ROYALE KUKUR READY TO EAT

ROYALE KUKUR READY TO EAT | Assalammualaikum semua! Ruby ada berita gembira untuk dikongsikan bersama anda. Baru-baru ini Ruby berkesempatan hadir majlis Royale Kukur dan berkesempatan mengenali lebih mendalam tentang jenama ini. Royale Kukur adalah jenama berasaskan cendawan kukur dan telah mengeluarkan produk "ready to eat" dari cendawan kukur. Buat masa ini ada 5 perisa. 

Produk Royale Kukur juga telah menerima anugerah Excellence in Kukur Mushroom Production 2022 dari Asean Food & Travel Awards 2022 sebagai pengeluar produk cendawan kukur yang pertama di Malaysia. Tahniah Royale Kukur.

ROYALE KUKUR


Cendawan kukur atau dikenali sebagai kulat sisir merupakan sejenis cendawan yang boleh dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Ia ditemui di hutan liar pada pokok-pokok reput selepas musim hujan diikuti dengan suhu kering di mana cendawan tumbuh secara semulajadi. Cendawan kukur dikenali dengan nilai perubatan tinggi dan rasa aromatik. Kaya dengan protein, fiber dan antioxidant.

Anda boleh mulakan dengan cendawan kukur sebagai pengganti sayuran lain. Jika anda pengamal vegetarian, cendawan kukur adalah yang terbaik. Amalkan 3-4 kali seminggu cendawan kukur untuk kesihatan kulit. Ia baik untuk anda yang kurang terdedah kepada cahaya matahari atau kekurangan Vitamin D. 

Kelainan aromatiknya turut menjadikan cendawan kukur bahan yang unik untuk dijadikan produk makanan. Semua resepi lebih tertumpu kepada masakan Melayu seperti Dendeng, Masak Lemak dan Sambal Hijau mengikut selera rakyat Malaysia. Produk lain seperti Sup Berkrim dan Kari yang menepati selera sesuai untuk semua peringkat umur. 

Perancangan syarikat untuk meluaskan lagi pasaran Royale Kukur ke seluruh dunia bagi memperkenalkan cendawan kukur sebagai cendawan Malaysia kerana ramai yang masih tidak mengenali keenakan dan kebaikannya. Pada masa yang sama, syarikat merancang untuk mengeluarkan lebih banyak produk makanan, minuman serta kesihatan dan kecantikan berasaskan cendawan kukur.

LIMA PRODUK ROYALE KUKUR


Royale Kukur Dendeng Kukur

Royale Kukur Masak Lemak Kukur

Royale Kukur Kari Kukur

Royale Kukur Sambal Hijau Kukur

Royale Kukur Creamy Soup Kukur

KHASIAT CENDAWAN KUKUR


Royale kukur berhasrat dapat mendidik masyarakat tentang pelbagai kelebihan dan kebaikan cendawan kukur yang bukan sahaja sedap dijadikan hidangan makanan, tetapi juga banyak khasiat untuk kesihatan. Cendawan kukur merupakan salah satu sumber keperluan tambahan untuk protein, tinggi anti-oksidan, kaya dengan vitamin B dan D serta dapat menguatkan sistem imun.

TEKNOLOGI BONGKAH CENDAWAN KUKUR 


Perancangan Royale Kukur pada pertengahan tahun 2022 adalah menyediakan Pusat Pengewapan Cendawan Kukur di Perlis dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM).

Royale Kukur melalui proses Retort iaitu proses dalam pembungkusan makanan diisi ke dalam pouch, ditutup, dan kemudian dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi, menjadikan produk steril secara komersial
tanpa bahan tambahan dan pengawet. Produk Royale Kukur boleh bertahan sehingga 2 tahun. 

Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd menerusi rangkaian jenama Royale Kukur dengan penghasilan produk berasaskan Cendawan Kukur atau lebih dikenali dengan nama Kulat Sisir merupakan syarikat pengeluar terulung dalam pasaran di Malaysia.

SET ISTIMEWA RAMADAN X PUTRI NAJUWA


Dapatkan kesemua set Royale Kukur pada harga RM 150 sahaja. 5 perisa terdiri 


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Royale Kukur bekerjasama dengan selebriti YM Tengku Putri Najuwa bagi mempromosikan produk royale kukur. Usahasama ini adalah atas dasar sokongan kekeluargaan selain menarik minat anak-anak muda untuk lebih mengenali kelebihan cendawan kukur. 

Kerjasama ini sejajar dengan penghijrahan beliau dalam pemakaian hijab. Dengan populariti dan statusnya kini sebagai suri rumah, beliau lebih gemar memasak dan mengambil makanan berkhasiat serta menitikberatkan kecantikan luaran dan dalaman. 

Ingat Cendawan Kukur, Ingat ROYALE KUKUR

6 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wahh best betul ada pek macam ni. Mudah nak bawak travel n senang untuk disediakan. Terbaik

    BalasPadam
  2. Banyak juga khasiat cendawan kukur ni ye. Selalu ibu campur dalam menu masak lemak hee lepas ni senang la nak makan bila dah ada ready to eat macam ni

    BalasPadam
  3. Ini freezer produk kukur? Boleh steam, atau goreng ini? 😊 Saya akan check ini

    BalasPadam
  4. Ooo bagusnyaa dah siap paking gini, bukan senang nak mencari cendawan kukur ni.. nak try gak laaaa

    BalasPadam
  5. Hari tu i dah try Royale Kukur Green Chilli, memamng sedap dan senang dihidangkan. Nanti nak try their other flavours juga.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال