RESTORAN RIVERSIDE WTCKL BUFFET RAMADAN 2022 ANEKA SELERA DESA

RESTORAN RIVERSIDE WTCKL BUFFET RAMADAN 2022 ANEKA SELERA DESA | Assalammualaikum semua! Ramadan tiba! Ramadan tiba! Ramadan tiba! Marhaban Ya Ramadan! Marhaban Ya Ramadan! Marhaban Ya Ramadan! Marhaban Ya Ramadan! Ramadan yang dirindui semakin dekat dengan kita!

Pada bulan yang mulia ini, perbanyakkan amal dan ibadah agar puasa yang kita laksanakan lebih diberkati. Ruby ingin berkongsi tips bagaimana anda terus tenang dan berasa ikhlas sepanjang berpuasa. Ruby faham kepenatan seharian berpuasa. Di tambah pula sebagai isteri perlu melayani karenah suami dan anak-anak. 

RESTORAN RIVERSIDE WTCKL BUFFET RAMADAN 2022 ANEKA SELERA DESA

Jika plan berbuka di luar untuk kita-kita gantung kuali sekali sekala, cari tempat buffet Ramadan yang selesa dari segi trafik nak ke sana. Karang kalau lewat, berbuka di dalam kereta pula. Jadi, plan keluar awal. Memandu tenang-tenang. Kalau marah-marah, kurang pahala kita nanti. Kemudian, pastikan kadar bayaran parking berbaloi. Flat rate paling Ruby suk. Lepas tu, lokasi buffet Ramadan wajib ada fasiliti surau yan bersih. Tempah ambil wudhu berdekatan surau. Tandas juga bersih. Kawasan ini dijaga rapi agar selesa buat semua peringkat usia.

Nak tahu tak? Lokasi tu kat mana? Restoran Riverside WTCKL la. Hehehe. Sebab bangunan WTCKL memang patuh SOP walaupun kita semua bersorak untuk Endemik 1 April. Mereka masih menjaga SOP sambil diri kita juga menjaga kebersihan diri sendiri. Okay??


NOSTALGIA BERBUKA PUASA DI DESA 


Ramadan adalah bulan yang dirindui oleh setiap Muslim. Pada bulan inilah kesempatan diambil untuk beribadat dan berkumpul bersama keluarga, berbuka puasa bersama-sama. Apatah lagi selepas 2 tahun rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk berkumpul bersama akibat pandemik COVID-19. 

RESTORAN RIVERSIDE WTCKL BUFFET RAMADAN 2022 ANEKA SELERA DESA

Tahun ini pastinya lebih istimewa apabila kita bakal berpeluang untuk kembali berkumpul dan menikmati hidangan bufet yang telah menjadi rutin tahunan majoriti rakyat Malaysia dengan mengekalkan SOP ketat seperti yang disarankan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan terjamin. 

5 MENU BERBEZA SETIAP MINGGU


Barisan chef WTCKL yang diketuai oleh Chef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih, akan menyediakan pilihan menu istimewa dengan 5 giliran berbeza setiap minggu. Para tetamu boleh menikmati hidangan klasik desa, antaranya seperti Ikan Patin Goreng Sambal Hijau, Daging Rendang Minang, Ketam Goreng dengan Cili Kering dan Bawang Putih, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh. 

Selain itu, menu yang pasti menambat selera ramai seperti Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas and Kambing Goreng Berempah turut tersedia. Terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman Melayu tradisional seperti Daun Ceylon, Ulam Raja, Kacang Botol, Petai, Tomato, Timun, Daun Pegaga, Jering, Terung Pipit, Bendi, Jantung Pisang, Pucuk Ubi, Tenggek Burung, Daun Gajus, aneka jenis keropok, ikan masin, 7 jenis kerabu, tapai, Laksa, Mee Kani, Sup Berempah dan pelbagai sambal yang pasti membuatkan anda kenyang sepanjang malam. 

300 JUADAH SETIAP HARI


Pada tahun ini, Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, kembali mengundang pengunjung untuk mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di desa dengan menyajikan hidangan bufet dengan lebih 300 jenis juadah setiap hari bertemakan “Aneka Selera Desa”.

Bufet Ramadan “Aneka Selera Desa” akan dianjurkan di Legar Putra, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula dari 5 April 2022 hingga 29 April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam. Bufet ini berharga RM128.00 bersih bagi seorang dewasa, manakala kanak-kanak (berumur 7 - 12 tahun) dan warga emas berharga RM75.00 seorang. 

RESTORAN RIVERSIDE WTCKL BUFFET RAMADAN 2022 ANEKA SELERA DESA

KAUNTER ABC, MINUMAN SEJUK DAN PANAS


KAUNTER KAMBING GOLEK PILIHAN WAJIB


Salah satu menu kegemaran tetamu kami setiap tahun ialah 'Kambing Golek', Kami menghidangkan seekor kambing setiap hari yang dibakar dengan Jada hitam dan sos cendawan pastinya bakal membangkitkan selera tetamu kami. 


ANEKA KERABU, IKAN MASIN DAN ULAM


  


ANEKA MASAKAN TRADISIONAL



BELI BAUCAR SECARA DALAM TALIAN


Tawaran istimewa sepanjang bulan yang mulia termasuklah tawaran baucar untuk bufet, yang boleh didapati di kedai dalam talian seperti Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan laman web Restoran Riverside. Pelanggan boleh menikmati harga pembelian awal pada harga RM108.00 seorang bermula hari ini 2 Mac 2022 hingga 4 April 2022. Semua baucar yang dibeli adalah sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022. 

HARGA BAUCAR PEMBELIAN AWAL


BUACAR DEWASA

Harga asal RM 128.

BAUCAR KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH

Harga asal RM 128.

ISTIMEWA WARGA EMAS 60 TAHUN KE ATAS

Harga asal RM 128.

BELI 10 PERCUMA 1

Harga asal RM 1,408.

MANGKUK TINGKAT UNTUK JUADAH SAHUR


Selain itu, anda boleh membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk bersahur. Beli mangkuk tingkat edisi terhad kami di kaunter dan cedok sebarang hidangan kegemaran anda dari meja bufet untuk dibawa pulang. Mangkuk tingkat dijual pada harga RM59 dan RM69 untuk bersaiz 12 cm dan 16 cm. Terdapat dalam pelbagai corak, anda juga membantu menyelamatkan bumi dengan mengurangkan penggunaan plastik.

Srikandi

Puspawangi

RUANG MENUNAIKAN IBADAH SELESA


Pelanggan juga boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan jugak Terawih berjemaah di Surau ArRahman yang terletak di Aras 3. Kemudahan surau yang selesa dan berhawa dingin ini mampu memuatkan seramai 100 orang jemaah dengan penjarakan sosial.

JAMUAN PERSENDIRIAN UNTUK 100 ORANG KE ATAS


WTCKL juga menawarkan Pakej Jamuan Persendirian dan Korporat bermula dari RM148.00 seorang untuk tempahan minimum 100 orang dan ke atas. Jamuan persendirian ini akan ditempatkan di pelbagai ruang atau bilik di WITCKL untuk majlis makan yang lebih peribadi dan mesra bersama keluarga, rakan atau rakan perniagaan. Pakej ini termasuk sistem audio, hidangan bufet khas, surau khas untuk solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih serta kadar parkir berharga RM5.00 mulai jam 6.00 petang dan seterusnya. 

KAUNTER ROTI CANAI PANAS-PANAS



KAUNTER NASI AYAM



KAUNTER ASAM PEDAS



KAUNTER ANEKA SUP




BUAH-BUAHAN, MANISAN DAN KUIH RAYA


RESTORAN RIVERSIDE WTCKL BUFFET RAMADAN 2022 ANEKA SELERA DESA 


NASI KANDAR SADDAM JUGA TURUT SERTA


Tahun ini, kami bekerjasama dengan Nasi Kandar Saddam, sebuah kedai Nasi Kandar yang terkenal di Kuala Lumpur. Penggemar Nasi Kandar akan berpeluang merasai 'Ayam Goreng Saddam’, sajian kegemaran warga Kuala Lumpur dengan rasa rangup di luar, lembut di dalam. Setiap kuah kandarnya kaya dengan pelbagai perisa dari manis hingga pedas. Sepinggan nasi kandar mungkin tidak mencukupi.


Untuk maklumat lanjut tentang bufet atau untuk membuat tempahan, anda boleh membuat pembelian secara atas talian di https://riverside.wtckl.com/ atau terus menghubungi Restorn Riverside di 03-2614 6701/6702 atau melalui WhatsApp di 019-2678960.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال