FASHION STORIES LANCAR PROGRAM TRY-AT-HOME

FASHION STORIES LANCAR PROGRAM TRY-AT-HOME | Assalammualaikum semua! Industri fesyen tempatan menjadi ceria apabila ramai menginginkan kepelbagaian dalam pakaian harian. Apa yang penting adalah rekaan bersesuaian dengan bentuk badan dan harga yang berpatutan. Pertama kali Ruby mencuba servis dari Fashion Stories sejak dilancarkan pada 25 Mar 2022 yang lalu. 


Dengan hanya mengisi borang di https://try.fashionstories.com.my/, Stylist Fashion Stories akan memilih sendiri beberapa gaya berdasarkan profil anda dan mereka akan menghantarnya terus ke hadapan pintu. Efisen kan?

TRY-AT-HOME 


Kan best boleh try dulu! Memperkenalkan TRY-AT-HOME, perkhidmatan Cuba Dahulu, Bayar Kemudian dari Fashion Stories. Bermaksud anda boleh mencuba koleksi pakaian secara fizikal di rumah anda sebelum membelinya. Selepas mencuba, anda kemudiannya boleh memutuskan untuk membeli mana-mana item atau boleh memulangkan selebihnya! Jom lihat apa yang Ruby dapat. 

LOOK: PERTAMA

Ruby menerima Suits pakaian bertema merah jambu. Baju dalam saiz 44 dan seluar XL. Harga dalam lingkungan bawah RM 60 setiap satu. Berbaloi-baloi kan?

LOOK: KEDUA

Tunic berwarna putih dipadankan dengan pleated skirt. Pertama kali Ruby mencuba kedua-dua rekaan sebegini dan sangat menyukainya.

LOOK: KETIGA


Blouse bertali dalam warna lilac dan seluar warna grey pleated nampak kemas digayakan untuk ke mana-mana. Material selesa dan berangin. Hehehe. Pertama kali mencuba seluar pleated. Cantik juga kan?

SERVIS TIADA RISIKO


✅ Anda hanya akan membayar untuk item yang anda inginkan
✅ Lebih menjimatkan masa dan kos
✅ Tiada risiko kerana anda boleh mencuba sebelum membuat pembelian
✅ Fashion Stories menawarkan idea penggayaan

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?


Ramai tertanya-tanya, bagaimana ingin mendapatkan servis ini. Sebab macam best je kan. Surprise!!! Siapa yang tidak suka kejutan kan? Macam dapat hadiah pula. Mungkin kita boleh hadiahkan insan tersayang dengan menggunakan perkhidmatan Fashion Stories. Why not kan?

LANGKAH PERTAMA: APAKAH GAYA ANDA?

Isi borang Style Analysis dan biarkan stylist Fashion Stories mencari gaya anda.

Butiran peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir, no telefon, email, alamat, instagram url, facebook url, pekerjaan, berhijab atau tidak. 

Bahagian kedua adalah Body Mesurement

Tinggi, berat, kemudian lebar bahu, pinggang, dada dan pinggul dalam inci. Kemudian pilihan saiz untuk pakaian tops dan bottom. Sebab ada orang berlainan saiz dan bentuk badan kan. 

LANGKAH KEDUA: RELAX SAMBIL MENANTI KETIBAAN PARCEL

Sekarang anda hanya perlu menunggu.  Item yang telah dipilih untuk anda akan dihantar kepada anda dalam masa yang singkat!


LANGKAH KETIGA: SELAMAT MENCUBANYA!

Sebaik sahaja anda menerima bungkusan itu, anda boleh mencuba pakaian. Simpan apa yang anda suka dan pulangkan selebihnya dalam masa tujuh (7) hari.

LANGKAH KEEMPAT: MASA UNTUK MEMBELI

WhatsApp kami di +6010-8989861 untuk melengkapkan pesanan anda dan membuat pembayaran anda. Jika anda mempunyai sebarang item untuk dipulangkan, beritahu Fashion Stories dan mereka akan menguruskan pengambilan.

MENGENAI FASHION STORIES


Fashion Stories ialah hab fesyen baharu yang mempunyai pelbagai jenama yang menghasilkan pelbagai jenis pakaian bergaya berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.  Kami melayani wanita dari semua peringkat umur dan saiz.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال