NAURAH CARE MALAYSIA MELANCARKAN BUKU IQRA' BACALAH EDISI PREMIUM DAN KEMPEN SET BAKUL RAMADAN

NAURAH CARE MALAYSIA MELANCARKAN BUKU IQRA' BACALAH EDISI PREMIUM DAN KEMPEN SET BAKUL RAMADAN | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini telah berlangsung perasmian Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium dan Kempen Set Bakul Ramadan oleh Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia (Naurah Care) yang dilancarkan di D'Attap Ballroom.

Bulan Ramadan hampir menjelma, bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Pada bulan ini juga kita digalakkan untuk perbanyakkan amal ibadat. Salah satunya mendekatkan diri dan memahami dengan Al-Quran. Pada bulan Ramadan perasaan ingin mendekatkan diri dengan Allah s.w.t juga kuat. Kita mempelajari bacaan dan faham tentang isi kandungan dengan lebih mendalam. Jadi, tidak terlambat untuk kita mula belajar membaca Al-Quran. Namun, sebelum itu kita perlu belajar melalui IQRA'.

Ruby menyukai edisi premium ini kerana ia berkulit tebal. Kekerapan menggunakan IQRA' sehingga jilid 6 membuatkan kita tidak sedar keadaan kitab itu sudah lunyai dan tercabut-cabut dari naskahnya. Di antara kelebihan lain adalah sebab penerangan jawi telah dialih bahasa kepada bahasa rumi. Mudah untuk kita yang tidak mahir membaca jawi.

Semakin lama, semakin banyak dipermudahkan untuk kita mendalami Al-Quran. Semoga kita dapat mengumpul sebanyak pahala pada Ramadan tahun ini. InsyaAllah.

BUKU IQRA' BACALAH EDISI PREMIUM

Pengerusi pertubuhan itu, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh Abd Rahim berkata, misi utama penerbitan Buku Iqra’ itu supaya dapat menjadi medium dakwah bagi mengurangkan bilangan umat Islam yang buta huruf al-Quran.

“Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan, menerbitkan dan melancarkan Buku Iqra' Bacalah Edisi Premium ini walaupun mengambil masa berbulan-bulan. Penerbitan buku ini mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Dengan kerjasama daripada Penulis Dr Mohd Fateh Labanieh, penulisan buku edisi kedua ini dapat diselesaikan selepas pelancaran Buku Iqra’ yang pertama pada 2021. Dr Mohd Fateh adalah antara Pengasas Utama NGO Naurah Care yang sentiasa ingin melihat pertubuhan ini terus berkembang maju,” katanya.

Majlis perasmian dan pelancaran disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zainal Abidin Shaikh Zakaria. Turut diadakan penyerahan Buku Iqra’  kepada 18 orang anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kuang, Selangor, sebagai simbolik Wakaf Misi Ramadan. 


Menurut Sheikh Ahmad Fakhruddin, Buku Iqra’ edisi premium berkulit keras ini diterbitkan dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan hijau. Setiap muka suratnya juga berwarna-warni untuk menarik minat masyarakat menjadikan buku tersebut sebagai rujukan mereka untuk belajar membaca al-Quran dengan cara yang betul.

“Buku Iqra’ ini dijual pada harga RM25. Boleh dibeli secara dalam talian dengan melayari laman sesawang, naurahcaremalaysia.com, untuk dijadikan rujukan seisi keluarga, disumbangkan atau diinfaq kepada masyarakat. 

Jelas Sheikh Ahmad Fakhruddin, sebelum ini masyarakat di negara ini menggunakan Buku Iqra’ dari Indonesia dan sudah tiba masanya kita tukar kepada Buku Iqra’ terbitan Malaysia. 

“Pihak kami menerbitkan Buku Iqra’ dalam corak baru yang lebih menarik dan tiada lagi gambaran  “Buku Iqra’ untuk kanak-kanak”.  Kami menjenamakan semula Buku Iqra’ Premium berimej korporat dan sesuai untuk dijadikan rujukan semua lapisan mayarakat serta senang dibawa ke mana sahaja. Pada 15 hingga 17 April ini,  pasukan Naurah Care akan ke Labuan, Sabah untuk menggerakkan misi Kempen Set Ramadan 2022 bersama masyarakat Islam di sana,” katanya. 

KEMPEN SET BAKUL RAMADAN 2022

Bagi menyemarakkan sambutan Ramadan yang akan menjelang tiba beberapa hari saja lagi, Buku Iqra’ ini juga antara produk yang diisi dalam set bakul Ramadan sempena Kempen Set Bakul Ramadan 2022. Ada tujuh set bakul Ramadan yang berharga RM60 untuk setiap set. Program pertama kempen ini akan diadakan selama sebulan sepanjang Ramadan ini di  D’Saji Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, yang mengadakan bufet Ramadan.  

“Kami akan membuka gerai di sana. Sambil berbuka dan berhibur dengan alunan lagu nasyid daripada Rabbani yang akan membuat persembahan di dewan itu, mereka bolehlah memberikan sokongan terhadap usaha kami ini bagi melahirkan lebih ramai umat Islam yang celik al-Quran,’’ katanya.

 

APLIKASI IQRA' BACALAH

Perancangan seterusnya, Naurah Care akan membangunkan Aplikasi Iqra’ Bacalah di mana masyarakat akan mempelajari al- Quran hanya dengan menggunakan aplikasi yang berkualiti dan aplikasi sebagai guru. Pembangunan ini memerlukan dana yang besar bagi menjayakannya. Pihak Naurah Care mengalu - alukan sumbangan syarikat korporat, agensi kerajaan atau orang perseorangan dalam menjayakan aplikasi ini.

KEMPEN SIFAR BUTA HURUF AL-QURAN

Pada masa sama, pada Ramadan Al-Mubarak ini kami bersama kumpulan nasyid Rabbani akan mengadakan program Kempen Sifar Buta Huruf Al-Quran menggunakan Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium dan Kempen Set Bakul Ramadan di D'Saji Restoran Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 

Rabbani juga akan menyiapkan video rakaman pembelajaran Iqra' yang akan di rakam di Mini Studio Naurah Care Malaysia dan akan ditayangkan di Youtube terpilih.

“Sheik Ahmad Fakhruddin menyeru agar semua pihak dapat memberikan sokongan penuh agar Buku ini dapat di ketengahkan di seluruh pelusuk Tanah Air khasnya dan di seluruh dunia amnya bagi menggerakkan Kempen Sifar Buta Huruf Al Quran Al Karim di dalam masyarakat.

Selagi ada Umat Islam, selagi itu mesti adanya Buku Pengajian Al Quran agar lebih  ramai Umat Islam yang dapat mengamalkan Islam sebaiknya dan mendapat perlindungan dari Allah SWT dengan kehidupan kita berpandukan Al Quran & Sunnah Nabi Muhammad SAW,” katanya.

MENGENAI NAURAH CARE

Ditubuhkan pada 4 April 2020, sebelum diwujudkan NGO Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia, pergerakan aktiviti Naurah Care digerakkan di bawah pengendalian Syarikat Naurah Tour & Services Sdn. Bhd.

Pengendali Naurah Care sebelum ini telah beberapa tahun bekerjasama dengan beberapa NGO dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan termasuk membawa masuk barangan produk dari Palestin. Diharapkan di atas kerjasama dan sokongan daripada Agensi Kerajaan, Badan Swasta, Syarikat-Syarikat dan individu ianya bakal dapat dilaksanakan secara berterusan dan konsisten.

Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia sedar bahawa Persatuan ini mempunyai peranan yang penting di dalam menanamkan semangat kesukarelawan bagi membentuk generasi yang mempunyai nilai-nilai yang positif iaitu membantu sesama manusia di dalam negara dan luar negara seperti di Syria, Pelarian di Sempadan Syria (Jordan/ Lubnan), Palestin, Myanmar, Kok Bazar Bangladesh, Kemboja dan lain-lain.

Menyedari hakikat itu, Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk melaksanakan Misi Bantuan Makanan, Pakaian dan Alatan Pendidikan. Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia adalah sebuah NGO Kemanusian yang mempunyai AJK dan ahli yang berpengalaman dalam penglibatan pelbagai misi dan bantuan sebelum ini.  

Pasukan Naurah Care terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat yang berminat dalam program Misi Kemanusiaan. Mereka bersama secara ikhlas untuk menjayakan hasrat yang murni ini. Terdapat wakil dari setiap negeri sebagai AJK di dalam Naurah Care. Naurah Care juga membuka pendaftaran kepada sesiapa yang berminat sebagai sukarelawan dalam NGO ini.

NAURAH CARE | FACEBOOK | INSTAGRAM 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال