CHERRY CUP REVOLUSI PENJAGAAN MENSTRUAL YANG EFEKTIF | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin berkongsi topik tentang menstrual cup. Sejak kebelakangan ini, banyak persoalan muncul tentang cara baharu penjagaan semasa haid.
Tidak dinafikan Ruby teruja dengan revolusi ini. Sebagai wanita, ia adalah berita baik. Namun, perasaan berdebar dan gementar tetap ada.
Ruby ingin menasihatkan anda, agar membaca dan mencari ilmu tentang menstrual cup. Pemilihan dari jenama yang berkualiti dan mementingkan keselamatan pengguna adalah penting. Baca arahan dari panduan pengguna yang diberikan adalah sangat membantu.
Cherry Cup? Menstrual Cup? Cawan Haid? Comel-comel nama panggilannya. Bersesuaian dengan objektif untuk penggunaan menampung darah haid. Ruby ingin kongsikan pengalaman pertama kali mencuba Cherry Cup baru-baru ini. Berdebar!
Wanita, itulah diri kita. Sepanjang membawa gelaran itu, kita melalui menstrual dengan pelbagai cara. Ruby pernah bertanya pengalaman wanita dari pelbagai usia. Bagaimana penjagaan menstrual mereka.
Pada zaman dulu, apabila darah haid muncul. Para wanita akan menggunakan kain perca untuk menekap miss v mereka. Inovasi dari kain perca mulai kepada penciptaan tali pinggang yang mempunyai kain perca. Namun, ia tidak selesa.
Seterusnya jururawat yang menggunakan sanitary pad untuk merawat kecederaan tentera mendapati, pad itu lebih mudah digunakan untuk penjagaan haid. Sebab ada gam.
Kemudian berterusan inovasi penciptaan pad sehingga ke hari ini. Banyak syarikat menhasilkan sanitary pad menggunakan formulasi sama yang digunakan oleh jururawat tentera.
Tahukah anda, ada di beberapa negara menggunakan stoking dan isi pasir di dalamnya untuk pakai semasa haid? Ya masih ada. Selepas menggunakannya, mereka akan membersihkannya dan gunakan semula. Seram?
Begitulah sedikit sejarah tuala wanita.
Jom kita lihat apa yang ada di dalam pakej Cherry Cup ini. Pakej lengkap ini boleh didapati di Shopee. Cherry Cup adalah di antara jenama yang Ruby yakin. Sebab mereka menyediakan informasi bermanfaat untuk pengguna beginner macam Ruby.
CHERRY CUP 101
1. Cherry Cup diperbuat daripada silikon bergred perubatan.
2. Diimport dari Amerika Syarikat.
3. FDA Registered.
4. Tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya.
BAGAIMANA MEMILIH CHERRY CUP
Semasa membeli, untuk lebih mudah memilih adalah berdasarkan usia. Ruby dah 30-an, pernah melahirkan anak secara normal dan Caesarean section. Jadi Ruby terus pilih Size 2.
Pilihan untuk pemilihan saiz bergantung kepada keadaan diri anda. Ada yang sudah berusia 30-an belum pernah melahirkan anak. Ada juga wanita yang di maklumkan oleh doktor bahawa dia memiliki serviks rendah.
Ada juga yang masih bujang memiliki heavy flow semasa haid. Jadi, anda boleh pilih mengikut kesesuaian atau bertanya terus kepada team Cherry Cup di Shopee chat box.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN CHERRY CUP
Bab ni memang lucu bila nak cerita kembali. Sebab risau nak masuk sesuatu dalam miss v. Walaupun sudah bernikah, ada anak lelaki dua orang. Risau tu tetap ada.
Ruby ikut Step-by-step dari kertas panduan pengguna dan penyediaan.
1. Steril Cherry Cup ke dalam air panas 100°c selama 5 minit.
2. Pastikan Cherry Cup dipanaskan dalam keadaan terapung dan tidak terkena dasar periuk.
3. Kemudian basuh Cherry Cup bersama dengan tangan anda dengan air suam menggunakan Cherry Feminine Wash. Sabun ini tiada bau. Best!
4. Seterusnya, kita mula belajar untuk melipat Cherry Cup dengan 3 langkah. Tengok gambar di bawah untuk lebih jelas.
5. Kemudian proses untuk memasukkan ke dalam miss v, ada tiga kaedah. Dalam banyak-banyak kaedah, Ruby selesa cara berdiri sambil sebelah kaki di atas toilet duduk tu.
6. Kemudian pusingkan sikit Cherry Cup supaya anda selesa.
7. Siap!
PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGGUNAKAN CHERRY CUP
Ruby teringin nak guna, tapi risau. Hahaha. Ruby tanya suami..
Ruby:Sayang, nak cuba guna Cherry Cup ok tak?
Sambil goyang-goyang kotak..
Suami: Meh sini kotak tu.
Unboxing...
Suami: Sejak bila ada menstrual cup ni? Lepas ni tak payah beli pad kalau sayang dah selesa. Jimat banyak tau.
Ruby: Eh eh eh. Menteri kewangan sangat perangai. Hurmmmmm..
A few moments later...
Ruby: Okay, saya cuba dulu. Boleh jimat banyak kan. Pad saya untuk sebulan dah 1 pek RM 20 juga. Nak kena pakai 32CM pula tu. Darab 12 bulan dah RM 240. Darab 22 tahun. RM 5,280. Wowww!
Suami: Haaa tahu pun.. Tengok ni, Cherry Cup boleh guna sampai 5 tahun kalau sayang jaga elok-elok. Step-by-step penggunaan dan penjagaan senang je.
Ruby: Okaylah let's...
3 HARI MENGGUNAKAN CHERRY CUP
Selama 3 hari menggunakan Cherry Cup, Ruby dapati bahawa sebenarnya darah haid yang keluar tu sedikit sahaja pada satu-satu masa.
Rutin Ruby tukar pad adalah setiap 2 jam pada kebiasaannya. Namun, dengan Cherry Cup ni berbeza. Ruby akan cek setiap 6 jam. Nak tahu sebab apa?
Hari pertama penggunaan semasa heavy flow dan ada mild senggugut. Risau juga terbocor atau Cherry Cup sudah penuh. Ruby cek setiap dua jam. Lepas keluarkan Cherry Cup, Ruby cuci dengan air suam dan Cherry Feminine Wash. Ulang masuk balik.
Sebenarnya senang je keluar dan masuk Cherry Cup sebab kawasan miss v kan ada kelembapan. Tiga hari Ruby menggunakan dan mula serasi. Kuncinya kena relaks. Huhu.
SIMPAN CHERRY CUP UNTUK PENGGUNAAN SETERUSNYA
Selepas selesai kitaran haid. Yakin dah selesai haid. Kita boleh basuh Cherry Cup dan rendam dalam air panas pada suhu 100°c selama 5 minit. Kemudian boleh simpan dalam bag pink kiut ni.
Semoga boleh guna sehingga 5 ke 10 tahun. InsyaAllah! Selamat mencuba! Diharap perkongsian ini bermanfaat.
Tags
Kesihatan
Rawlins pun tahu sikit-sikit pasal nie. Yes, memang sangat menjimatkan. Yang penting kena amalkan kebersihan dan penjagaan yang optimum kan.
BalasPadamIt is good to know that ladies and women will have more alternatives and options when it comes to feminine products.
BalasPadamMenstrual cup is a trend now. Tapi stakat ini saya x pernah cuba nyer lagi. Nampak macam menggerunkan. However, thank you for sharing. Maybe I'll try using menstrual cup later. XoXo.
BalasPadamagak unik...walaupun akk mcm ragu dan pelik sikit.. tpi x salah nak cuba.. jimat banyak pulak tu
BalasPadamOk ni pertama kali baca orang yang gunakan menstrual cup. Sebelum ni duk bacamacam tu je. Pelik juga macam mana nak guna dia, ingat sangkut je kat spender, rupanay kene masuk ke..Mak aii..seriau. Tapi bak kat aruby kena relaks. Kalau jimat banyak memang bagus. Tahan lama cherry cup ni erk..ingat pakai buang juga
BalasPadamBetul kalau dikira memang jimat banyak. Dah beberapa kali dok baca dan dah masuk dalam chart tapi sampai ke sudah masih belum bayar. Ada sikit laaa rasa serammm. HAhha..
BalasPadamMaybe one day pasti keberanian muncul untuk kak nina cuba.
tak berapa familiar sangat pasal ni, apapun, saya blh mntk isteri untuk mencuba.
BalasPadamMacam nak try, tapi macam seram. Aduh, acaner nih? Dah baca beberapa kali artikel tentang menstrual cup ni cuma belum ada keberanian nak cuba. Jimat memang jimat tapi tu lah, takut. Hehehehe. Tabik spring kat Kak Ruby sebab berani cuba.
BalasPadamInteresting and macam2 innovation.. this is the first time get to know about the availability of this product ya, new!
BalasPadamI read many good reviews about this but i have not try it yet. If it works for me then every month o can save my pads money.
BalasPadamSatu pengalaman baru, mula2 mmglah kita tak biasa kan? Tapi lama2 akan biasa guna dan jimat, pad zaman skrg.
BalasPadam