galaxy S22 Ultra sebab S Pen yang disediakan sangat smooth. Tiada jarak masa seperti Note 10 dulu! Ia seakan-akan anda menulis di atas kertas! Best!
Namun, Ruby lebih berkenan dengan Galaxy S22+ warna Putih. Mungkin sebab saiz tapak tangan Ruby yang agak comel. Jadi, gengaman dan keluasan telefon ini sudah memadai. Jom kita buka kotak dan lihat pandangan pertama telefon viral ini Galaxy S22+.
Kotak telefon pintar Galaxy S22+ bewarna hitam dan solid. Di dalam kotak ini mempunyai:
1 unit Galaxy S22+ bewarna Phantom White
1 unit USB Type C cable
1 unit Pin untuk Kad Sim
1 unit nota dan kad waranti
Straightforward dan mudah kan?
Galaxy S22+ adalah dual sim. Membolehkan anda memasukkan 2 kad sim dan menguruskan tugasan anda dengan sempurna. Selain itu, Galaxy S22+ mempunyai rekaan matte finish pada casing. Selesa dan yakin untuk dipegang.
Adalah menjadi keutamaan Ruby untuk menjaga Galaxy S22+ ini dengan baik. Ruby akan mencari screen protector matte agar terjaga skrin dan sarung telefon agar terjaga kecantikannya. Al maklumlah telefon putih. Hehe.
Style kan?
Telefon pintar ni ibarat nyawa. Kena jaga dan sayang dia. Hehehe.
KELEBIHAN GALAXY S22+
Di dalam siri Galaxy S22 terdapat 3 model iaitu S22, S22+ dan S22 Ultra. Oleh kerana Ruby guna Galaxy S22+, jom kita sembang berkenaan telefon ini. Okay?
Menggunakan chipset Snapdragon 8 Gen 1. Saiz RAM 8GB dan mempunyai dua saiz storan. Anda boleh pilih 128GB atau 256GB. Untuk Ruby, saiz storan adalah 128GB. Ruby akan siap sedia dengan OTG apabila tidak menggunakan lagi gambar dan video. Transfer ke OTG. Setel. Hehehe.
Galaxy S22+ mempunyai saiz skrin 6.6" FHD+ Dynamic AMOLED 2x, 48~120Hz refresh rate, 240Hz refresh rate. Kemudian kapasiti saiz bateri 4,500mAh dengan menggunakan 45W fast charging atau anda guna 15W wireless charging.
Walaupun digital zoom S22+ tidak setanding S22 Ultra yang boleh zoom 100 kali ganda. Namun untuk penggemar Portrait photography S22+ sudah memadai. 50MP f/1.8 primary, Dual Pixel AF, OIS; 12MP f/2.2 ultra-wide (120° FoV); 10MP f/2.4 3x optical zoom sensor with OIS; 30x digital zoom. Kamera selfie pula 10MP f2.2. Cun kan?
Okay selesai pembuka bicara. Nantikan artikel seterusnya. Okay?