ESKAYVIE DIFFENZ KUASA IMUN BADAN YANG HEBAT DALAM 1 TABLET

ESKAYVIE DIFFENZ KUASA IMUN BADAN YANG HEBAT DALAM 1 TABLET | Assalammualaikum semua! Semoga korang semua dalam keadaan selamat dan sihat. Serius Ruby terkejut tengok kes harian meningkat selepas perayaan Tahun Baru Cina. Baru-baru ni kes harian dah mencecah lebih 30 ribu kes terbaru.

Eskayvie Diffenz Kuasa Imun Badan Yang Hebat Dalam 1 Tablet

Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang ambil peluang cuti panjang ni pulang ke kampung dan pergi bercuti. Tak kira bangsa dan agama, peluang cuti panjang itu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Ruby juga antara yang ambil peluang ni untuk pulang ke kampung suami di Kuantan, Pahang. Untuk pengetahuan semua, hampir 3 tahun kami tidak pulang ke kampung sejak dari mula-mula PKP lagi. Tahun pertama tu sebab anak ke-2 lahir dan Ruby berpantang di rumah. Lepas tu tiba musim PKP lak. Walau pun kerajaan dah bagi kebebasan untuk rentas negeri pada pada bulan September yang lepas, namun kerana kekangan kerja kami tangguhkan dulu untuk pulang ke kampung.

Eskayvie Diffenz Kuasa Imun Badan Yang Hebat Dalam 1 Tablet

Bila sebut pasal kampung ni, serius Ruby rindu beraya di kampung. Hari terakhir Ramadan dan hari pertama Syawal di kampung bersama keluarga dan sanak saudara adalah kenangan yang paling terindah. Tapi kita dah 2 kali tidak merasa suasana begini. Harap-harap tahun ni kita semua dapat beraya di kampung halaman masing-masing.

APAKAH PERSEDIAAN KITA DI MUSIM WABAK NI?

Sejak negara kita dan seluruh dunia dilanda Pandemik Covid-19, Ruby sentiasa skeptikal nak kemana-mana. Namun apa kan daya, tuntutan kerja dan urusan harian yang perlu keluar dari rumah, jadi Ruby tawakal je bila perlu keluar. 

Eskayvie Diffenz Kuasa Imun Badan Yang Hebat Dalam 1 Tablet


Kerajaan dan KKM juga telah berikan garis panduan yang perlu kita semua ikut untuk mengawal penularan kes Covid-19 ni yang diantaranya adalah sentiasa pakai pelitup muka di tempat awam, elakkan pergi ke tempat yang sesak, jaga penjarakkan sosial, sentiasa bersihkan tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan ambil vaksin. pengambilan vaksin serta dos penggalak sangat membantu untuk memastikan badan sentiasa terlindung dari dijangkiti oleh virus pembunuh ini.

Eskayvie Diffenz Kuasa Imun Badan Yang Hebat Dalam 1 Tablet

Ruby juga antara ibu yang risau dengan keselamatan anak selepas sekolah mula dibuka semula untuk pembelajaran secara semuka. Sebelum cuti Tahun Baru Cina kita semua dikejutkan dengan peningkatan kes yang tinggi dari sektor pendidikan. Banyak sekolah dan institusi awam ditutup kerana ada kes pelajar dan tenaga pengajar yang positif Covid-19.

Walau pun risau dengan kes yang semakin meningkat namun apa kan daya. Pembelajaran Adam sangat penting kerana sesi pembelajaran secara PdPR, Adam tak berpeluang belajar dengan lebih fokus berbanding pembelajaran secara bersemuka. Ruby tawakal dan sentiasa bekalkan Adam dengan suplemen tambahan  setiap hari. Sepanjang sesi pembelajaran bersemuka Adam di sekolah, Adam tiada masalah kesihatan. Alhamdulillah dia boleh fokus belajar bersungguh-sungguh.

Baru-baru ni, ada rakan sekelas Adam yang positif Covid-19 dan Adam merupakan kontak rapat. Jadi, kami sekeluarga terpaksa kuarantin di rumah selama 7 hari. Setiap hari kami buat ujian air liur. Alhamdulillah ujian kami adalah negatif dan kami tidak bergejala. Kami juga kena update status terkini di MySejahtera setiap hari.

PERSIAPKAN DIRI DENGAN SUPLEMEN TAMBAHAN TINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN

Sebagai ibu, persediaan awal adalah perlindungan utama kepada keluarga. Kami kena pastikan sistem imun badan kami berada di dalam tahap yang optimum untuk elak diri dijangkiti. Kami yang kena jaga diri. Sepanjang bergelar ibu, Ruby tidak putus asa untuk mendidik anak-anak dan suami. Ingat mengingati dan sentiasa jadikan amalan menjaga diri sebagai rutin harian. 

Eskayvie Diffenz Kuasa Imun Badan Yang Hebat Dalam 1 Tablet

Antara suplemen tambahan yang Ruby sarankan korang ambil untuk tingkatkan imun badan adalah Eskayvie Diffenz. Produk ni memang bagus ya kerana bahan-bahan utama yang ada didalamnya memang sesuai ketika musim wabak ni.

Eskayvie Diffenz ni mengandungi Cendawan Susu Harimau yang telah terbukti khasiatnya untuk menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan virus.

Eskayvie Diffenz Kuasa Imun Badan Yang Hebat Dalam 1 Tablet


Selain dari Cendawan Susu Harimau ni, Diffenz juga mengandungi Buah Camu-Camu yang tinggi kandungan Vitamin C yang mudah meresap serta Vitamin C dan D.


Eskayvie Diffenz Kuasa Imun Badan Yang Hebat Dalam 1 Tablet

Tahukah korang? Pada tahun 2002, pelbagai kajian telah giat dijalankan apabila mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya selama bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini. Hebatkan tumbuhan ciptaan Allah S.W.T ni.

Kebaikan Cendawan Susu Harimau :

Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.
Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

Untuk pengetahuan korang juga, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin bahawa pengambilan makanan tambahan atau suplemen memainkan peranan yang penting untuk membekalkan sumber nutrisi mencukupi kepada badan. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya pada musim wabak yang melanda dunia sekarang. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mengalami penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan masalah jantung.  

Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu merupakan gabungan bahan yang terbaik. Cuba bayangkan jika anda mengambil 4 jenis suplemen ini secara berasingan, pasti harganya akan mencecah RM499 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol. Berbaloi kan? Harga mampu milik tapi khasiatnya kayangan! 

Lagi satu, sebelum keluar kemana-mana, kami sekeluarga akan pastikan kami buat persediaan seperti yang disarankan oleh MKN dan KKM. Kami juga akan memilih lokasi atau tempat awam yang tidak sesak yang boleh kami kunjungi. Ye la kan… Risau jugak. Kita tak tahu siapa yang pembawa Covid-19 ni. Kalau kawasan yang tidak sesak ni at least kurang la risikonya berbanding kawasan yang sesak.

APA KATA EN. MUHAMMAD DARI KAMPUNG BUKIT CHANGGANG NI SELEPAS AMBIL ESKAYVIE DIFFENZ?




Dah tengok video diatas? Hebat ujian untuk En Muhammad dan keluarganya. Seluruh keluarga beliau telah dijangkiti Covid-19 dan beliau sendiri dijangkiti hingga tahap ke 5 dan terpaksa dimasukan ke ICU selama 2 hari kerana masalah radang hati, jangkitan kuman dalam darah, batuk berdarah dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Alhamdulillah dengan izin Allah beliau sembuh dari Covid-19 kerana beliau konsisten amalkan pengambilan Eskayvie Diffenz setiap hari. Yang paling ajaib, beliau hanya ambil masa 3 hari sahaja untuk dapat kembali deria rasa dan deria bau yang telah hilang. Berbanding rakan beliau yang turut dijangkiti Covid-19 telah mengambil masa hampir 2 minggu untuk dapat kembali deria rasa dan deria bau. Beliau sangat bersyukur kerana Diffenz ni sangat membantu beliau sekeluarga.

PENTINGNYA SUPLEMEN TAMBAHAN SEBAGAI PERISAI KETIKA WABAK MELANDA 

Secara kesimpulannya, ketika musim wabak ni penting untuk kita persiapkan diri dengan pengambilan makanan tambahan yang boleh membantu bagi meningkatkan sistem imun badan kita agar tidak mudah dijangkiti virus. 

Kes harian kini pun semakin tinggi jadi kita jangan pandang ringan dengan perkara ni. Ramai di antara rakan-rakan Ruby juga kini positif Covid-19 dan Ruby sendiri dah rasai sengsara dikuarantin. Aktiviti harian jadi sangat terbatas. Down juga mental dan fizikal. Ingat! Kita masih belum menang ya.


Eskayvie Diffenz Kuasa Imun Badan Yang Hebat Dalam 1 Tablet


Untuk pengetahuan korang, Eskayvie juga ada perlindungan untuk anak-anak di bawah 5 tahun yang masih belum menerima vaksin iaitu Diffenz Junior. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak antara yang mudah terdedah dengan jangkitan kuman dan virus. Dapatkan set keluarga Diffenz bersama Diffenz Junior untuk lindungi paru-paru serta tingkatkan sistem imun badan anda dan yang tersayang. Yang penting kita ikhtiar yang terbaik untuk keluarga kita.

Nak dapatkan Diffenz dan Diffenz Junior? Korang boleh layari laman web dan media sosial dibawah dan dapatkan Diffenz hari ini juga. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال