IHYA RAMADAN ROYALE KUKUR MERAIKAN 150 ORANG ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF

IHYA RAMADAN ROYALE KUKUR MERAIKAN 150 ORANG ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini telah berlangsung majlis amal kebajikan bertempat di Pusat Komuniti PPR Intan Baiduri Kepong, Kuala Lumpur. Acara ini meraikan lebih 150 orang anak-anak yatim dan asnaf. 

Majlis ini turut memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan, mengedar bubur, berbuka puasa dan solat berjemaah bersama tetamu yang hadir. Semoga inisiatif murni ini diteruskan sepanjang tahun. InsyaAllah.

IHYA RAMADAN ROYALE KUKUR 2022


Majlis yang diadakan setiap tahun bersempena bulan ramadan adalah anjuran Pertubuhan Amal Bakti SeMalaysia bersama Kawasan Rukuntetangga (KRT) PPR Intan Baiduri dan Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd. Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh selebriti YM Tengku Putri Najuwa yang juga merupakan artis Kolaborasi produk Royale Kukur bagi Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd. 


Pertubuhan Amal Bakti SeMalaysia telah ditubuhkan pada 3 September 2010 dengan slogan ‘Perpaduan Membawa Keharmonian’. Pertubuhan ini diasaskan oleh YM Tengku Datin Nazaziah Bt Tengku Abdullah yang juga merupakan Pengerusi Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd dan diterajui bersama Yang DiPertua Dato’ Zariah Bt Ali. 

Matlamat pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk memupuk semangat kasih sayang bagi mewujudkan satu masyarakat yang penyayang, tolong menolong dan saling hormat menghormati sesama insan. Selain itu, pertubuhan ini ingin menjaga kebajikan ahli-ahli serta memupuk perpaduan bangsa dan bekerjasama di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan dari segi aktiviti sukan, riadah, keagamaan, kebajikan dan lain-lain untuk kebaikan bersama.


Pertubuhan ini aktif menjalankan aktiviti aktiviti kerja amal kebajikan dan memperjuangkan serta membantu insan-insan kekurangan yang memerlukan bantuan seperti warga emas, ibu tunggal, bapa tunggal, anak-anak yatim, golongan OKU dan golongan Asnaf. 

Disamping itu, pertubuhan ini sentiasa memberi sokongan moral kepada sukarelawan dan sukarelawati dalam membantu mangsa-mangsa banjir, bencana alam dan seumpamanya.


YM Tengku Putri Najuwa salah seorang daripada kerabat di raja Pahang amat berbesar hati dan gembira dapat meluangkan masa bersama anak-anak yatim dan asnaf untuk bersama-sama berbuka puasa di bulan Ramadan Tahun ini selepas 2 tahun negara Malaysia ‘Lockdown’ disebabkan pandemik COVID-19. 

Lebih selesa dengan panggilan Putri Najuwa, beliau kini telah berhijab kira-kira sebulan lalu bersyukur di atas penghijrahan beliau yang datang daripada dirinya sendiri. Semenjak berhijrah dan sebagai seorang suri rumah kebanyakan masa beliau dihabiskan dengan aktiviti memasak dan mengikuti kelas agama. 


Putri Najuwa telah dilamar untuk menjadi kolaborasi produk Royale Kukur sepanjang bulan Ramadan ini bersesuaian dengan minat Putri Najuwa yang gemar memasak dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Beliau juga amat menitikberatkan tentang kecantikan luaran dan dalaman.

Produk royale kukur telah dianugerahkan Excellence in Kukur Mushroom Production 2022 oleh Asean Food & Travel Awards 2022 sebagai pengeluar produk cendawan kukur yang pertama di Malaysia. 

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Bagusnya kerabat diraja sebegini kan. Moga lebih banyak kerabat yang bangun dan membantu rakyat yang memerlukan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال