SHOWME EDUWAV BERHAD GIAT BANTU PENGUSAHA INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA | Assalammualaikum semua! Pendidikan adalah salah satu cara untuk mengubah taraf kehidupan. Selain menubuhkan tempat memberi ilmu, anak-anak juga dapat menimba ilmu dan digunakan sampai bila-bila. Institusi pendidikan di Malaysia juga turut terjejas ketika wabak pandemik COVID-19 melanda.
Namun, bagi pusat pendidikan seperti Taska, Tadika dan Sekolah Swasta Malaysia berjaya menangani situasi tersebut pada waktu paling sukar. Melalui Showme Eduwav Berhad, mereka berjaya memberi ilmu keusahawanan kepada pengusaha Taska, Tadika dan Sekolah Swasta untuk menyusun bagaimana boleh terus beroperasi disamping masih mengekalkan tenaga pengajar, kehadiran penuh para pelajar dan paling penting adalah ibu bapa membayar yuran tepat pada masanya.
LONJAKAN PERMINTAAN PENDIDIKAN TASKA, TADIKA DAN SEKOLAH SWASTA DI MALAYSIA
Himpunan pengusaha Institusi Pendidikan di seluruh Malaysia bertujuan untuk memberi semangat kebangkitan semula Institusi Pendidikan setelah pasca pandemik yang melanda Malaysia.
Program ini dianjurkan oleh Showme Eduwav Berhad yang merupakan sebuah syarikat induk yang berusaha memberikan gaya hidup pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak di Malaysia, dan juga di seluruh dunia.
1,000 ID KEEDSFLIX UNTUK GOLONGAN B40
Program ini bermula dengan Sesi Penyerahan Bantuan Pembelajaran Online Keedsflix 1000 ID untuk Pelajar B40 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh Keedsflix International Sdn Bhd kepada YBhg. Haji Mohd Nazree bin Haji Mohd Yunus, Ahli Lembaga Pengarah USIM.
Seterusnya majlis diteruskan dengan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Showme Eduwav Berhad bersama berberapa syarikat Institusi Pendidikan iaitu Pilihan Bestari Sdn Bhd, Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd, ECCE Educator Training Academy Sdn Bhd.
Majlis diteruskan dengan acara Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Pipakids International Sdn Bhd & Helsinki International Schools Group daripada Finland.
Pada sebelah malam, Majlis diteruskan dengan Sesi Perkongsian dan Penyampaian Sijil kepada peserta program Edupreneur Group Coaching yang merupakan salah satu program Showme Eduwav Berhad. Program tersebut berlangsung selama 6 bulan telah disertai oleh lebih 60 peserta daripada pengusaha Institusi Pendidikan seluruh Malaysia bertujuan membantu untuk membuka minda pengusaha dalam mengembangkan institusi pendidikan masing-masing yang dididik oleh Principal RED, CEO Showme Eduwav Berhad.
Tambahan pula, Showme Eduwav Berhad juga giat menjalankan pelbagai program khasnya untuk Institusi Pendidikan Malaysia selari dengan perancangan Showme Eduwav Berhad untuk pergi ke Pasaran Bursa pada Tahun 2025 (Road to IPO 2025).
Tags
Pendidikan