KISAH TART NENAS
TART NENAS SWEE BEE RESEPI WARISAN IBUNDA
Tart Nenas Swee Bee bukan sekadar tart nenas biasa. Tart tradisional ini adalah resepi warisan turun temurun dari Puan Swee Bee iaitu ibunda kepada Encik David Wong, Pengasas Swee Bee by Baker Dave. Ia adalah gabungan pastri mentega premium dan buah nenas segar yang mencetuskan rasa nostalgia semasa zaman kanak-kanak bersama ibu. Sekali cuba, ia mampu menggamit memori!
Keunikan rasa manis masam tart nenas Swee Bee boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Sama ada enak di makan begitu sahaja atau dipadankan dengan minuman kegemaran anda. Mungkin kopi 'o' atau teh 'o'. Ia akan memberi perasaan gembira secara tidak langsung.
Tart Nenas telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia dan ia adalah makanan tradisi yang di bawa pada abad ke-16 oleh komuniti Nyonya. Pada kebiasaannya ia dimasak ketika musim perayaan di Malaysia. Sama ada pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Tahun Baru Lunar, Hari Deepavali, Hari Natal atau apa sahaja perayaan. Benar kata pepatah, makanan akan menyatukan kita semasa musim perayaan.
Jika anda mengidam tart nenas, Tart Nenas dari Swee Bee sentiasa ada sepanjang tahun. Tidak perlu bimbang tentang stok, mereka masak segar dari oven setiap hari. Hidangan sedap, semestinya dikongsikan bersama pada bila-bila masa. Setuju?
TART NENAS SWEE BEE DIBUNGKUS DALAM PEK INDIVIDU
Pertama kali Ruby melihat tart nenas yang dibungkus rapi dan tidak terjejas walau mereka pos jauh-jauh. Ia adalah tart nenas yang hebat. Ruby pernah membantu ibu berniaga tart nenas. Kebiasaannya kami akan hantar sendiri sebab takut tart nenas akan hancur jika pos. Nanti tinggal serbuk aje apabila sampai kepada penerima. Hahaha.
Di Swee Bee by Baker Dave, anda tidak perlu bimbang. Tart Nenas Swee Bee dibungkus dalam pek individu. Bungkusan yang sangat rapi dan kualiti terjaga. Lihat saiz pada gambar di atas. Besar kan?
BENTUK SEGI EMPAT SAMA BERMAKSUD KESEIMBANGAN
Tart Nenas di Malaysia mempunyai pelbagai reka bentuk. Ada bentuk bunga dan bersilang. Ada juga bentuk bulat seakan-akan bentuk buah nenas. Ada yang buat tart nenas jenis gulung. Ada juga yang membuat bentuk seperti sayap swan dan duri landak. Paling terkini Ruby pernah jumpa bentuk ice frozen. Macam-macam idea. Haha.
Tetapi pertama di Malaysia, Tart Nenas Swee Bee berbentuk segi empat sama dan ada tekapan bunga diatasnya. Bentuk ini lebih kemas dan seimbang. Tahukah anda, bentuk ini mempunyai maksud tersendiri?
Menurut Encik David; Pengasas Swee Bee "Bentuk segi empat sama ini mempunyai maksudnya yang tersendiri di dalam masyarakat Cina iaitu mengumpul kekayaan dengan seimbang, tindakan yang stabil dan selamat.
Selain itu, corak berbeza di atas Tart Nenas Swee Bee mempunyai dua jenis. Ketika musim perayaan Tahun Baru Lunar, corak Chinese Fortune akan ditekap agar anda yang menikmati Tart Nenas Swee Bee akan di beri nasib yang baik dan rezeki yang besar.
Manakala semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, corak bunga akan ditekap. Bersesuaian dengan perasaan berbunga menanti Ramadan dan Aidilfitri".
INTI NENAS YANG BANYAK
Keunikan Tart Nenas adalah kerana intinya. Selain inti yang sedap, kuantiti juga memainkan peranan. Ia akan menjadi sangat sedap digabungkan dengan pastri mentega yang diuli dengan penuh kasih sayang. Tart Nenas Swee Bee sememangnya memiliki teras itu. Dalam satu tart nenas, 4 gigitan boleh dinikmati. Sangat enak!
DAPATKAN TART NENAS SEKARANG!
Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba. Promosi istimewa telah diadakan bermula 1 April hingga 15 April 2022. 1 kotak ada 8 Tart Nenas bernilai RM 38. Jika anda beli 3 kotak, hanya RM 100 sahaja! Banyak penjimatan di situ! Dapatkan segera sementara stok masih ada!
Anda boleh beli Tart Nenas Swee Bee by Baker Dave di kedai atau secara dalam talian. Berikut adalah cara-cara pembelian untuk memudahkan anda.
Swee Bee by Baker Dave
4, Persiaran Sultan Ibrahim, Kawasan 17, 41300 Klang, Selangor
https://waze.com/ul/hw281ke56b
Beli secara Online:
https://sweebeebybakerdave.orderla.my/shop
LAZADA:
https://www.lazada.com.my/shop/swee-bee-mart/
Hubungi atau WhatsApp:
MENGENAI SWEE BEE BY BAKER DAVE
Diasaskan oleh Encik David Wong iaitu Pengasas Swee Bee by Baker Dave dibawah naungan syarikat Tiger Mama Sdn Bhd. Bermula hanya dengan belajar membuat tart nenas semasa kecil pada tahun 1982 bersama ibu. Encik David meneruskan legasi dan minat membuat kuih nostalgia ini dan membuka perniagaan secara tetap pada tahun 2009.
Encik David adalah graduan dalam bidang Hotel & Catering Management. Berasal dan membesar di Shah Alam, Selangor. Beliau sangat berbakat dan mahir dalam bidang cake designer.
Meneruskan impian, Tart Nenas empat segi sama mula dijual di kafe bakeri di Sri Hartamas semenjak tahun 2012. Ia adalah Tart Nenas pertama di Malaysia yang dihasilkan dalam bentuk empat segi sama. Pada tahun 2019 kafe bakeri dijenamakan kepada Swee Bee by Baker Dave. Namun, pada tahun 2020 kafe bakeri di tutup kerana pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia. Oleh kerana itu, Swee Bee by Baker Dave berpindah dan membuka cawangan di Klang dan beroperasi sehingga hari ini.
Melalui Tart Nenas, harapan Encik David adalah dengan makanan nostalgia ini dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Tart Nenas Swee Bee by Baker Dave sentiasa menjadi pilihan semua kerana ia sesuai untuk hidangan harian, hidangan semasa acara istimewa, hidangan semasa musim perayaan dan boleh dijadikan hadiah.
Kita pun pertama kali rasa dan tengok tart nenas bentuk empat sego rasa sedap dengan ini nenas original...
BalasPadamSedapnya tart nenas ni, ada jual di Lazada pula tu, bolehlah saya cuba dan rasa.
BalasPadamCantiknya packaging tart nenas ni... siap ada Halal so boleh beli dengan confident as gift during Raya visit nanti la..
BalasPadamFirst, I thought this red packaging for CNY. Rupanya this is for ramadan raya gift! Ya betul, tart nenas terkenal, many chinese people always eat this :)
BalasPadamI pernah rasa their tart nenas, memang sedap dan inti nyer pun padu. Bagus now they also have it for Raya.
BalasPadamMy favorite tart nenas, masa anak2 kecik kak mmg rajin buat sendiri, skrg dah blh beli mls nak buat. Baguslah ada tart nenas Swee Bee by Baker Dave sbb halal
BalasPadamTat nanas ni kalau puasa kalau takde atas meja memang tak sah kan, tak kisahlah acuan macam mana pun, janji tat nanas.. tapi menarik acuan segi ni.. nanti nak try gak lerr beli..
BalasPadam