66 JAM ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA 2022 DIRASMIKAN OLEH YB TAN SRI NOH OMAR | Assalammualaikum semua! Sekalung tahniah Ruby ucapkan kepada Absolut Event & Management, My Event International dan MITEC kerana berjaya menganjurkan acara yang dinantikan oleh Rakyat Malaysia.
Hampir 2 tahun tidak menyambut Aidilfitri bersama seisi keluarga di kampung. Absolut Bazaar X Gaya Raya hari ini memberi peluang kepada kita mencari barang keperluan hari raya di lokasi yang selesa dan penyertaan vendor sebanyak 450 jenama. Tahniah!
ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA 2022 DIRASMIKAN OLEH YB TAN SRI NOH OMAR
Festival Gaya Raya KUSKOP bersama Absolut Bazaar x Gaya Raya telah dirasmikan di MITEC, Kuala Lumpur pada petang 23 April 2022 oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang dihadiri seramai 50 ribu orang pengunjung. YB Menteri juga sempat mengunjung ke tapak-tapak pameran dan beramah mesra dengan usahawan-usahawan dan selebriti-selebriti yang hadir.
Absolut Bazaar X Gaya Raya 2022 merupakan festival raya terulung dan terbesar sempena menyambut kedatangan Syawal pada tahun 2022. Festival ini diadakan untuk membantu para usahawan dan perusahaan tempatan untuk meraih pendapatan pasca pandemik COVID-19.
YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar berkata, “Festival ini merupakan festival terbesar di Malaysia setakat ini. Sambungnya lagi, festival ini telah memberi ruang kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk mempromosikan produk mereka kepada orang awam.Penganjuran festival ini sudah pasti akan menghidupkan semula kemeriahan riang ria raya setelah dua tahun disambut dalam suasana suram. Slogan festival ini, “Restart, Reboot, Refresh”, sangat bertepatan dengan situasi semasa di mana seluruh Keluarga Malaysia sudah pasti mendambakan kemeriahan menyambut Aidilfitri seperti sediakala.”
ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA 2022 MENGHIMPUNKAN SEMUA KATEGORI PERNIAGAAN
Festival ini menghimpunkan pelbagai sektor perniagaan seperti makanan dan minuman, pakaian, aksesori dan sebagainya di bawah satu bumbung. Festival Absolut Bazaar x Gaya Raya 2022 ini akan dijalankan selama 66 jam tanpa henti, bermula dari 22 sehingga 25 April. Terdapat penyertaan daripada lebih 450 usahawan dan penganjur dan menyasarkan sebanyak 500,000 pelawat untuk mengunjungi dan memeriahkan festival raya ini.
SINERGI POSITIF 3 SYARIKAT PENGANJUR MY EVENT INTERNATIONAL, ABSOLUT EVENT & MANAGEMENT DAN MITEC
Puan Hema Kandy, Ketua Pegawai Eksekutif My Events International selaku Pengerusi Penganjur percaya bahawa ekonomi negara akan dapat dirangsangkan serta dipulihkan terutamanya selepas wabak Covid-19 dengan penganjuran festival sebegini. Gabungan semangat kerjasama, kemahiran, pengalaman dan bidang masing-masing menjadi faktor utama Absolut Bazaar X Gaya Raua 2022 berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.
“Sebanyak 450 usahawan berkumpul untuk jualan mega di sini selama 66 jam dan ini adalah peluang untuk mereka menawarkan produk masing-masing dengan harga menarik memandangkan ia adalah minggu terakhir untuk persiapan hari raya. Meskipun ada juga jualan mega berlangsung di lokasi-lokasi utama di sekitar Lembah Klang, ia tidak menjejaskan jualan di sini kerana kami memiliki keunikan tersendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Festival Absolut Bazaar x Gaya Raya 2022 yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar di MITEC di sini baru-baru ini.
Antara matlamat Festival ini adalah:
- Mempromosi produk para peniaga dan usahawan tempatan
- Meningkatkan kegiatan ekonomi pasca pandemik COVID-19
- Memberi ruang dan peluang untuk berinteraksi bersama pengguna
- Menggalakkan penyertaan usahawan sekaligus dapat menjana keuntungan berterusan
- Memberi platfom kepada usahawan-usahawan baru untuk berdaya saing
LOKASI LUAS DAN SELESA MITEC PILIHAN PENGUNJUNG
Pihak MITEC jugak turut berbesar hati menyuarakan keterujaan mereka menjadi rakan strategik dalam mengendalikan festival raya Ini selepas 2 tahun tidak diadakan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Pengurus Besar Pembangunan MITEC, Winnee Lim menerangkan, kelebihan MITEC yang memiliki keluasan dan boleh menampung sehingga 100,000 pengunjung dalam satu-satu masa menawarkan keselesaan dan penjarakan sosial yang bersesuaian untuk orang ramai membeli-belah bagi membuat persiapan hari raya.
Kemudahan yang lengkap seperti surau, tempat makan dan juga kawasan meletak kenderaan di sini juga memainkan peranan bagi meningkatkan keyakinan pengunjung ke sini.
ABSOLUT EVENT & MANAGEMENT PERCAYA REZEKI DAN KEUNIKAN ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA 2022
Pastinya menjadi persoalan apabila diaju soalan tentang lambakan bazaar berlangsung serentak pada tarikh panas minggu ini. Minggu ini bermula 23 dan 24 April adalah waktu sesuai untuk umat Islam mencari barangan persediaan Aidilfitri.
Menurut Pengasas Bersama Absolut Brands Sdn. Bhd; Nurali Nadzwan dan Sharifah Nadiyah Syed Fuad, “Kami percaya, rezeki masing-masing pasti ada bagi yang berusaha. Kami telah melakukan rangka pemasaran dan melancarkannya. Penglibatan awal kami dalam menganjurkan Absolut Bazaar X Gaya Raya 2022 membuahkan hasil. Ini kerana seramai 450 vendor turut serta dari pelbagai jenama. Malah kami membawa selebriti-selebriti tanah air untuk sama-sama berniaga. Selebihnya bahagian promosi kami dari Absolut Event & Management sediakan. Perancangan awal amat penting. Dari situ, kami boleh promosi acara ini dengan pelbagai cara. Terima kasih kepada semua yang mempercayai kebolehan kami.”Sementara itu, Nurali memaklumkan, penganjuran jualan selama 66 jam tanpa henti di sini memberi peluang kepada pengunjung untuk berada di MITEC sepanjang hari menunjukkan lokasi dan kemudahan di sini bersesuaian untuk mereka bersama keluarga berkumpul menikmati makanan dan minuman untuk berbuka serta bersahur selain membeli-belah. Kami mahu kesepakatan kerjasama ini diteruskan pada jualan hari raya tahun depan atau jika ada permintaan kami mahu membawa konsep yang sama ke luar Lembah Klang,” ujarnya.
“Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ruang aktiviti kanak-kanak, sesi bersama selebriti, cabutan bertuah dan yang paling menarik adalah “money machine”!”, kata Encik Nurali Nadzwan atau lebih mesra dikenali sebagai Ben Ali, Pengasas bersama Absolut Events.
PENAMPILAN SELEBRITI, PEREKA FESYEN DAN PERSEMBAHAN PENTAS MERIAH!
Selebriti seperti Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza, Marsha Milan, Fasha Sandha, Aedy Asyraf, Shukri Yahya, Izzu Islam, Nelydia Senrose, Rozita Che Wan dan banyak lagi turut hadir memeriahkan lagi festival raya ini. Jenama-jenama besar seperti Jovian, Fiziwoo, Bulan Bintang dan Alha Alfa juga dapat ditemui di Absolut Bazaar x Gaya Raya ini.
Semua pengunjung disarankan untuk datang ke festival ini bersama keluarga untuk menikmati keriuhan suasana dan dalam masa yang sama menikmati aktiviti-aktiviti menarik yang akan disediakan! Festival ini akan terus berlangsung sehingga 25 April pukul 5 pagi.
100,000 PENGUNJUNG PADA HARI PERTAMA ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA
Dibuka seawal 12 tengah hari pada 22 April 2022, Jumaat yang lalu. Namun, pengunjung sudah beratur seawal 10 pagi! Jualan meriah ini menerima kunjungan lebih 100,000 pada malam pertama. Target dianggarkan lebih 500,000 pengunjung akan hadir secara total selama 66 jam Absolut Bazaar X Gaya Raya berlangsung. Anggaran ini tidak mustahil, ini kerana Ruby tengok pengunjung tidak putus-putus masuk ke perkarangan Hall 3 Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).
RM 5 KADAR PARKIR DI MITEC
Di MITEC, lokasi selesa dan luas. Penjarakan fizikal dan SOP mudah diamalkan. Tahukah anda, ruang parkir MITEC cukup luas untuk menampung 1,400 kenderaan. Terdapat dua pintu masuk parkir iaitu dari pintu Utara dan pintu Selatan ke ruang letak kereta yang dikawal keselamatan Basement 1 dan 1A oleh pengendali parkir yang dilantik iaitu ParkRite.
Sepanjang Absolut Bazaar X Gaya Raya berlangsung, kadar parkir bernilai RM 5 untuk 3 jam pertama. Ruby mohom jasa baik warga Malaysia yang hadir untuk parkir di ruang basement yang telah disediakan. Lebih selesa dan selamat.
*UPDATE* RUBY KE ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA 2022 JAM 1.30 PAGI
Semasa datang waktu siang tadi ketika pelancaran, Ruby kepenatan berpuasa. Nak shopping macam tidak boleh. Kemudian fikir "okay awal pagi nanti Ruby datang bersama suami dan anak-anak lah. Boleh sahur sekali." Hahaha. Perjalanan ke MITEC mencabar malam tadi, banyak kenderaan parkir di bahu jalan. Mungkin mereka tidak biasa dengan MITEC. Parkir dekat basement banyak gais.
Anak-anak Ruby sebelum dikejut. Sedap kome tidur, ibu sabar menempuh jem.
Masuk dalam MITEC, Ruby parkir di Zon C melalui Zon B pada jam 2.30 pagi. Dah mahir parkir MITEC kan. Hahaha. Masuk dalam ruang legar MITEC, ramai pengunjung memang best. Lebih ramai orang! Anak Ruby dah tarik tangan. "Ibu, jom balik". Hahahahahhaa.
2.50 pagi kami pulang. Ruby sempat beli perfum SugarBomb je. Hahaha.
MENGENAI MY EVENT INTERNTIONAL
My Events International merupakan sebuah syarikat pengurusan acara yang berpengalaman selama 15 tahun. Syarikat ini mempunyai cawangan di 9 buah negara iaitu Saudi Arabia, Filipina, Nigeria, Pakistan, China, United Kingdom, India, Rwanda dan United Arab Emirates dan beribu pejabat di Malaysia. My Events International berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik dalam penganjuran ekspo, persidangan, anugerah dan pelbagai acara mengikut keperluan pelanggan.
MENGENAI ABSOLUT EVENT & MANAGEMENT
Absolut Event & Management merupakan jenama baharu yang dicipta dengan perluasan Absolut Chocolat. Absolut Chocolat telah menanam akarnya di tengah-tengah Lembah Klang dengan meletakkan keknya di kira-kira lebih 100 buah stesen minyak seperti Petronas, Shell dan Petron dalam usaha untuk lebih dekat dengan masyarakat. Absolut Event & Management sebelum ini menjadi tuan rumah kepada pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest (Shah Alam). Walaupun ini kali pertama mereka sebagai penganjur, skala dan jumlah keluaran adalah satu kejayaan yang mutlak.
MENGENAI MALAYSIA INTERNATIONAL TRADE & EXHIBITION CENTRE (MITEC)
Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di dalam Bahasa Melayu adalah Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia. Ia sering disingkat sebagai MITEC, merupakan pusat perdagangan dan pameran terbesar Malaysia di pinggir bandar Segambut, Kuala Lumpur.
MITEC ialah komponen pertama dan perdana pembangunan Metropolis KL Naza TTDI dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM20 bilion. Ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE.
MITEC mempunyai keluasan lantai kasar 143,191 meter persegi (1.5 juta kaki persegi), di atas tanah utama seluas 13.3 ekar dan sejumlah 484,376 meter persegi ruang pameran dengan siling setinggi 36 meter menjadikan acara dalaman boleh dilaksanakan. Ruang parkir boleh memuatkan sehingg 1,400 kenderaan.
Tags
Absolut Bazaar
Perghh 66jam on, pengsannn ekkk.. mesti ramai orang kannn.. meriah suasana..
BalasPadamsambutan hebat betul kali ini di Mitec.. banyak pilihan barangan dan yang menarik apabila artis yang berniaga turut sama turun padang
BalasPadamBestnya kalau dapat pergi. Rawlins sejenis tak sanggup menghadap jem dan bertemu ramai orang, sejak2 zaman pandemik kan. Tapi confirm meriah la
BalasPadamHebatnya kali ni punya sambutan untuk beraya. Nampak all-out. Anyway,kalau dekat sana dah join dah jalan-jalan cuci mata dekat Mitec nih.
BalasPadamBazaar X Gaya Raya macam ada banyak orang pergi ke Sana wow. Bagus semua gembira. Saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada kamu sekeluarga, smile! Harap kamu semua bergembira utk beraya!
BalasPadamRM5 je parking kat MITEC..ahaaa baik g mitec..hari tu g jalan tuanku abdul rahman RM20 parking..krik krik.. lepastu tak dapat beli apa pulak hari hujan lebat. Kawan je dapat beli hehe. Next time ajak kawan ke sini la :)
BalasPadamBest nya shopping kat sini. Tp sekarnag mana2 tempat pon sesak. Yela tahun ni raya sakan hehhee. Murah pulak parking kat sini. Macam nk terjah jugak la
BalasPadamwahh meriahnye bazar dia. sonoknye pegi cuci mata kat sana.
BalasPadamTgk Artis2 ramai di Absolut Bazaar X Gaya Raya 2022, meriah gitu tp xtaulah bila dpt pg sbb xde masa
BalasPadamwah meriah tahun ni , sana sini bazaar raya non stop. 66 jam tu , puas lah orang ramai beli belah kelengkapan raya tak lama lagi.
BalasPadamTengok post ini dah 27 april lepastu teringin juga nak pergi sini. Tetapi takut nak pergi sorang sorang.
BalasPadamNak money machine games pastu shopping boleh!?
BalasPadamBerbaloi pergi AbsolutBazaar ni... serious jauh lebih selesa dan sangat luas tempat shopping ni MITEC... nak interact dengan artist2 pun senang.. very friendly mereka kat sini... maybe dah sampai ending sales dah masa Nell pergi aritue..
BalasPadamKami sampau sini hari Jumaat tu, pun dah meriah sangat. Orang shopping baju raya, kami beli makanan best-best haha.
BalasPadamthis looks like such a great event leading up to raya! perfect for families and loved ones to get together and enjoy the performances
BalasPadamNampaknya sambutan agak hebat juga ya. The crowd spells it out. Banyak juga piliha nproduk yang ditawarkan. Yang buat keadaan lagi menarik adalah apabila artis-artis yang berniaga pun turun padang juga. Dah la friendly. Terbaik gitchew.
BalasPadam