BLOOM IN STYLE DI SURIA KLCC

BLOOM IN STYLE DI SURIA KLCC | Antisipasi "secret garden" yang menampilkan jenama fesyen dan kecantikan terkenal. Mulai sekarang hingga 19 Jun 2022, Suria KLCC dihiasi dengan keindahan bunga bunga gergasi melalui kempen fesyen dan kecantikan terbarunya.

Bunga-bunga gergasi yang dihiasi bakal mengalu-alukan para pembeli belah tatkala mengunjungi "Secret Garden" yang terletak di Ramlee Mall, Aras 1. Kawasan tersebut dipenuhi dengan bunga-bungaan dan pencahayaan berwarna-warni, sesuai untuk latar foto di Instagram.

BLOOM IN STYLE DI SURIA KLCC 


Tingkatkan pengalaman membeli-belah anda dan dapatkan inspirasi dengan paparan yang disusun oleh kedai kedai fesyen dan kecantikan. Pembeli boleh menemuinya di ruang acara utama serta di sekitar pusat membeli-belah.

BLOOM IN STYLE DI SURIA KLCC


Semasa kempen ini, para pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai Fesyen, Kecantikan, Sukan dan Salun Kecantikan di Suria KLCC akan diberi ganjaran baucar Suria KLCC yang bernilai RM50.

Kedai fesyen dan kecantikan terpilih seperti Kate Spade, Giorgio Armani Beauty, Salvatore Ferragamo, Yves Saint Laurent Beaute, Braun Buffel, PUMA juga akan menganjurkan pengaktifan dalam kedai dan tontonan produk eksklusif untuk mencipta pengalaman pembelian istimewa di Suria KLCC.

DERMA PAKAIAN TERSAYANG ANDA DAN TERIMA GANJARAN

Dengan kerjasama The Salvation Army, pembeli akan diberi ganjaran baucar extra dari kedai-kedai terpilih apabila mereka menderma lima helai pakaian dan ke atas sekali gus. Ini boleh dilakukan di Ramlee Mall, Tingkat 1.



“Dengan hiasan yang meriah serta ganjaran fesyen dan kecantikan yang menarik di Suria KLCC, ini adalah masa terbaik untuk para pengunjung membeli belah di kedai kedai fesyen kegemaran mereka. Kempen ini juga memberi peluang kepada pembeli untuk menyumbang kepada tujuan yang baik dengan menderma pakaian tersayang mereka,” jelas Andrew Brien, Pengarah Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.


Pakaian yang dikumpul akan didermakan kepada The Salvation Army dalam masa seminggu selepas kempen tamat. The Salvation Army ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah berkhidmat kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia. Organisasi ini mempunyai rangkaian perkhidmatan sosial yang komprehensif untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam komuniti.

Selain membantu masyarakat dalam dermaan pakaian, mereka menyediakan rumah kediaman untuk kanak-kanak dan orang tua, asrama, perkhidmatan sokongan keluarga, jagaan harian, pusat tuisyen, pusat bantuan pelarian dan perkhidmatan bantuan kecemasan semasa krisis.


MENGENAI SURIA KLCC SDN BHD

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli-belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال