TAWARAN LEBARAN KEMBALIKAN KEMERIAHAN BERSAMA GUARDIAN

TAWARAN LEBARAN KEMBALIKAN KEMERIAHAN BERSAMA GUARDIAN | Assalammualaikum semua! Raya bakal menjelang! Kehangatan Aidilfitri semakin dirasai. Minggu terakhir Ramadan adalah masa yang sesuai kita mencari keperluan Aidilfitri. Ruby pun shopping di Guardian Suria KLCC untuk dapatkan produk-produk kecantikan. Eyeliner dah kering, kena beli banyak sikit. Haha. 

Kemudian mandian sekeluarga pun kena tambah untuk bawa pulang ke kampung. Nanti boleh tinggalkan di kampung beberapa stok untuk mak dan saudara mara pulang ke kampung. Tahun ini ramai akan "Qadho" beraya setelah 2 tahun tidak pulang ke kampung. Kunjung mengunjung pasti meriah siap bawa pakaian extra. Boleh mandi kat kampung Ruby. Hehehe. Air telaga campur mandian Guardian. Segar!!

PROMOSI HARI RAYA GUARDIAN 

Tampil bergaya, sihat dan cantik di Hari Raya ini dengan pelbagai barangan keperluan kesihatan dan kecantikan harian di jualan istimewa Hari Raya Guardian, ‘Tawaran Lebaran, Kembalikan Kemeriahan’ bermula dari 27 April hingga 29 Mei 2022.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Malaysia dan Brunei berkata: 

“Dengan potongan sehingga 50%, sekarang adalah masa terbaik untuk mendapatkan barangan kesihatan dan kecantikan yang anda perlukan untuk sambutan Hari Raya bersama sahabat handai dan yang tersayang. Anda juga boleh mengambil peluang membeli hadiah untuk mereka untuk dibawa pulang ke kampung nanti.


“Sebagai contoh, anda boleh jimat sehingga 50% untuk produk Penjagaan Kulit dan Penjagaan Diri dan 30% untuk Penjagaan Kosmetik dan Penjagaan Kesihatan. Selain itu, tedapat juga tawaran istimewa seperti pek Promosi Bonanza untuk Penjagaan Kulit dengan penjimatan 20% hingga 35% untuk produk penjagaan kulit sensitif dan lebih 1,570 produk dijual pada harga RM10 sahaja!”

Promosi-promosi lain termasuk:

  • Beli 2 jimat lebih untuk produk Penjagaan Peribadi
  • Penjimatan sehingga 30% untuk produk penjagaan ibu dan anak
  • Penjimatan sehingga 30% untuk lebih 730 produk Penjagaan Kesihatan
  • PERCUMA beg kosmetik Minions Eksklusif dengan setiap pembelian Kosmetik, Wangian dan Aksesori Kecantikan bernilai RM150 dan ke atas.
  • PERCUMA set mangkuk Jepun Eksklusif dengan setiap pembelian penjagaan Kulit dan Derma bernilai RM120 dan ke atas dalam satu resit
  • PERCUMA set Pinggan Eksklusif dengan pembelian mana-mana produk penjagaan Diri  (Penjagaan Rambut, Penjagaan Bayi, Pencuci Wanita,  Mandian dan Penjagaan Mulut, Deodoran dan Pencukur) bernilai minimum RM118 dalam satu resit.
  • Dan banyak lagi promosi istimewa hadiah percuma eksklusif dengan pembelian.


Tambah Angela:

“Selain daripada semua promosi menarik ini, pelanggan juga boleh menyertai peraduan “Scratch & Win Festive Bonanza” dengan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM5 juta untuk dimenangi. Apa yang perlu dilakukan adalah berbelanja minimum sebanyak RM40 dalam satu resit untuk mendapatkan kad gores dan menang dan lihat apa yang dimenangi. Selain daripada hadiah pertama sebuah motosikal Yamaha MT-25, pelanggan juga boleh memenangi telefon pintar Samsung Galaxy Flip 3 5G, Thermomix, Ogawa Aromatic Face Steamers dan baucar tunai Guardian. Peraduan ini ditutup pada 29 Mei 2022.”


“Dengan Guardian, setiap hari adalah masa yang sesuai untuk membeli keperluan kesihatan dan kecantikan untuk anda dan keluarga. Lebih-lebih lagi sekarang sebagai persediaan untuk sambutan perayaan yang selamat, lakukan ujian berkala dengan kit ujian Covid-19 kami yang kini ditawarkan pada harga yang berpatutan!



“Sebagai peruncit Nombor Satu Malaysia*, kami sentiasa mengkaji dan membawa masuk produk terbaik dengan teknologi terkini yang memberikan manfaat kepenggunaan dan pengalaman yang lebih baik dan lebih hebat serta nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami. Kami sedar akan reputasi dan legasi kami sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai di Malaysia,” jelas Angela.

Untuk pengguna Aplikasi Guardian, pastikan anda juga tidak terlepas tawaran App-Clusive setiap hari Selasa.

VIDEO MUZIK KEMBALIKAN KEMERIAHAN BERSAMA GUARDIAN

Dalam pada itu, Guardian Malaysia juga telah melancarkan video muzik pertamanya yang membangkitkan kerinduan untuk pulang berhari raya ke kampung halaman selepas dua tahun sekatan perjalanan dibuat akibat pandemik COVID-19.  

Bertajuk ‘Kembalikan Kemeriahan bersama Guardian’, ia telah dihasilkan untuk Guardian oleh agensi digital Lion & Lion Malaysia. Rakaman dibuat berlatarbelakangkan sawah padi dan suasana desa yang nostalgia, video yang menyentuh hati itu menampilkan selebriti tanah air Noorkumalasari, Wani Kayrie and Sofea Shaheera. 

Jelas Angela, “Kami merasakan bahawa kisah empat beradik yang merancang untuk mengejutkan ibu mereka, yang akhirnya memakan diri mereka sendiri, dalam cara yang ceria, menggarap intipati apa yang dirasai oleh rakyat Malaysia di Hari Raya. Tidak kira sejauh mana dan betapa berliku jalan untuk pulang ke kampung, yang penting dapat beraya bersama orang tersayang.” 

*Seperti yang diundi oleh orang ramai sebagai pemenang anugerah Platinum untuk Peruncit Terbaik di Anugerah Jenama Putra 2021.

‘Kembalikan Kemeriahan bersama Guardian’ mengisahkan tentang perjalanan empat beradik yang pulang ke kampung halaman bersama-sama selepas sekian lama; menunggang Vespa berwarna-warni untuk mengejutkan ibu mereka di Hari Raya. Sepanjang perjalanan, mereka berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Video muzik ‘Kembalikan Kemeriahan bersama Guardian’ kini boleh ditonton di platform media sosial Guardian.

MENGENAI GUARDIAN MALAYSIA

Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 55 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 500 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

GUARDIAN | FACEBOOK | INSTAGRAM

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال