ESKAYVIE DIFFENZ KUASA IMUN BADAN YANG HEBAT DALAM 1 TABLET | Assalammualaikum semua! Semoga korang semua dalam keadaan selamat dan sihat. Serius Ruby terkejut tengok kes harian meningkat selepas perayaan Tahun Baru Cina. Baru-baru ni kes harian dah mencecah lebih 30 ribu kes terbaru.
Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang ambil peluang cuti panjang ni pulang ke kampung dan pergi bercuti. Tak kira bangsa dan agama, peluang cuti panjang itu dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Ruby juga antara yang ambil peluang ni untuk pulang ke kampung suami di Kuantan, Pahang. Untuk pengetahuan semua, hampir 3 tahun kami tidak pulang ke kampung sejak dari mula-mula PKP lagi. Tahun pertama tu sebab anak ke-2 lahir dan Ruby berpantang di rumah. Lepas tu tiba musim PKP lak. Walau pun kerajaan dah bagi kebebasan untuk rentas negeri pada pada bulan September yang lepas, namun kerana kekangan kerja kami tangguhkan dulu untuk pulang ke kampung.
Bila sebut pasal kampung ni, serius Ruby rindu beraya di kampung. Hari terakhir Ramadan dan hari pertama Syawal di kampung bersama keluarga dan sanak saudara adalah kenangan yang paling terindah. Tapi kita dah 2 kali tidak merasa suasana begini. Harap-harap tahun ni kita semua dapat beraya di kampung halaman masing-masing.
APAKAH PERSEDIAAN KITA DI MUSIM WABAK NI?
Sejak negara kita dan seluruh dunia dilanda Pandemik Covid-19, Ruby sentiasa skeptikal nak kemana-mana. Namun apa kan daya, tuntutan kerja dan urusan harian yang perlu keluar dari rumah, jadi Ruby tawakal je bila perlu keluar.
Kerajaan dan KKM juga telah berikan garis panduan yang perlu kita semua ikut untuk mengawal penularan kes Covid-19 ni yang diantaranya adalah sentiasa pakai pelitup muka di tempat awam, elakkan pergi ke tempat yang sesak, jaga penjarakkan sosial, sentiasa bersihkan tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan ambil vaksin. pengambilan vaksin serta dos penggalak sangat membantu untuk memastikan badan sentiasa terlindung dari dijangkiti oleh virus pembunuh ini.
Ruby juga antara ibu yang risau dengan keselamatan anak selepas sekolah mula dibuka semula untuk pembelajaran secara semuka. Sebelum cuti Tahun Baru Cina kita semua dikejutkan dengan peningkatan kes yang tinggi dari sektor pendidikan. Banyak sekolah dan institusi awam ditutup kerana ada kes pelajar dan tenaga pengajar yang positif Covid-19.
Walau pun risau dengan kes yang semakin meningkat namun apa kan daya. Pembelajaran Adam sangat penting kerana sesi pembelajaran secara PdPR, Adam tak berpeluang belajar dengan lebih fokus berbanding pembelajaran secara bersemuka. Ruby tawakal dan sentiasa bekalkan Adam dengan suplemen tambahan setiap hari. Sepanjang sesi pembelajaran bersemuka Adam di sekolah, Adam tiada masalah kesihatan. Alhamdulillah dia boleh fokus belajar bersungguh-sungguh.
Baru-baru ni, ada rakan sekelas Adam yang positif Covid-19 dan Adam merupakan kontak rapat. Jadi, kami sekeluarga terpaksa kuarantin di rumah selama 7 hari. Setiap hari kami buat ujian air liur. Alhamdulillah ujian kami adalah negatif dan kami tidak bergejala. Kami juga kena update status terkini di MySejahtera setiap hari.
PERSIAPKAN DIRI DENGAN SUPLEMEN TAMBAHAN TINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN
Sebagai ibu, persediaan awal adalah perlindungan utama kepada keluarga. Kami kena pastikan sistem imun badan kami berada di dalam tahap yang optimum untuk elak diri dijangkiti. Kami yang kena jaga diri. Sepanjang bergelar ibu, Ruby tidak putus asa untuk mendidik anak-anak dan suami. Ingat mengingati dan sentiasa jadikan amalan menjaga diri sebagai rutin harian.
Antara suplemen tambahan yang Ruby sarankan korang ambil untuk tingkatkan imun badan adalah Eskayvie Diffenz. Produk ni memang bagus ya kerana bahan-bahan utama yang ada didalamnya memang sesuai ketika musim wabak ni.
Eskayvie Diffenz ni mengandungi Cendawan Susu Harimau yang telah terbukti khasiatnya untuk menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan virus.
Selain dari Cendawan Susu Harimau ni, Diffenz juga mengandungi Buah Camu-Camu yang tinggi kandungan Vitamin C yang mudah meresap serta Vitamin C dan D.