LOUISA THE COMFORT LUXE SCARF AYRAA SQUARE MAROON DIINSPIRASIKAN DARI MOTIF GEOMETRIC ORIENTAL BERULANG | Assalammualaikum semua! Pertama kali mengenali jenama Louisa Scarf, Ruby sudah teruja dengan semua koleksi mereka. Namun, paling menyentuh jiwa dan stail Ruby adalah motif Geometric Oriental yang berulang.
Motif Louisa Scarf seperti ini sesuai di pakai bersama pakaian berwarna apa sahaja yang tanpa bercorak. Ruby menggayakan dengan pelbagai stail pemakain tudung sebab material tudung Louisa adalah Satin Matte Silk, bidang 45 dan tidak jarang.
LOUISA THE COMFORT LUXE SCARF AYRAA SQUARE MAROON
Menggemari tudung bercorak berulang dan jenis shawl. Tetapi ia tidak membataskan Ruby memabai bawal. Ruby juga boleh menggayakan Louisa Scarf sebagai Shawl. Untuk menggayakan seperti Shawl, material tudung sangat memainkan peranan.
Tudung tidak boleh nipis dan jarang. Material perlu tebal sedikit agar ia terletak elok. Ini kerana kita akan pakai pin dibahagian hujung tudung dengan safety pin iaitu posisi di belakang leher. Kemudian lilit sampai ke atas kepala. Siap!
Jika tudung tidak tebal, aurat akan terdedah danl anda perlu memakai inner neck. Jika baju pula berkolar luas, kena pakai inner baju dalam sampai menutup leher juga. Dengan cuaca di Malaysia hujan panas, berpeluh-peluh lah nanti. Hehehe.
Beli Louisa Scarf aje. Setel!
Bercorak Oriental dan berulang, rekaan ini memberi wajah si pemakai tampak kemas, menarik dan profesional semasa menggayakannya. Aayra Square Hadir dengan 6 warna berbeza iaitu Light Grey, Maroon, Olive, Nude, Sky Blue dan Peach.
LOUISA SCARF BUY 3 FREE 3
Bersempena dengan promosi pengenalan jenama Louisa Scarf, harga Scarf bernilai RM 89 dari harga asal iaitu RM 109. Kemudian terdapat hadiah untuk setiap pembelian.
BUY 1 Louisa Square Scarft, FREE 1 Gift
BUY 2 Louisa Square Scarft, FREE 2 Gift
BUY 3 Louisa Square Scarft, FREE 3 dan scarf dalam kotak ekslusif.
Ruby beli 3 helai dan paling suka Aayra Square dan Sarah Square. Ruby beli dua corak sama sedondon dengan kawan baik Ruby.
Hadiah yang Ruby dapat adalah pewangi, scrunchies dan inner snowcap. Comel betul Louisa ni.
4 KOLEKSI MENARIK
Buat masa ini, Louisa Scarf menjual 4 koleksi tudung bawal bidang 45 dengan material LUXE Satin Matte Silk. InsyaAllah pada masa akan datang mereka akan mengeluarkan Shawl pula.
SARAH
SARAH SQUARE adalah koleksi bermotif bunga-bungaan dari Louisa Scarf. Sangat cantik dan menarik. Ruby memilih warna Milky Grey dan Pastel Green sebagai tudung sedondon dengan sahabat baik sebab kontra warna dalam corak yang timbul. Warna kuning bunga memberi seri kepada kami. Hehehe.
Sarah mempunyai 5 warna iaitu Black Snowy, Classy Cotta, Lilac Purple, Milky Grey dan Pastel Green.
ZIYAN
ZIYAN SQUARE adalah bermotif abstrak dan mempunyai tona bercampur. Cantik digayakan dengan pakaian kasual atau baju raya. Hehe. Tersedia dalam 5 warna iaitu Black Sesame, Blue, Red Velvet, Mauvelous dan Sugar Pink.
LAURA
Koleksi Laura terdapat lima corak dan warna berbeza iaitu Bluwy, Grechy, Greeny, Mauvy dan Murvy.
AAYRA
Koleksi AYRAA Square berkonsep Oriental. Jadi ia menjadi pilihan ramai. Terdapat 6 warna iaitu Light Grey, Maroon, Olive, Nude, Sky Blue dan Peach.
CARA PEMBELIAN LOUISA SCARF
Anda boleh dapatkan Louisa Scarf melalui laman web mereka di www.louisascarf.com.
atau
Kunjungi butik LOUISA di OSTIA BANGI
A-2-6A,
Ostia Bangi Business Avenue,
Jalan Ostia Utama,
Taman Ostia Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Waktu beroperasi: 9 Pagi hingga 6 Petang
MENGENAI LOUISA SCARF
Louisa Scarf adalah jenama syarikat hijab Malaysia baharu yang mula beroperasi pada 5 Mac 2022 melalui laman web www.louisascarf.com. Mengutamakan keselesaan kepada wanita berhijab dengan menawarkan material premium dan mewah. Louisa sentiasa tampil dengan koleksi LUXE bagi memenuhi citarasa peminat Louisa Scarf.
Say Louisa to your new scarf!
Tags
Fesyen
Dah ada sehelai Louisa Scarf ni. Memang best pakai, senang betul nak bentuk.
ردحذفOoo lain pulak dengan Sis, Sis tak berapa suka corak yang berulang gini, nanti jadi pening nak pakai baju apa hahaha.. tapi design lain dia cantikkk, suka nengok, macam nak beli selai dua..
ردحذف