ZAFESHA DAZZLING NIGHT MERAIKAN KEJAYAAN USAHAWAN JUTAWAN

ZAFESHA DAZZLING NIGHT MERAIKAN KEJAYAAN USAHAWAN JUTAWAN | Assalammualaikum semua! Pada minggu yang lalu bertempat di Cyberview Spa & Resort telah berlangsung malam penghargaan oleh Zafesha Network & Marketing Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat perniagaan secara online dan HQ kepada Zafesha Simply Foundation dan NEURA detoks.

Zafesha mempunyai pelbagai cabang perniagaan bagi memberi peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang kepada rakyat Malaysia. Beroperasi di Segamat Johor tidak membataskan pasukan Zafesha untuk turus sukses. Dunia di hujung jari dengan capaian internet pantas walau dimana kita berada. Lokasi jauh dari bandar bukan penghalan untuk berjaya. Setuju?

ZAFESHA DAZZLING NIGHT 5 YEARS OF BLOOMING DREAMS

Majlis Makan Malam di Cyberview Resort and SPA, Cyberjaya yang bertemakan Dazzling Night bertujuan menghargai semua wakil jualan dan staff Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd yang selama ni bersusah payah dalam membangunkan jenama itu. Hadiah Cabaran Sales Tahun 2021 turut diberikan kepada para wakil jualan seperti Pakej Umrah Eksklusif, Barang Kemas dan Handbag jenama mewah.


Bermula sebagai jururawat dan kakitangan kerajaan pasangan suami isteri Afizam Abdul Aziz, 43 tahun (Pengarah Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd) dan Siti Aisah Muhamad Hamim, 40 tahun yang juga Pengasas produk Zafesha Simply mengorak langkah berani dalam bidang keusahawanan.

Sekalipun pernah mengalami kerugian sebanyak setengah juta ringgit pada 2014, pasangan ini bangkit membina Empayar perniagaan mereka dengan melahirkan 6 jutawan baharu menerusi Produk Zafesha Simply. Anak kelahiran Felda Renong, Segamat Johor ini mula menceburi pelbagai jenis perniagaan seperti bisnes kad kahwin, katering dan wedding planner secara offline dan pernah meniaga makanan seperti Char Kue Tiaw dan Asam Pedas. Siti Aisah dan Afizam bermula secara aktif sebagai ejen jualan sebelum mengeluarkan jenama perniagaan sendiri Zafesha Simply pada tahun 2018.

“Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun ke-5 Zafesha dimana pada tahun lepas sahaja kami berjaya melahirkan 6 orang Usahawan Jutawan yang berjaya mencatatkan sales melebihi RM 1juta pada tahun 2021 walaupun kita semua diuji dengan covid 19, asbab ujian inilah jualan mereka naik sekali ganda. “ menurut Aisah lagi.

Tambah Aisah, “In Sha Allah untuk tahun ni 2022 kami mensasarkan untuk melahirkan minima 20 orang lagi Usahawan Jutawan dan 10 ribu orang usahawan zafesha yang nak menjana income bersama kami dalam jangka masa panjang. Selari lah dengan perancangan kami 5 years blooming dream untuk menempatkan mereka yang nak grow dan sustain dalam perniagaan. “

Antara keunikkan Zafesha adalah 70% ejen asalnya terdiri daripada pelanggan setia yang asalnya pengguna produk Zafesha dan kemudian berhijrah menjadi ejen, termasuk golongan golongan suri rumah berumur 35 tahun dan ke atas selain dari wanita yang ingin mencari pendapatan tambahan.

“Kalau tahun 2021, kami berjaya melahirkan enam orang jutawan jualan, kita punya sasaran pada 2022 adalah 20 orang. Dan kita juga sasar untuk lahirkan usahawan baharu dalam 10,000 orang.”

TOP 5 ANUGERAH SALES TAHUNAN LEADER TAHUN 2021


TOP 5 ANUGERAH SALES TAHUNAN TEAM USAHAWAN TAHUN 2021


PRODUK-PRODUK ZAZFESHA


Zafesha Simply memiliki 12 produk penjagaan kulit namun mengakui alas bedak
atau Foundation yang mengekalkan bahan-bahan semulajadi seperti minyak Argan
adalah yang terlaris. Produk ini telah menembusi pasaran Singapura dan Brunei dengan lebih 5 ribu pelanggan.

Produk-produk Zafesha memiliki pengiktirafan SIRIM, KKM, Sijil Halal JAKIM, HSK Singapura dan Brunei. Ini kerana isi kandungan dari bahan-bahan premium dan penghasilan mengikut piawaian yang dibenarkan.

Diantara isi kandungan luar biasa di dalam jenama Zafesha adalah Argan Oil, Castor Seed Oil, Brazillian Palm Tree, Sunflower, Blueweed Flower, Vitamin C & E, Pathenol Vitamin B5, Allantoin dan Canadian Willow Herb. Berikut adalah diantara produk-produk Zafesha.

BEAUTY SOAP


CLEANSING FOAM


FOUNDATION


LIP MATTE


MOISTURIZER


TURBO SERUM


EXFOLIATE SET HOMESPA


YOUNG BB CUSHION


INSTANT WHITENING SUN PROTECTION SUNSCREEN 



Di antara keunikkan Zafesha adalah 70% agen kami asalnya dari pelanggan setia produk Zafesha dan kemudian berhijrah menjadi agen untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Mereka adalah dari golongan suri rumah berusia 35 tahun dan ke atas.

PERANCANGAN ZAFESHA 2022


Tahun 2022 merupakan tahun ke-5 Zafesha dimana pada tahun lepas sahaja mereka berjaya melahirkan 6 orang Usahawan Jutawan yang berjaya mencatatkan jualan melebihi RM 1 Juta pada tahun 2021 walaupun kita semua diuji dengan covid 19, asbab ujian inilah jualan mereka naik sekali ganda. 

Pada tahun 2022, Zafesha mensasarkan untuk melahirkan minima 20 orang lagi Usahawan Jutawan dan 10 ribu orang usahawan Zafesha yang ingin menjana pendapatan bersama kami dalam jangka masa panjang. Selari dengan perancangan kami 5 Years of Blooming Dreams untuk menempatkan mereka yang ingin berkembang dan lestari dalam perniagaan. 

ZAFESHA DAZZLING NIGHT MERAIKAN KEJAYAAN USAHAWAN JUTAWAN


Zafesha sudah berkembang di Singapura dengan lebih kurang 5,000 pelanggan begitu juga di Brunei. Pada tahun 2021, Zafesha berjaya melahirkan enam orang jutawan jualan, sasaran pada 2022 adalah 20 orang. Secara total sasaran untuk melahirkan usahawan baharu dalam 10,000 orang. 

ZAFESHA TAWAR JAWATAN DARI KALANGAN EJEN


Zafesha berhasrat membimbing staff dan seller sehingga bergelar CEO atau Pengarah dan jawatan lain yang bersesuaian di dalam perniagaannya. Melalui kepelbagaian perniagaan ini, Zafesha target memiliki 10 jenis perniagaam dalam tempoh lima tahun ini yang merangkumi pelbagai kepakaran.

ZAFESHA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT DARI GURU-GURU HEBAT


Setiap usahawan pasti menginginkan kejayaan. Zafesha juga pernah melalui fasa kejatuhan. Ketika itu, pasukan mereka bersemangat untuk melaksanakan semua yang diinginkan. Namun, jika tiada guru membimbing. Usahawan akan menjadi selesa dan tidak plan untuk mendapatkan hasil jualan pada masa akan datang. 

Perniagaan adalah satu perkara yang kita perlu konsisten, fokus dan semangat. Agar kita dapat membina legasi yang kuat untuk meneruskan apa yang telah di bina oleh Zafesha.

Guru-guru Zafesha turut hadir bersama-sama meraikan kejayaan Zafesha dalam mengejar 5 Years of Blooming Dreams. Mereka adalah Datuk Faridah Hanim (Ibu Hanim), Tuan Hanif, Sifu Jamal, Sifu Dharma, Cikgu Zu dan Doc Hazwan

Bukan hanya seorang guru yang berada di belakang Zafesha tetapi ramai yang bersama memberikan bimbingan mereka untuk kekalkan Zafesha menjadi syarikat yang berkembang jauh. Jasa mereka amat besar dalam membangunkan struktur syarikat Zafesha ini. 

AKADEMI ZAFESHA


Berbeza dengan pengeluar produk lain, selain memberi bahan-bahan promosi,
Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd turut membina sebuah Akademi Latihan bagi
melatih ejen jualan mengenai ilmu perniagaan yang lebih luas seperti Pengurusan
Bisnes, Kewangan, Cukai dan Pelaburan.

“Kami juga mempunyai Akademi Zafesha di mana Mereka di support ilmu2 marketing
secara online dan offline. kami bukan sahaja menyediakan bahan2 pemasaran untuk
memudahkan reseller membuat marketing dan jualan, tapi kami juga turut
menekankan ilmu perniagaan yang lebih luas seperti pengurusan bisnes, financial,
tax dan investment. Ini kerana kami mahu semua reseller kami bukan setakat boleh buat side income semata2 tapi juga boleh mengembangkan bisnes masing2 ke level
yang lebih tinggi seperti naik ke level syarikat dan boleh berJV dengan kami.”

Asiah dan Afizam kini komited mahu bantu lebih ramai usahawan membina kejayaan
Bersama mereka untuk tahun 2022.

APLIKASI ZAFESHA


Zafesha merancang membina satu aplikasi yang memudahkan para ejen untuk berniaga. Konsep aplikasi ini akan memberi ejen ID dan kata laluan sendiri untuk mereka membuat pesanan, melihat stok, merujuk bahan jualan dan nota. Dalam masa yang sama mereka boleh menjejak pesanan secara langsung.

Di Zafesha, ejen tidak menyimpan stok. Kami dari pihak HQ yang akan membuat proses penghantaran. Aplikasi ini masih dalam fasa pembinaan dan kelebihan sistem ini ia boleh digunakan dengan mudah kerana kebanyakan ejen Zafesha berusia 35 tahun ke atas. 

Sistem ini juga membenarkan ejen mencetak penyata pada setiap bulan agar mudah untuk mereka membeli rumah, kereta dan sebagainya. Malah mereka boleh belajar melakukan pelaburan.

LAGU BERSAMA ZAFESHA SANGAT BERSEMANGAT!


Lirik Lagu - Bersama Zafesha

Saat kau rasa
Diri penat mencuba
Masih sama 
Tiada beza

Gagal itu biasa
Bukan akhir cerita
Mula baru 
Terus maju

Kini tiba masanya
Sedarlah dari lena
Siapkan minda 
Kuatkan semangatmu

Tingkat usaha
Usah berhenti 
Buktikan kini
Kau menjadi

Bangkit bersama
Harungi segala 
Masa kan tiba
Kau akan berjaya

Yakin kan dirimu bersama Zafesha
Tekad dihati semangat jiwa
------
Tiap kejayaan 
pasti ada cabaran
Mengubah persepsi
di minda kita

Tiada keakuan 
didalam diri kita
Berjiwa besar
Tempuhi segala oh oh

Kini tiba masanya
Sedarlah dari lena
Siapkan minda 
Kuatkan semangatmu

**
Tingkat usaha
Usah berhenti 
Buktikan kini
Kau menjadi

Bangkit bersama
Harungi segala 
Masa kan tiba
Kau akan berjaya

Yakin kan dirimu bersama Zafesha
Tekad dihati semangat jiwa

Ke puncak kita bersama Zafesha
Tekad dihati semangat jiwa

---rap---
** ULANG

MENGENAI ZAFESHA


Ditubuhkan pada tahun 2017 dengan berbekal pengalaman dari perniagaan sebelum ini iaitu perniagaan tempahan kad kahwin, perniagaan makanan Char Kway Teow dan Asam Pedas. Perniagaan pengurusan perkahwinan dan katering juga turut dilaksanakan secara offline pada sekitar tahun 2005 hingga 2006.

Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Afizam Abdul Aziz; Pengarah Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd dan Puan Siti Aisah Muhamad Hamim; Pengasas produk Zafesha Simply. Mereka berasal dari Felda Redong 1, Segamat Johor. Merupakan penjawat awam sebelum menceburi perniagaan sendiri. 

HQ Zafesha berpengkalan di Segamat, Johor. Ini membuktikan bahawa perniagaan dalam talian boleh berjaya di mana-mana. Nama Zafesha adalah gabungan nama diantara suami, isteri dan dua anak lelaki pengasas. Ia gabungan nama anak beranak. Mempercayai bahawa gabungan suami isteri dalam perniagaan memberi impak lebih hebat berbanding melakukan secara sendirian. Zafesha terus melangkah dengan lebih berani.


Pada awalnya, Zafesha adalah syarikat yang membekalkan produk kesihatan melalui perniagaan dalam talian. Pada tahun 2018, Zafesha memperluaskan rangkaian produk mereka kepada produk kecantikan terutamanya produk asas dan keperluan kecantikan untuk wanita pada masa kini. Sehingga ke hari ini, Zafesha telah melayani lebih beratus-ratus pelanggan seluruh Malaysia setiap hari.

Sejak penubuhan Zafesha, banyak peluang perniagaan dibuka dan telah membantu ramai orang. Bukan sahaja membantu dari menambah sumber pendapatan, malah membantu mereka membina semangat diri dan juga tampil berani dengan menggunakan produk Zafesha. 

Semoga terus maju jaya pasukan Zafesha!

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال