BUTTERNANG BY ANSSHELLBOX KINI DIBUKA DI MEDAN SELERA D'TEBING, DATARAN MERDEKA | Assalammualaikum semua! Siapa peminat butter? Jika masak mentega tu mesti ngam dengan apa sahaja masakan. Nak campur udang, sotong, kepah, lala dan semua jenis makanan laut mesti ngam. Ada kala masak dengan hirisan isi ayam juga menjadi. Setuju?
Buat pengetahuan anda, ada satu restoran di medan selera D'Tebing yang menawarkan makanan laut dengan harga berpatutan dan semua hidangan berasaskan mentega. Lokasi sangat stratergik di tengah bandar Kuala Lumpur. Berhadapan dengan bangunan DBKL, di belakang pula Dataran Merdeka. Mudah untuk kita parking kenderaan di bawah Dataran Merdeka.
BUTTERNANG BY ANSSHELLBOX
Ruby berkesempatan menemuramah pengasas ANSSHELLBOX dan bertanya mengapa nama Butternang diberi. Jawapan beliau adalah ia signifikasi nama Butter iaitu mentega dan Nang. Nang adalah perkataan yang selalunya didengari dalam dialog yang memberi ekspresi hebat, senang, kagum dan perkara yang membuat orang menghargainya.
Puan Noraisyah Maaras, 29 tahun; Ketua Pegawai Eksekutif) ANSSHELLBOX SDN. BHD. berkata, Butternang adalah anak syarikat kepada ANSSHELLBOX SDN BHD. Penubuhan Butternang adalah untuk memberi peluang semua rakyat Malaysia mampu makan makanan premium dengan harga yang berbaloi baloi.
Jika sebelum ini kalau berkenaan makanan laut sahaja, pastinya sesetengah golongan sahaja yang mampu. Oleh itu, ANSSHELLBOX mencipta menu yang bersesuaian dengan sasaran pelanggan yang tidak kira lapisan masyarakat pun mampu makan. Sama ada anda bujang atau berkeluarga pun boleh membuat pesanan.
MENU DI BUTTERNANG
Butternang mempunyai lima menu yang sangat memyelerakan dan berkonsepkan on-the-go. Anda boleh membuat pesanan melalui aplikasi perkhidmatan pesanan GrabFood atau mereka boleh membeli terus di kedai. Selari dengan misi ANSSHELLBOX untuk menjadi peneraju restoran makanan laut yang pertama menyediakan masakan berasaskan mentega dengan kadar segera!
Kebiasaannya, hidangan makanan laut akan mengambil masa yang lama untuk disediakan. Namun, kami adalah pertama di Asia yang berjaya menghasilkan hudangan makanan laut dalam masa 10 minit.
BUTTERNANG BAKAL ADA LAGI BEBERAPA CAWANGAN
D'tebing adalah cawangan yang pertama dan Butternang akan membuka lima lagi cawangan. Plan cawangan seterusnya di Kuala Lumpur akan dibuka di dalam pusat membeli-belah. Manakala lagi 3 cawangan di Johor Bahru dan Melaka.
Harga menu di ANSSHELLBOX boleh sampai sehingga RM1,000 ke atas. Di Butternang, harga kami tawarkan bermula dari RM10 dan tidak lebih RM100. RM10 untuk menu asas untuk satu orang makan. Jadi, jika pelanggan ingin mencuba makan yang premium pun hanya pada harga RM79 sudah boleh makan untuk tiga hingga empat orang. Dijamin sedap dan lazat.
Di'tebing mempunyai enam kedai, Butternang adalah satu daripadanya. Fasiliti di sini selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Meja kerusi, tempat basuh tangan dan tandas awam juga tersedia.
MENGENAI BUTTERNANG
Mula beroperasi pada Mac 2022, cawangan D'Tebing adalah yang pertama. Terdapat 6 menu pengenalan ditawarkan. Butternang adalah restoran yang dimiliki oleh ANSSHELLBOX iaitu usahawan hidangan makanan laut yang dimiliki oleh pasangan Puan Noraisyah Maaras dan suami.
Waktu Operasi: 10 Pagi hingga 10 Malam (Dibuka setiap hari)
MENGENAI ANSSHELLBOX
Ditubuhkan pada tahun 2018 dan memulakan perniagaan dari rumah dan kemudiannya membuka kedai bersebelah KPJ Tawakal. Mula dikenali dengan keistimewaan hidangan makanan laut di dalam kotak dengan pilihan enam sos istimewa. Di antara sos itu adalah Spicy Kam Heong, Classic Sweet Spicy, Salted Butter Creamy, Hot Cajun, Rosemary dan Spicy Sour Plum.
ANSSHELLBOX kini memiliki produknya tersendiri seperti makanan laut sejuk beku, pes sos istimewa, rangkaian ANSSHELLBOX Express. Dengan adanya sos istimewa ANSSHELLBOX, pelanggan boleh panaskan sahaja, masukkan ke dalam makanan laut dan boleh terus makan.
ANSSHELLBOX juga merupakan Central Kitchen untuk Butternang dan produknya yang lain. Perancangan pada masa akan datang akan membuka restoran Anshellbox dengan live akuarium hidupan laut yang segar.
Tags
Foodie
Ada orang-orangnya aja yang suka masakan letak butter, biasa Sis buat udang buttermilk jer, lain jarang.. tapi anak Sis yeee suka.. nanti boleh try ni..
BalasPadam