TART NENAS SWEE BEE BY BAKER DAVE MENGGAMIT NOSTALGIA

TART NENAS SWEE BEE BY BAKER DAVE MENGGAMIT NOSTALGIA | Assalammualaikum semua! MasyaAllah Ramadan yang dirindui kali ini dapat kita berpuasa bersama-sama seisi keluarga. Dikesempatan ini, Ruby ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada anda semua. Semoga Ramadan kali ini dapat kita laksanakan dengan penuh amal ibadat. 1 April 2022 juga sempadan negara telah dibuka. Ramai sanak saudara dapat pulang kembali kepada keluarga tercinta setelah 2 tahun berjauhan. 

Persiapan Ramadan Ruby pada tahun ini adalah untuk lebih banyak masa bersama keluarga. Tahun ini adalah tahun pertama anak-anak Ruby belajar berpuasa penuh setelah berlatih berpuasa pada tahun sebelum ini. Doakan mereka faham tentang puasa dan melaksanakannya dengan penuh kesabaran.  


KISAH TART NENAS


Korang nak tahu tak? Dua bulan sebelum Ramadan lagi Ruby dah mencari kuih raya dan membeli barang persiapan raya. Semua dah setel sebelum Ramadan! MasyaAllah tenang sungguh bila semua dah siap. Hehehe. Ruby nak cerita tentang kuih raya Tart Nenas dari Swee Bee by Baker Dave. Ruby sudah order dan anda juga boleh order bila-bila!

Bagi Ruby, Tart Nenas adalah kuih nostalgia childhood. Wajib ada dalam balang kuih semasa Hari Raya Aidilfitri. Kalau teringin pada hari biasa, kedai Swee Bee by Baker Dave ada jual. Tidak perlu tunggu raya. Best kan?

Di Swee Bee by Baker Dave, kualiti sepanjang masa dikekalkan. Bungkusan eksklusif boleh dijadikan hadiah. Boleh beli secara online! Nak ke kafe Swee Bee di Klang pun boleh! Tart Nenas Swee Bee disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain Tart Nenas, kek dan kuih lain juga turut dijual. Macam-macam ada!


TART NENAS SWEE BEE RESEPI WARISAN IBUNDA

Tart Nenas Swee Bee bukan sekadar tart nenas biasa. Tart tradisional ini adalah resepi warisan turun temurun dari Puan Swee Bee iaitu ibunda kepada Encik David Wong, Pengasas Swee Bee by Baker Dave. Ia adalah gabungan pastri mentega premium dan buah nenas segar yang mencetuskan rasa nostalgia semasa zaman kanak-kanak bersama ibu. Sekali cuba, ia mampu menggamit memori!

Encik David Wong; Pengasas Swee Bee bersama ibunda tercinta Puan Swee Bee.


Keunikan rasa manis masam tart nenas Swee Bee boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Sama ada enak di makan begitu sahaja atau dipadankan dengan minuman kegemaran anda. Mungkin kopi 'o' atau teh 'o'. Ia akan memberi perasaan gembira secara tidak langsung.


Tart Nenas telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia dan ia adalah makanan tradisi yang di bawa pada abad ke-16 oleh komuniti Nyonya. Pada kebiasaannya ia dimasak ketika musim perayaan di Malaysia. Sama ada pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Tahun Baru Lunar, Hari Deepavali, Hari Natal atau apa sahaja perayaan. Benar kata pepatah, makanan akan menyatukan kita semasa musim perayaan. 

Jika anda mengidam tart nenas, Tart Nenas dari Swee Bee sentiasa ada sepanjang tahun. Tidak perlu bimbang tentang stok, mereka masak segar dari oven setiap hari. Hidangan sedap, semestinya dikongsikan bersama pada bila-bila masa. Setuju? 

TART NENAS SWEE BEE DIBUNGKUS DALAM PEK INDIVIDU

Pertama kali Ruby melihat tart nenas yang dibungkus rapi dan tidak terjejas walau mereka pos jauh-jauh. Ia adalah tart nenas yang hebat. Ruby pernah membantu ibu berniaga tart nenas. Kebiasaannya kami akan hantar sendiri sebab takut tart nenas akan hancur jika pos. Nanti tinggal serbuk aje apabila sampai kepada penerima. Hahaha.

Di Swee Bee by Baker Dave, anda tidak perlu bimbang. Tart Nenas Swee Bee dibungkus dalam pek individu. Bungkusan yang sangat rapi dan kualiti terjaga. Lihat saiz pada gambar di atas. Besar kan?

BENTUK SEGI EMPAT SAMA BERMAKSUD KESEIMBANGAN

Tart Nenas di Malaysia mempunyai pelbagai reka bentuk. Ada bentuk bunga dan bersilang. Ada juga bentuk bulat seakan-akan bentuk buah nenas. Ada yang buat tart nenas jenis gulung. Ada juga yang membuat bentuk seperti sayap swan dan duri landak. Paling terkini Ruby pernah jumpa bentuk ice frozen. Macam-macam idea. Haha.


Tetapi pertama di Malaysia, Tart Nenas Swee Bee berbentuk segi empat sama dan ada tekapan bunga diatasnya. Bentuk ini lebih kemas dan seimbang. Tahukah anda, bentuk ini mempunyai maksud tersendiri?

Menurut Encik David; Pengasas Swee Bee "Bentuk segi empat sama ini mempunyai maksudnya yang tersendiri di dalam masyarakat Cina iaitu mengumpul kekayaan dengan seimbang, tindakan yang stabil dan selamat. 

Selain itu, corak berbeza di atas Tart Nenas Swee Bee mempunyai dua jenis. Ketika musim perayaan Tahun Baru Lunar, corak Chinese Fortune akan ditekap agar anda yang menikmati Tart Nenas Swee Bee akan di beri nasib yang baik dan rezeki yang besar.

Manakala semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, corak bunga akan ditekap. Bersesuaian dengan perasaan berbunga menanti Ramadan dan Aidilfitri". 

INTI NENAS YANG BANYAK

Keunikan Tart Nenas adalah kerana intinya. Selain inti yang sedap, kuantiti juga memainkan peranan. Ia akan menjadi sangat sedap digabungkan dengan pastri mentega yang diuli dengan penuh kasih sayang. Tart Nenas Swee Bee sememangnya memiliki teras itu. Dalam satu tart nenas, 4 gigitan boleh dinikmati. Sangat enak!


DAPATKAN TART NENAS SEKARANG!

Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba. Promosi istimewa telah diadakan bermula 1 April hingga 15 April 2022. 1 kotak ada 8 Tart Nenas bernilai RM 38. Jika anda beli 3 kotak, hanya RM 100 sahaja! Banyak penjimatan di situ! Dapatkan segera sementara stok masih ada!

Anda boleh beli Tart Nenas Swee Bee by Baker Dave di kedai atau secara dalam talian. Berikut adalah cara-cara pembelian untuk memudahkan anda. 

Swee Bee by Baker Dave

4, Persiaran Sultan Ibrahim, Kawasan 17, 41300 Klang, Selangor

https://waze.com/ul/hw281ke56b 

Beli secara Online:

https://sweebeebybakerdave.orderla.my/shop

LAZADA:

https://www.lazada.com.my/shop/swee-bee-mart/

Hubungi atau WhatsApp:

http://wasap.my/60173340180

http://wasap.my/60123038686

MENGENAI SWEE BEE BY BAKER DAVE

Diasaskan oleh Encik David Wong iaitu Pengasas Swee Bee by Baker Dave dibawah naungan syarikat Tiger Mama Sdn Bhd. Bermula hanya dengan belajar membuat tart nenas semasa kecil pada tahun 1982 bersama ibu. Encik David meneruskan legasi dan minat membuat kuih nostalgia ini dan membuka perniagaan secara tetap pada tahun 2009. 

Encik David adalah graduan dalam bidang Hotel & Catering Management. Berasal dan membesar di Shah Alam, Selangor. Beliau sangat berbakat dan mahir dalam bidang cake designer


Meneruskan impian, Tart Nenas empat segi sama mula dijual di kafe bakeri di Sri Hartamas semenjak tahun 2012. Ia adalah Tart Nenas pertama di Malaysia yang dihasilkan dalam bentuk empat segi sama. Pada tahun 2019 kafe bakeri dijenamakan kepada Swee Bee by Baker Dave. Namun, pada tahun 2020 kafe bakeri di tutup kerana pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia. Oleh kerana itu, Swee Bee by Baker Dave berpindah dan membuka cawangan di Klang dan beroperasi sehingga hari ini. 

Melalui Tart Nenas, harapan Encik David adalah dengan makanan nostalgia ini dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Tart Nenas Swee Bee by Baker Dave sentiasa menjadi pilihan semua kerana ia sesuai untuk hidangan harian, hidangan semasa acara istimewa, hidangan semasa musim perayaan dan boleh dijadikan hadiah. 

SWEE BEE BY BAKER DAVE | FACEBOOK | INSTAGRAM

7 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Kita pun pertama kali rasa dan tengok tart nenas bentuk empat sego rasa sedap dengan ini nenas original...

    ردحذف
  2. Sedapnya tart nenas ni, ada jual di Lazada pula tu, bolehlah saya cuba dan rasa.

    ردحذف
  3. Cantiknya packaging tart nenas ni... siap ada Halal so boleh beli dengan confident as gift during Raya visit nanti la..

    ردحذف
  4. First, I thought this red packaging for CNY. Rupanya this is for ramadan raya gift! Ya betul, tart nenas terkenal, many chinese people always eat this :)

    ردحذف
  5. I pernah rasa their tart nenas, memang sedap dan inti nyer pun padu. Bagus now they also have it for Raya.

    ردحذف
  6. My favorite tart nenas, masa anak2 kecik kak mmg rajin buat sendiri, skrg dah blh beli mls nak buat. Baguslah ada tart nenas Swee Bee by Baker Dave sbb halal

    ردحذف
  7. Tat nanas ni kalau puasa kalau takde atas meja memang tak sah kan, tak kisahlah acuan macam mana pun, janji tat nanas.. tapi menarik acuan segi ni.. nanti nak try gak lerr beli..

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال