KAMERA GALAXY A53 DIKUASAKAN OLEH AI

KAMERA GALAXY A53 DIKUASAKAN OLEH AI | Assalammualaikum semua! Apa lagi yang kita inginkan dari telefon pintar? Semestinya fungsi kamera yang pelbagai. Agar kita boleh cipta detik indah bersama Galaxy A53 5G. Snap snap dan terus edit tanpa menggunakan aplikasi lain. Hanya menggunakan Samsung, anda boleh sunting gambar semudah 1,2,3! Siap!

KAMERA GALAXY A53 DIKUASAKAN OLEH AI

Dalam landskap digital hari ini, pengguna muda mahu melakukan lebih daripada sekadar mengambil foto — mereka mahu mencipta detik-detik indah. Inilah sebabnya mengapa Galaxy A53 5G baharu menampilkan pengalaman kamera dipertingkat AI yang direka untuk memperkasakan setiap saat pembelajaran, mencipta dan meneroka. Anda boleh membuat setiap foto dan video menyerlah, walaupun dalam pencahayaan malap, dengan kamera yang melaraskan kadar bingkainya secara automatik kepada keadaan cahaya yang berbeza.

Sama ada anda menangkap gambar bersendirian atau bersama rakan, anda boleh mengambil gambar terbaik anda dengan mod Portrait yang dipertingkatkan yang menangkap kedalaman dan garis subjek dengan lebih tepat. Lebih-lebih lagi, dengan mod Fun, anda boleh menambah penuras interaktif yang menyeronokkan untuk menukar mana-mana majlis menjadi sesi penggambaran secara mendadak. 

Kadangkala, terdapat pelbagai perkara yang menghalang foto yang sempurna — seperti photobomb yang tidak disengajakan atau silau yang mengganggu. Menggunakan Photo Remaster, anda boleh memberi nafas baharu kepada imej lama dan yang berkualiti rendah atau menggunakan objek Eraser untuk menghilangkan sebarang gangguan di latar belakang untuk menghasilkan tangkapan gambar anda yang sempurna.

Lihat video di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara fungsi kamera AI Galaxy A53 5G menjadikan setiap saat anda hebat: 


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال