JOM KENALI SELEBRITI ARMANI ENTERTAINMENT GROUP

JOM KENALI SELEBRITI ARMANI ENTERTAINMENT GROUP | Assalammualaikum semua! Setelah kejayaan pencarian bakat baru di program The Audition pada tahun 2021. Kini tiba masanya Armani Entertainment Group (AEG) memperkenalkan semua selebriti di bawah naungannya. Hampir 4 bulan selepas pengumuman Muhammad Shauqi Danial sebagai Juara The Audition 2021, ia adalah masa yang sesuai untuk mereka semua tampil berkenalan dengan para pengamal media.

Armani Entertainment Group merupakan syarikat label pengurusan selebriti terbaharu di Malaysia. Pada 6 April 2022, mereka telah mengadakan Malam Media dan Majlis Berbuka Puasa bagi meraikan pengamal media di Malaysia dan memperkenalkan barisan selebriti di bawah naungan AEG.  Seramai 5 selebriti baharu diperkenalkan iaitu Yunadia, Emeer Danial, Syauqi Danial, COËX, dan Hasif Upin.

SELEBRITI ARMANI ENTERTAINMENT GROUP




“Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan secara rasmi barisan artis di bawah naungan AEG serta mengeratkan lagi hubungan kemesraan di antara label Armani Entertainment Group (AEG) bersama rakan-rakan media,” kata Dato’ KK Chua, selaku Ketua Pegawai Eksekutif AEG. 

Armani Entertainment Group adalah sebuah label pengurusan artis dan label muzik yang bertanggungjawab menjadi wakil dan penasihat profesional bagi pemuzik dan pelakon. Selain itu, AEG juga bertindak sebagai Platform Selebriti Profesional yang memberi jaminan, pulangan modal konsisten dengan menyediakan platform ke dunia hiburan bagi individu berbakat dan berperwatakan menarik. 

Sebagai tambahan, AEG juga bertindak sebagai syarikat produksi yang terlibat dalam penghasilan video kandungan untuk TV, media sosial, promosi korporat, iklan dan lain-lain media. 

“Misi AEG adalah untuk melahirkan bakat bakat baharu yang dengan keperibadian baik dan boleh dijadikan sebagai role-model kepada masyarakat umum di Malaysia dengan motto label ‘Impian Anda Kami Jadikan Kenyataan’. 

“Selebriti di bawah naungan kami terdiri daripada penyanyi serta pelakon baharu yang berbakat besar. Kami juga berbangga menjadi wakil beberapa artis bertaraf A-list tanah air seperti rapper terkenal, MK (K-Clique), pengarah tersohor Michael Ang, pelakon TV popular Farah Nabilah dan hos TV, Elly Ariffin,” jelas Pn. Zeileen Yusnita Abd Jalil, yang merupakan Ketua Pegawai Operasi AEG. 

Sepanjang berlangsungnya majlis, hadirin dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada selebriti di bawah naungan AEG seperti Hasif Upin yang merupakan penyanyi lagu ‘Janji Sampai Mati’, pendatang baharu, Yunadia yang muncul dengan single ‘Cha Cha Cinta’, Syauqi Danial membawakan lagu ‘Kekasih Simpananmu’, Emeer Bakri dengan lagu ‘Fantasia’ dan penyanyi berkumpulan COËX yang menyanyikan lagu cover Raya bertajuk ‘Cahaya Aidilfitri’.

Syauqi Danial - Kekasih Simpananmu

Yunadia - Cha Cha Cinta

Hasif Upin - Janji Sampai Mati

Emeer Bakri - Fantasia

COËX - Cahaya Aidilfitri

Ujar Dato’ KK Chua lagi: “Perancangan masa hadapan AEG adalah ingin menjadi sebuah syarikat public listed dan peneraju label hiburan tanah air dan Asia Tenggara dalam melahirkan lebih ramai lagi selebriti berbakat besar di bawah naungannnya.

Menariknya, majlis ini juga dihangatkan dengan acara cabutan bertuah dengan hadiah utamanya berupa telefon pintar Samsung S22+, iPad dan Samsung UHD TV 50" inci. Selain itu juga Dato' KK Chua turut memberi sumbangan duit raya kepada pengamal media yang hadir. Terima kasih Dato'!


PELANCARAN SINGLE ‘NOSTALGIA RAYA’ 


Bersempena malam ‘Malam Media & Majlis Berbuka Puasa’, AEG turut melancarkan sebuah single Raya istimewa berjudul ‘Nostalgia Raya’, gabungan mantap di antara penyanyi Hasif Upin dan Yunadia. Lagu ini adalah ciptaan komposer terkenal, Iqie Hugh. Lagu berentak pop rancak ini menceritakan tentang kenangan Hari Raya yang penuh nostalgia buat kita semua. 

“Lagu ini kami rakamkan sebelum bulan puasa lagi dan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan. Ini merupakan pengalaman pertama saya merakamkan lagu Raya dan seronok dapat menyanyikan lagu Raya sendiri!” kata Yunadia. 


Menurut Hasif Upin, “Setelah 2 tahun berdepan dengan pandemik COVID-19, kali ini kita dapat betul-betul beraya kerana dunia telah memasuki fasa endemik. Namun, setelah kehilangan ibu tercinta pada tahun lepas, saya hanya beraya sebatang kara. Kehidupan tetap diteruskan dan saya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Saya juga ada berita gembira selepas Raya nanti di mana saya akan muncul dengan sebuah single bersama seorang penyanyi legend tanah air, kalau hendak tahu siapa? Kenalah tunggu... ”

Dari kiri Hasif Upin, Pn. Zeileen Yusnita Abd Jalil; Ketua Pegawai Operasi AEG, Dato’ KK Chua; Ketua Pegawai Eksekutif AEG dan Yunadia.

Lagu ‘Nostalgia Raya’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas talian - Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala MV single Raya ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Armani Entertainment. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال