DARI KIOSK KE BUTIK! SITI KHADIJAH AEON MALL SHAH ALAM TAMPIL LEBIH SEGAR, MODEN DAN MEWAH

DARI KIOSK KE BUTIK! SITI KHADIJAH AEON MALL SHAH ALAM TAMPIL LEBIH SEGAR, MODEN DAN MEWAH | Assalammualaikum semua! Tahniah Ruby ucapkan kepada pasukan Siti Khadijah (SK) di atas pembukaan semula cawangan Butik Siti Khadijah di AEON Mall Shah Alam selepas pandemik Covid-19. Selepas melalui fasa menakutkan bagi para usahawan, kini mereka bangkit kembali dengan lebih bersedia dan berani.

Butik Siti Khadijah kali ini sangat mudah di akses kerana berada di pusat membeli-belah pilihan warga Shah Alam dan sekitarnya. Lokasi di dalam AEON Mall Shah Alam juga statergik iaitu bersebelahan dengan eskalator sahaja! 

DARI KIOSK KE BUTIK! SITI KHADIJAH AEON MALL SHAH ALAM TAMPIL LEBIH SEGAR, MODEN DAN MEWAH


Siti Khadijah sememangnya tidak asing lagi sebagai pengeluar busana Muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia sejak tahun 2009 dengan mempunyai 39 butik di seluruh negara serta di Indonesia. 

Bagi terus memastikan pelanggan merasai pengalaman membeli belah yang selesa, butik Siti Khadijah kini tampil berwajah baru dengan ruang jualan yang lebih luas, selesa dan rekaan dalamannya yang berkonsepkan moden dan mewah. Rekaan dinding yang fluted panel wall di samping sentuhan warna neutral pastinya membangkitkan atmosfera tenang ketika membeli belah. 

BUTIK SITI KHADIJAH AEON MALL SHAH ALAM 


Butik Siti Khadijah di Pusat Membeli Belah AEON Shah Alam dipilih sebagai perintis kepada konsep rekaan dalaman terkini kerana saiz ruang jualan dan variasi produknya yang terhad sebelum ini. Butik baharu yang berkonsepkan lebih moden dan mewah diharapkan dapat memberi pengalaman yang luar biasa buat para pelanggan SK. 

Kombinasi warna korporat SK iaitu merah hati dengan pilihan warna emas dan rose gold menyerlahkan nilai SK yang meyakinkan.

PERASMIAN BUTIK SITI KHADIJAH AEON MALL SHAH ALAM 


Istimewanya juga, butik ini yang dibuka pada tahun 2017 merupakan butik pertama SK yang dibuka di pusat membeli belah AEON di Malaysia. 

Majlis pembukaan dan perasmian butik baharu berlangsung di Butik Siti Khadijah, Lot F-4G, AEON Mall Shah Alam oleh Encik Mohammad Munzir Aminuddin (Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd) dan Puan Munirah Azmi (Pengarah Bahagian Operasi, Pemasaran dan Sewaan, AEON Co (M) Bhd) pada jam 3 petang. 

"Sudah menjadi keutamaan SK untuk sentiasa berinovasi & memperbaiki mutu pengeluaran serta kenyamanan pelanggan dari masa ke semasa" kata Encik Mohammad Munzir Aminudin. 

SK juga akan mengembangkan perniagaan melalui pembukaan butik baharu lain yang lebih menarik dan segar bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan dan produk yang terbaik. SK sangat berbesar hati mengumumkan pembukaan dua buah butik baharu lagi di Kulim, Kedah pada 1 Julai 2022 dan di Ampang Point, Kuala Lumpur pada 15 Julai 2022. 

Di samping itu, Hegira, sebuah jenama hijab di bawah payung Kumpulan Siti Khadijah akan melancarkan butik pertamanya di Pusat Membeli Belah AEON Kota Bharu pada 1 Julai 2022. 

PROMOSI PEMBUKAAN BUTIK SITI KHADIJAH AEON MALL SHAH ALAM



Butik Siti Khadijah, 
Lot F-4G, 
AEON Mall Shah Alam.
Waktu Operasi: 10AM - 10PM 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال