DURIOO+ PLATFORM PENSTRIMAN SIRI ISLAMIK KHAS KANAK-KANAK | Assalammualaikum semua. Berita gembira buat ibu bapa dan kanak-kanak di luar sana. Sekarang kita sudah mempunyai platform penstriman siri animasi islamik untuk kanak-kanak. Ia Buatan Malaysia! ✅️
Ruby berasa bangga dengan pencapaian ini. Jadi, boleh lah Ruby berasa lega apabila anak-anak menonton Durioo+. Sebab setiap kandungan rancangan kanak-kanak akan ditapis khas untuk anak-anak kita. NO MORE video suggestion macam di Youtube, tiba-tiba anak Ruby tengok remaja lelaki bermain game terjerit-jerit. Stress betul!
Let's Durioo+!
DURIOO+ PLATFORM PENSTRIMAN SIRI ISLAMIK KHAS KANAK-KANAK
Durioo Durioo Durioo terngiang-ngiang dekat telinga ni setiap kali anak-anak buka Durioo+. Comel betul suara kartun semasa membuka aplikasi Durioo+. Durioo Durioo. Semalam, 4 Mac 2022 Ruby melanggan Durioo+ ni melalui website www.duriooplus.com
Dari awal pendaftaran, sehingga ke proses pembayaran adalah sangat mudah. Setelah selesai, Ruby dulu tengok rancangan dalam Durioo+. Betul ke ni semua untuk kids? Betul ke Islamik? Betul ke???
Ternyata ia betul belaka! Hahaha. Korang tahu tak, pada setiap dua minggu Durioo menyediakan episod terkini. Jadi, ibu bapa dan anak-anak tidak akan bosan dengan siaran ulangan berbayar macam kita pernah alami dengan stesen televisyen. Kahkahkah.
Ruby pernah melanggan Muslim Kids TV dan tidak meneruskan lagi kerana berasa kandungan tidak dekat dengan jiwa. Jika diperhatikan kandungan Durioo yang dijayakan oleh rakyat Malaysia. Banyak perkara kita boleh kaitkan dengan kehidupan harian.
Little Ammar, Mina Mila, Polytako, Zehni, Bubu Lala, Abibi, Qisa, The Challengers, Red Yellow Blue, Surprise, Move It Move It dan banyak lagi!
Durioo+ tersedia dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan akan datang ada dalam Bahasa Urdu, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin. Masyarakat Muslims ada di seluruh dunia. Road to Global! InsyaAllah.
DURIOO+ KANDUNGAN ISLAMIK BERKUALITI TINGGI
Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo. Sebulan selepas dilancarkan, pada 18 Februari 2022, Durioo dengan rasminya telah mengumumkan platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia.
SINAN ISMAIL, DIDI & FRIENDS, OMAR & HANA, DIGITAL DURIAN, KINI DURIOO
Apa itu Durioo+? Durioo apa pula? Bertenang! Hehehe. Meh Ruby terangkan, Durioo adalah syarikat, manakala Durioo+ adalah aplikasi untuk penstriman siri animasi islamik yang disediakan oleh Durioo Sdn Bhd.
Siapa pengasas Durioo ni? Bukan calang-calang orang yeee, beliau adalah mantan pengasas siri animasi pendidikan popular Didi & Friends dan Omar & Hana. Beliau adalah Encik Sinan Ismail, tulang belakang kepada Digital Durian sejak 2008. Kini Durioo diasaskan oleh beliau sejak 2021. Tahniah!
Dari kejayaan Didi & Friends dan Omar & Hana, Ruby percaya Durioo boleh melangkah dengan lebih jauh sehingga ke peringkat global. Walaupun masih baru, Durioo berjaya menyediakan 11 kandungan siri animasi islamik untuk kanak-kanak. Konsep pendidikan gaya hidup islamik dalam bentuk interaktif dan animasi berkualiti tinggi menerima maklumbalas positif dari para ibu bapa dan kanak-kanak terutamanya. Kami sekeluarga menyukainya!
Sinan Ismail, Pengasas Durioo juga berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia.
"Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambahnya lagi.
Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam.
RANCANGAN-RANCANGAN YANG TERSEDIA DI DURIOO+
Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi.
1. Little Ammar - The Cocomelon for Muslim children
2. Mina Mila - Twin girls with differing personalities
3. Polytako - Learn new languages
4. Zehni - Save the world with Zehni
5. Bubu Lala - Educational Songs for Muslim Children
6. Abibi - The Blippi for Muslim Children
7. Qisa - Storytelling made fun
8. The Challengers - Who will win?
9. Red Yellow Blue - Draw and colouring
10. Surprise - Exciting and fun
11. Move It Move It - Dance, sports and move
Pelanggan Durioo+ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure.
KAMI SUKA TONTON ABIBI
Kami sekeluarga sangat suka rancangan BLIPPI. Ruby sentiasa tertanya-tanya bila lah Rakyat Malaysia nak buat kandungan macam ni. Sebab Malaysia ni macam-macam ada. Alhamdulillah kita ada ABIBI dari Durioo. Seronok apabila semua lokasi ABIBI pergi adalah di dalam Malaysia.
Ruby dan anak-anak baru selesai tonton siri ABIBI. Lokasi di Kidzoona dan Farm in The City adalah nostalgia sangat. Menggamit memori anak-anak masa kecil. Sebab pada musim pandemik COVID-19 Ruby tidak bawa anak-anak ke sana lagi. Dari rancangan ABIBI, kami dapat segarkan ingatan. Kami happy!
BAGAIMANA INGIN MELANGGAN DURIOO+?
Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV.
Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari.
Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/id1605538612
30% DISKAUN DURIOO+
Selain itu, berita baik untuk pembaca di luar sana! Anda boleh menggunakan promo kod “RUBYDURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. Rebut peluang ini untuk melanggan Durioo+ hari ini juga. RM 9 sahaja untuk 1 bulan, best! best! best!
1. Masuk https://duriooplus.com/
2. Pilih START FREE TRIAL
3. Pilih Durioo+ Subscription: Monthly - RM 12.90/month
4. Masukkan butiran email dan kata laluan.
5. Masukkan butiran pembayaran. Nama pemilik kad debit dan nombor kad.
6. Masukkan Promo Code RUBYDURIOO
8. Siap!
PERCUMA 2 BULAN APABILA ANDA MELANGGAN SECARA TAHUNAN
Langganan 1 bulan RM 12.90. Kalau 1 tahun bernilai RM 129.90 yang bermakna ia sama harga untuk langganan 10 bulan. 2 bulan percuma ke Durioo+ kasi? Wuwuwuwu. Best betul! Lebih jimat! Jadilah pengguna bijak. Ibu bijak kan? Hahaha. Terima kasih Durioo! Semoga diperkayakan rezeki kepada pasukan Durioo.
3 PERANTI DALAM 1 MASA
Setiap langganan Durioo+, anda boleh strim dengan maksimum 3 peranti dalam satu masa. Sebagai contoh yang Ruby telah buat adalah Ruby install di Galaxy Tab A7 Lite Adam dan iPad Air 2 milik suami Ruby untuk Alif tonton. Hahaha. Lepas tu install Durioo+ dekat Android TV. Jadi, dah lengkap 3 peranti.
MENGAKTIFKAN DURIOO+ DI ANDROID TV
Menonton siri animasi di televisyen pastinya memberi kepuasan kepada anak-anak. Ibu bapa juga dapat memantau setiap kandungan yang anak-anak tonton. Jom Ruby ajarkan bagaimana untuk menonton Durioo+ di Android TV.
- Pertama sekali, anda masuk ke Google Play menggunakan akaun email dan masukkan kata laluan terlebih dahulu.
- Kemudian anda terus mencari aplikasi Durioo+.
- Anda akan nampak logo Durioo+ bewarna oren.
- Tekan Install.
- Setelah selesai install. Anda tekan Open.
Ruby faham, menggunakan alat kawalan jauh agak rumit sedikit. Jadi, untuk Sign In ke akaun Durioo+, Ruby sarankan anda mengaktifkan sahaja. Jenuh pula nak tekan alamat emel dan kata laluan guna alat kawalan jauh. Hahaha.
Dari televisyen anda, akan nampak paparan ini.
Manakala dari telefon pintar atau komputer anda Sign In Durioo+ dan pergi ke website https://my.duriooplus.com/activate
Selamat Menonton!
MENGENAI DURIOO & DURIOO+
Durioo ditubuhkan pada Ogos 2021 oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka.
Pada 18 Februari 2022 Durioo+ iaitu saluran penstriman rancangan animasi gaya hidup islamik mula beroperasi. Pelanggan boleh melanggan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja.
Durioo+ boleh di tonton di mana-mana sahaja dengan menggunakan aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV.
Durioo+ akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia.
Tags
Hiburan
Menarik betul rancangan dalam ni. Dapat diskuan lagi murah
BalasPadamOkay jap nak subscribe ni..berbaloi sangat harga dia sebulan. Jom support local!
BalasPadamskali baca td ingatkan durian hehe....kalau ada animasi pasti kanak2 suka..bgs juga ada gaya hidup islamik dlm animasi ni..tq for sharing
BalasPadamwah menarik sangat ni! senang kalau ibu bapa nak bukakan rancangan-rancangan konsep kanak-kanak dan Islamik terus kat kaca TV. Boleh suggest ni juga pada kawan-kawan. :)
BalasPadamYes, tengok rancangan dia menarik dan berunsur islamik. Bagus untuk anak-anak. cerita animasi mcam ni memng anak-anak layan, dengan abibi tu. Hah sambil langgan boleh menang
BalasPadamAnak Marina suka tengok cerita macam ni. Bagus untuk anak2. Dapat ilmu
BalasPadammenarik ni, siap boleh guna kat android tv, best2...another good platform for children
BalasPadamterbaik dan memang boleh cuba. baru tau ada platform Durioo ni.
BalasPadamBagusnya ada inisiatif penstriman untuk anak-anak muslim sedunia. Banyak yang boleh mereka belajar dari platform Durioo nih kan.
BalasPadamBila ianya boleh strim di mana-mana peranti, ianya memang memudahkan untuk parents share dengan anak-anak.
BalasPadamEh. Comelnya model cilik dua orang kat gambar pertama tu
Bagus ada platform mcm Durioo+ utk anak2 tentu dorang suka dan dpt memberi kebaikan kpd mereka
BalasPadamMenarik juga ye platform Durioo+ ni, confirm parent lebih yakin bila subscribe for anak2 mereka kan! Fee bulanan pun sgt affordable! Well done to the team!
BalasPadamGreat platform for kids who studies Islam, thanks for sharing Kak Fa.
BalasPadamla, ingatkan Durian tadi hehe. Bagus lah ada apps macam ni, kadang tak mudah nak selia apa yang deorang tengok setiap masa kan.
BalasPadamsiri islamik yg mmg sangat dinantikan oleh anak-anak.. selain daripada animasi yang cantik pengisiannya juga cukup menarik
BalasPadamThanks for sharing this, its a entertaining way and platform for children learn about Islam
BalasPadam