AINZ & TULPE PAVILION BUKIT JALIL

AINZ & TULPE PAVILION BUKIT JALIL | Assalammualaikum semua! Semalam 19 Mei 2022 Ruby berkesempatan ke perasmian kedai kecantikan dari Jepun. Ia adalah cawangan pertama di rantau Asia selepas kedai kecantikan ini dibuka di negara asal mereka. 

Pada kebiasaannya, Malaysia jarang memdapat lokasi pertama untuk jenama antarabangsa membuka cawangan kan? Well! Selamat datang AINZ & TULPE! AINZ & TULPE ni sebutan adalah A-INZ TULP. E dibangian belakang korang simpan. Mudahkan?

AINZ & TULPE PAVILION BUKIT JALIL


(A&T) ialah kedai kecantikan dan gaya hidup Jepun yang menempatkan 250 jenama yang mengkhusus terutamanya dalam penjagaan kulit, penjagaan kesihatan dan kosmetik. Kedai kecantikan berkeluasan 3,547 kaki persegi ini bakal memberi anda aura baru untuk membeli-belah produk penjagaan diri seisi keluarga.

AINZ & TULPE berbangga menempatkan kosmetik Jepun berkualiti, menyediakan jenama eksklusif dan berusaha untuk membawa pengguna dalam perjalanan penemuan diri dan kecantikan abadi. 

Miss Chiharu Matsunaga, Merchandising Planing Manager of Marubeni Malaysia.

Dengan lebih 4,000 produk untuk dipilih, A&T merangkumi semuanya, dengan produk yang sesuai dengan setiap jenis kulit dan kumpulan umur. 

KEDAI KECANTIKAN DARI JEPUN


A&T kini mempunyai 78 kedai runcit di Jepun dan pada 20 Mei 2022 telah membuka kedai yang pertama di Asia Tenggara di Pavilion Bukit Jalil, Malaysia. Bersama salah satu syarikat perdagangan terkemuka Jepun – Marubeni Corporation. AIN GROUP menubuhkan AMC Retail Malaysia Sdn Bhd untuk membuka kedai A&T pertamanya di Malaysia pada 2022.


A TIME TO DISCOVER


Tidak kira umur, jenis kulit atau warna kulit, terdapat produk A&T untuk anda temui. Tersesat dalam masa semasa anda menerokai lorong yang menempatkan sehingga 250 jenama terkenal. Di A&T Beauty Experience Store, anda akan memulakan perjalanan pengalaman dan A Time to Discover cara memanfaatkan kecantikan anda dari dalam.


3 PRODUK BESTSELLER DI AINZ & TULPE

3 produk laki keras di jual di AINZ & TULPE adalah dari rangkaian produk AYURA, DAZZHOP dan Lips & Hips. Jom check it out!

AYURA


Mengambil namanya daripada istilah Sanskrit "ayus" yang bermaksud "kehidupan", jenama Jepun AYURA membantu wanita mencapai keseimbangan kulit, badan dan minda dengan memperkayakan lima deria. Dengan logonya yang menyerupai Pokok Kehidupan, AYURA mempromosikan kepositifan dan keharmonian di antara manusia, alam semula jadi dan alam semesta dengan meningkatkan kesihatan dalaman dan kesejahteraan. 

Jenama yang merangkumi semua ini menawarkan pelbagai jenis produk termasuk solek, penjagaan badan, penjagaan rambut, penjagaan tangan, penjagaan kulit dan wangian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kulit dan gaya hidup seseorang. 

Jualan terlaris AYURA termasuk AYURA Rhythm Concentrate Water dan AYURA Clear Refiner.


DAZZSHOP


DAZZSHOP ialah jenama Jepun terkenal yang mengintegrasikan kanta sentuh dan alat solek. Ciri utama produk adalah tekstur tinggi dan keselesaan tinggi, yang akan menjadikan anda lebih cantik dan bersinar. Produk DAZZSHOP boleh mengekalkan solekan anda untuk masa yang lama, seolah-olah ia baru sahaja dipakai.Teksturnya licin dan tidak melekit, dan mempunyai tekstur yang menyegarkan menjadi pilihan ramai pengguna.

LIPS & HIPS


Jenama ini menawarkan wangian dalam bentuk Body Fragrance Sheet, Hair Fragrance, Light Fragrance, Touch Me Cream, Perfume Stick, Bath Powder dan macam-macam lagi. Di saat anda melalui kawasan pameran Lips & Hips, bau wangi seperti di taman bunga bakal menusuk jiwa. Bestnya kalau dapat travel dan bau angin di sekitar kawasan bunga, pantai dan bukit bukau. Nature love!

SESI MEKAP BERSAMA MUA UMI


Kali terakhir dapat lihat mekap demo adalah sekitar tahun 2018, Ruby tidak sangka di acara perasmian cawangan AINZ & TULPE dapat melihat sesi mekap bersama MUA Umi menggunakan produk DAZZSHOP.

Stail mekap pada masa kini lebih mudah diikuti jika dibandingkan ketika zaman dulu yang banyak langkah perlu dibuat. Ruby suka cara MUA Umi mengelola sesi mekap. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan tips mekap. Hanya menggunskan DAZZSHOP Sparkling Gem Eyeshadow, Multicolor Conscious, Mascara, Sheer Powder Blush dan Rouge Lipstick voila sudah siap! 

Jemput datang ke AINZ & TULPE! Pasti ada sesuatu untuk anda! 

AINZ & TULPE
Lot 2.89.00, Level 2, Pavilion Bukit Jalil, 2, Persiaran Jalil 8, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

9 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Menarik pula barangan DazzShop tu. Cantik gak eyeshadow pigment dia tu - lama dah tak main mekap nie hehe

    BalasPadam
  2. Bila tengok namanya Ainz dah terbayang produk Malaysia mungkin tapi tekaan meleset sebab dari Jepun rupanya. Dah pernah ke Pavi Bukit Jalil tapi masa tu A&T tak bukak lagi kot. Boleh la singgah ke sini kalau ke Pavi Bukit Jalil.

    BalasPadam
  3. menarik. perempuan dan makeup tidak dapat dipisahkan. huda kalau singgah kedai macam ni, 10 minit pun tak ckup, hehehee

    BalasPadam
  4. Menarik nya tengok mekap dia yamg dazzshop tu. Eye shadow ke tu? Nampak cantik warna dia. Boleh la pergi nanti

    BalasPadam
  5. Wah... Menarik nya! Teruja nak pi singgah tengok-tengok, belek-belek make up. Beli make up memang prefer nak tengok depan mata baru beli. Tertarik eye shadow dia ... Lawa!

    BalasPadam
  6. owh baru tahu ada kedai khas untuk produk kecantikan dari Jepun. tak pernah sampai lagi pavilion ni. nanti boleh singgah kedai ni

    BalasPadam
  7. I read so many reviews about this beauty shop, can't wait to check out when i go to there.

    BalasPadam
  8. Waaaah, cantik-cantik semuanya. Menyerlah sungguh

    BalasPadam
  9. so happy to know that we can now get our favourite japanese items conveniently at this beauty shop. cant wait to visit it!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال