KENALI GALAXY A33 5G DAN GALAXY A53 5G

KENALI GALAXY A33 5G DAN GALAXY A53 5G | Assalammualaikum semua! Ramai tertanya-tanya apa yang menarik dengan Siri Galaxy pada kali ini. Ruby berterus terang dengan mereka menyatakan bahawa banyak fungsi best disediakan oleh Samsung. Seronok menerangkan tentang Link to Windows, Bixby Routine dan Samsung Wallet. Ia adalah pengalaman teknologi telefon pintar yang memudahkan si pemilik Siri Galaxy A. 

Buat Semua Siri Galaxy A baharu yang mewakili kategori telefon pintar Galaxy paling popular menerajui pendemokrasian inovasi Galaxy terkini. Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini telah mengumumkan ketibaan Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G sebagai pelengkap kepada pakej inovasi Galaxy yang terkini, menawarkan pengalaman mudah alih yang serba bersepadu pada nilai yang hebat. Dikuasakan oleh pemproses serba baharu, kamera AI khas Galaxy, paparan yang luas dan lancar serta bateri berhayat dua hari, siri Galaxy A yang terkini juga menampilkan ketersambungan 5G, ciri-ciri keselamatan gred pertahanan, reka bentuk yang anggun, langsing dan mengutamakan kelestarian alam, serta pengalaman ketersambungan termaju. 


KENALI GALAXY A33 5G DAN GALAXY A53 5G

Kedua-dua peranti baharu ini turut menyokong pengemaskinian One UI, OS Android dan fungsi keselamatan secara berterusan untuk memberikan pengalaman mudah alih yang tiada bandingan bagi para pengguna.

“Kami percaya bahawa semua orang berhak menikmati kesan positif teknologi mudah alih dalam kehidupan mereka,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan MX (Mobile eXperience) Samsung Electronics. “Selaras dengan itu, pelancaran siri Galaxy A terbaharu bertujuan menawarkan pengalaman mudah alih Galaxy yang canggih dan inovatif pada nilai wang yang hebat.”

ABADIKAN SHOT TERHEBAT DALAM SEBARANG SITUASI

Sama ada anda mencipta atau berkongsi kandungan bersama rakan, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G menawarkan pengalaman berkamera termaju daripada siri Galaxy S yang padat dengan banyak ciri hebat lagi mengasyikkan. Sistem kuad-kamera Galaxy A53 5G menampilkan Kamera OIS 64MP dengan teknologi VDIS yang mengambil gambar yang jelas dan mantap setiap masa. Sementara itu, kamera hadapan 32MP beresolusi tinggi memberikan swafoto yang hebat dan pengalaman panggilan video yang jelas.

Diperkasakan pemproses 5nm serba baharu, kamera berkuasa AI inovatif siri Galaxy A yang baharu menjadikan setiap imej kelihatan hebat – walaupun dalam keadaan pencahayaan malap. Mod ‘Improved Night’ akan mensintesis sehingga 12 imej dengan serentak secara automatik, untuk menghasilkan foto malam yang terang dan kurang hingar. Selain itu, kualiti rakaman video dalam suasana pencahayaan malap juga akan dipertingkatkan dengan kadar bingkai siri Galaxy A yang diselaraskan secara automatik untuk menghasilkan video yang terang dan jelas.

Mod Potret yang dipertingkatkan berupaya menangkap kedalaman dan siluet subjek dengan lebih tepat berkat kamera berkembar dan sokongan AI berkuasa. Selain itu, mod kamera ‘Fun’ cukup menghiburkan dengan filter dan efek penggambaran yang kini berfungsi dengan kanta Ultra lebar. Selain itu, Photo Remaster pula memberi nafas baharu kepada gambar yang berkualiti rendah manakala Objek Eraser membantu anda menghilangkan tunafoto di latar belakang gambar.

MAKSIMUMKAN PENGALAMAN MENONTON DI MANA JUA, PADA BILA-BILA MASA

Silau matahari yang terlampau secara kebiasaannya akan mengganggu pengalaman tontonan kandungan yang terpapar pada skrin telefon pintar. Oleh itu, siri Galaxy A baharu hadir dengan algoritma pintar yang memastikan kandungan paparan kelihatan dengan penuh jelas dan terperinci, tanpa mengira suasana pencahayaan. 

Paparan Super AMOLED 6.5-inci 3 Galaxy A53 5G yang luas juga menawarkan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman yang mengasyikkan manakala Galaxy A33 5G menampilkan paparan Super AMOLED 6.4-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, siri Galaxy A baharu kini dilengkapi dengan bateri berhayat sehingga dua hari dan fungsi Pengecasan Super Pantas 25W – dengan ini pengguna dapat menikmati tontonan kandungan, aktiviti penstriman dan banyak lagi untuk tempoh masa yang lebih lama.

REKA BENTUK CANTIK, LASAK, BERMATLAMAT

KENALI GALAXY A33 5G DAN GALAXY A53 5GKENALI GALAXY A33 5G DAN GALAXY A53 5G

Siri Galaxy A baharu khas direka supaya penuh bergaya, berkefungsian dan mampan. Bezel tipis peranti siri ini menampilkan rupa bentuk yang rapi lagi bergaya manakala reka bentuk Ambient Edge menyepadukan bonggol kamera dengan rangka telefon. Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G juga terbina dengan Corning® Gorilla® Glass 5 dan ciri IP67 yang kalis air dan habuk, secara langsung menawarkan ketahanan lasak peranti dan ketenangan minda kepada pengguna.

Samsung sentiasa mencabar had kebolehan teknologi dan akan terus membayangkan semula cara terbaik untuk menggunakan sumber planet ini. Selaras dengan komitmen kelestarian alam sekitar kami menerusi Galaxy for the Planet yang diumumkan pada Ogos 2021, Samsung bertekad menyampaikan inisiatif kelestarian alam sekitar untuk memelihara dan memulihara planet ini menjelang tahun 2025. 

Antara hasil usaha kemampanan Samsung termasuk pengecualian palam pengecas dan pengurangan saiz pembungkusan untuk peranti siri Galaxy A. Bahan pembungkusan tersebut juga mengutamakan penggunaan kertas bersumber mampan, manakala peranti itu terbina dengan bahan kitar semula pasca pengguna (PCM) terutamanya pada bahagian butang sisi dan dulang kad SIM.

Selain daripada bahan keterbinaan, jangka hayat siri A baharu juga akan dilanjutkan berkat sokongan kemaskini One UI dan OS Android sehingga ke empat generasi berserta kemaskini sekuriti sehingga ke lima tahun. Sokongan ini membolehkan pengguna mengakses perisian dan ciri keselamatan yang terkini untuk melanjutkan kitaran hayat peranti.

PENGALAMAN GALAXY TERHUBUNG, SELAMAT DAN DI HUJUNG JARI ANDA

Siri Galaxy A baharu memastikan data dan maklumat anda kekal dilindungi oleh platform keselamatan Samsung Knox yang bergred pertahanan. Ciri Secure Folder menawarkan peti keselamatan maya yang terenkrip; ini bermaksud maklumat dan kandungan peribadi seperti gambar, nota dan aplikasi hanya boleh diakses oleh tuan punya peranti. Ciri ‘Private Share’ pula membolehkan pengguna mengawal akses kepada fail peribadi untuk pengguna dan tempoh masa yang ditentukan. 

Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G juga akan disertakan dengan Samsung Wallet baharu, suatu kemudahan dompet atas talian bersepadu yang boleh digunakan untuk menyimpan kad pengenalan, tiket perjalanan, pelbagai lesen, dan kunci digital milik pengguna. 

Galaxy A53 5G dan A33 5G juga menawarkan fungsi ketersambungan tanpa jeda dengan peranti lain dalam siri Galaxy. Pilihan audio diperkembangkan dengan menyambungkan siri Galaxy Buds dengan pelbagai peranti, termasuk Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G. Pengguna turut dapat menikmati teknologi Audio 360 yang menyampaikan bunyi 3D yang tepat dan mengasyikkan - fitur ini tersedia pada Galaxy Buds Pro dan akan datang tidak lama lagi ke Galaxy Buds2 dan Buds Live. 

Apabila tiba masanya untuk menjadi produktif, pengguna hanya perlu menghidupkan Link to Windows yang menyambungkan siri Galaxy A baharu kepada PC Windows untuk menyalin dan menampal kandungan, memindahkan fail dan juga menjawab panggilan atau berbalas teks.

HARGA GALAXY A33 5G, GALAXY A53 5G, GALAXY A73 5G

Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G boleh didapati pada harga runcit disyorkan seperti dibawah:

  • Galaxy A33 5G: RM1,499
  • Galaxy A53 5G: RM1,849
  • Galaxy A73 5G: RM2,099

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a53-5g-awesome-blue-256gb-sm-a536elbhxme/

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال