MINAZ BLOOMING RAYA 2022 MENAMPILKAN NELYDIA SENROSE DAN AYANA JIHYE MOON

MINAZ BLOOMING RAYA 2022 MENAMPILKAN NELYDIA SENROSE DAN AYANA JIHYE MOON | Assalammualaikum semua! Ruby teruja nak kongsikan tentang MINAZ. Jika ingat MINAZ, pasti Ruby akan teringat pengasas jenama tersebut iaitu Kak Pija. 12 tahun lalu, kebangkitan jenama MINAZ dan usahawan adalah kerana dari personaliti pengasas yang mesra dan berwawasan. Sebab itu, banyak jenama yang well-established sentiasa diingati. 

MINAZ keluar apa sahaja produk, buat apa sahaja kempen. Kami pengikut di barisan hadapan pasti support! Paling best, pengasas sendiri menggayakan semua koleksi baharu! Terus laku keras! Semua habis dijual. Kebanyakan koleksi MINAZ berasaskan corak lembut dan lebih ke arah women empowerment. Bermotif kebunga-bungaan, warna yang menyerlah dan minimalis. 

Ruby teruja melihat koleksi hijab terkini MINAZ untuk kempen Blooming Raya 2022. Mereka menampilkan Nelydia Senrose dan Ayana Jihye Moon. Sama cantik dan sama padan dengan koleksi MINAZ. Paling tidak masuk akal, harga bawal dari MINAZ Hijab sangat berpatutan! Tahniah buat Kak Pija dan pasukan MINAZ! MINAZ AKHIRNYA RAYA!


MINAZ BLOOMING RAYA 2022


MINAZ HIJAB adalah perniagaan terbaru MINAZ yang menampilkan koleksi hijab Bawal dari rekaan custom-made pasukan MINAZ. Menggunakan material classic cotton voile berkualiti tinggi dan dibungkus rapi setanding jenama premium. Setiap bawal MINAZ dijual pada harga RM 29 sahaja!

Koleksi MINAZ Blooming Raya 2022 telah dilancarkan pada 31 Mac 2022 adalah koleksi ke-empat MINAZ Hijab. Merupakan edisi istimewa Raya yang menampilkan Nelydia Senrose sebagai wajah utama kempen MINAZ Blooming Raya 2022.


MINAZ dimiliki oleh 100% Muslim Bumiputera. Diasaskan oleh Puan Hafiza sejak 2010. 3 teras utama perniagaan MINAZ adalah MINAZ MY, MINAZ COSMETICS dan MINAZ HIJAB. Dari 2010 sehingga kini, pasang surut perniagaan adalah perkara biasa. 

Jenama MINAZ diperkenalkan sebagai satu jenama fesyen modest muslimah tempatan yang memberi lebih fokus kepada wanita dan keluarga. Sentiasa menjaga hubungan baik dengan pelanggan telah menjadikan MINAZ antara jenama yang dikenali ramai pengguna media sosial dengan pengikut hampir 1,100,000 di semua platform. 

12 tahun berada dalam industri bukan sesuatu yang mudah, MINAZ sendiri telah melalui tahun-tahun yang sukar sehingga hampir mengalah. Namun, MINAZ positif untuk sentiasa memberikan yang terbaik, unik dan eksklusif dengan cara kami yang tersendiri.


"Insya-Allah, tahun 2022 ini bakal menjadi saksi kepulangan MINAZ kembali mewarnai industri fesyen tempatan. MINAZ Hijab telah membuka peluang rezeki yang besar buat seluruh keluarga MINAZ, Ini adalah buah tangan paling bermakna buat semua peminat," kata Puan Hafiza Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ.

MINAZ memperkenalkan Nelydia Senrose sebagai wajah utama kempen MINAZ Blooming Raya 2022 ditemani si cantik manis Ayana Jihye Moon.

NELYDIA SENROSE WAJAH KEMPEN RAYA MINAZ


Melihat penampilan Nelydia Senrose dalam koleksi raya, pasti ramai tertanya-tanya apakah sebab dan kriteria pemilihan beliau. MINAZ Hijab kini telah masuk siri ke empat keluaran dan kami melihat tiada orang lain yang lebih sesuai menggayakan koleksi edisi istimewa Blooming Raya ini selain Nelydia Senrose. 

Sejak Nelydia mula diperkenalkan di semua platform digital MINAZ sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan feedback yang positif terhadap pemilihan beliau kali ini. Tidak kurang juga yang mendoakan beliau untuk kekal istiqamah berhijab.

“Seperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengan beliau”, Kata Hafiza Abd Hamid lagi.

Idea untuk melantik NELYDIA SENROSE sebagai muka penghias utama kempen MINAZ BLOOMING RAYA :

  • Wajah manis dan lembut sangat bertepatan dengan konsep bunga-bungaan yang dibawakan jenama MINAZ.
  • Personality yang sopan dan lemah lembut.
  • Yakin Nelydia boleh menarik ramai wanita utk mengenali dan sertai keluarga MINAZ HIJAB

AYANA JIHYE MOON JUGA WAJAH KEMPEN RAYA MINAZ


Selain Nelydia Senrose, Ayana Jihye Moon juga turut dilantik sebagai wajah kempen Raya MINAZ. Apakah faktor pemilihan Ayana pula?

Bergelar mualaf sejak usia nya yang muda, kisah nya sendiri telah memberikan kami inspirasi terutamanya sebagai seorang muslim yang berhijab. MINAZ ingin bawakan bukan sahaja selebriti, malah seorang ikon yang cukup dikenali dan memberikan inspirasi dengan kisah hijrahnya bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia.


Pemilihan Ayana Jihye Moon dilihat sudah memenuhi kriteria gadis MINAZ yang manis, seorang yang boleh dipercayai dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Dengan pemilihan Ayana sebagai wajah muka hadapan kempen ini juga membawa harapan untuk memperluaskan lagi jenama MINAZ bukan sahaja di Malaysia, malah sehingga ke negara jiran. Insya-Allah.

KOLEKSI MINAZ BLOOMING RAYA 2022 PRINTED BAWAL


MINAZ Hijab dihasilkan daripada fabrik voile kapas klasik yang mudah dibentuk dan melekap dengan cantik pada anda. Siri Blooming Raya boleh didapati dalam 5 reka bentuk berbeza untuk dewasa dan kanak-kanak. Setiap reka bentuk didatangkan dalam 4 warna yang indah memberikan anda pilihan yang tidak berkesudahan untuk dicampur dan dipadankan dengan penampilan anda. 5 rekaan tersedia iaitu Cempaka, Lili, Mawar, Melati dan Seroja.

Dimensi: Bidang 45'
Harga: RM29
Material: Classic Cotton Voile


CEMPAKA BAWAL



LILI BAWAL


MAWAR BAWAL 



MELATI BAWAL


SEROJA BAWAL


Anda boleh mendapatkan koleksi terkini MINAZ melalui stokis ejen di seluruh negara atau melalui laman web rasmi www.minaz.com.my

MINAZ KONGSI REZEKI


MINAZ HIJAB berkongsi rezeki, menampilkan Nelydia Senrose sebagai wajah utama kempen edisi Blooming Raya, percaturan MINAZ kali ini bantu lebih 4,000 agent stokis seluruh malaysia jana pendapatan dari rumah. MINAZ mensasarkan 5 org bakal Jutawan Hijab hujung tahun 2022 dengan cabang baru perniagaan MINAZ HIJAB.

MINAZ Hijab mensasarkan 2 juta helai tudung bawal terjual sehingga hujung tahun ini. MINAZ Hijab optimis dengan sasaran jualan 2 juta helai tudung menjelang hujung tahun ini dengan misi untuk membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan serta bangun dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik.


Sejak diperkenalkan Ogos tahun 2021, jenama MINAZ Hijab telah mula mendapat tempat dihati penggemar bawal cotton dan kini sedang menjadi bualan hangat dengan kualiti bawal terbaik yang pernah dikeluarkan.

"Fabrik classic cotton voile ini amatlah eksklusif dan merupakan antara yang terbaik yang pernah dikeluarkan jenama MINAZ. Yang penting, bawal MINAZ, bawal mudah bentuk!” Kata Hafiza Hamid, pengasas.

Selain berkongsi rezeki, MINAZ Hijab juga menawarkan tajaan pakej umrah tahun hadapan buat kesemua stokis dan agen yang telah mencapai target jualan bagi tahun 2022.

MINAZ Hijab kini sedang mengisi kekosongan stokis di 3 buah negeri iaitu Melaka, Perlis & Sarawak. Bagi anda yang berminat untuk menjadi sebahagian keluarga besar MINAZ, boleh hubungi talian hotline 017-626 4858.

"JOM KAYA, BERJAYA DAN BERGAYA BERSAMA MINAZ HIJAB."

MINAZ HQ
No 13A-1, Jalan Kiara 2,
Kawasan Perniagaan Kiara,
43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال