HONG LEONG BANK TAWAR HADIAH PAKEJ UBAH SUAI RUMAH BERNILAI RM33,000

HONG LEONG BANK TAWAR HADIAH PAKEJ UBAH SUAI RUMAH BERNILAI RM33,000 | Assalammualaikum semua! Ruby tertarik untuk berkongsi peraduan yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank (HLB). Pada kebiasaannya jarang kita dengar tentang peraduan sebegini dari bank-bank. Mungkin menghadiahkan sebuah rumah adalah normal. Nampaknya HLB mengikut perkembangan semasa Rakyat Malaysia yang galak membeli rumah semasa kerajaan member tawarkan Home Ownership Campaign (HOC), Skim Rumah Pertamaku, RUMAWIP, Rumah Selangorku, PR1MA dan lain-lain. 

Ruby pun tidak melepaskan peluang membeli rumah ketika pandemik COVID-19 melanda dunia. Dari keadaan itu, Ruby mula membuat keputusan perlu ada rumah sendiri supaya kami sekeluarga boleh bersama walau apa jua keadaan melanda. 

HONG LEONG BANK TAWAR HADIAH PAKEJ UBAH SUAI RUMAH BERNILAI RM33,000


Masih Ruby ingat kisah kawan Ruby yang menyewa dan tuan rumah secara suka hati menaikkan kadar sewa. Sebagai penyewa, kita perlu akur demi keharmonian seisi keluarga. Waktu pandemik dulu mana boleh kemana-mana. Pindah pun tidak boleh. InsyaAllah rumah kami akan siap pada penghujung tahun 2023. 

Ruby dan suami sudah memikirkan tema rumah pertama kami yang lebih kepada minimalist, santai, perabot berasaskan rotan, tema warna coklat putih. Kemudian ada pokok hiasan warna hijau. Apa yang kami rasa akan menelan belanja besar adalah set pencahayaan seluruh rumah, penghawa dingin, kipas, kabinet dapur, wardrobe pakaian untuk tiga bilik, kabinet towel dan laundry. Maka, jom sertai peraduan Hong Leong Bank. Semoga Ruby salah seorang pemenang pakej ubah suai rumah. Amin! 

RM 33,000 PAKEJ UBAH SUAI RUMAH


Hong Leong Bank tawarkan peluang memenangi hadiah berupa pakej ubah suai rumah pereka bernilai RM33,000 kepada tiga pemenang bertuah serta diskaun dan pulangan tunai untuk beri wajah dan sentuhan baharu kepada rumah mereka 

Dengan beberapa perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan akibat pandemik dalam tempoh dua tahun lepas, mereka yang berhasrat untuk mengubah suai rumah terpaksa menangguhkan dahulu rancangan mereka. Kini, memandangkan SOP telah dilonggarkan dan kita hampir kembali kepada normal, ramai rakyat Malaysia sudah bersedia memulakan projek pengubahsuaian bagi menyambut kunjungan sanak-saudara dan rakan-rakan. 

Untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi hadiah berupa pakej ubah suai rumah dengan penuh bergaya, Hong Leong Bank (“HLB” atau “Bank”) dan Dresid, platform penambahbaikan rumah sehenti digital, telah bekerjasama untuk membolehkan pelanggan bank memberi wajah baharu kepada rumah mereka dengan tiga pakej pengubahsuaian rumah impian bernilai RM33,000 setiap satu.

“Dalam tempoh dua tahun lepas, rakyat Malaysia telah meluangkan banyak masa mereka di rumah dan ramai yang perlu menyediakan ruang di rumah mereka untuk stesen kerja memandangkan sebahagian besar daripada mereka terpaksa bekerja dari rumah. 

Oleh kerana kita kini beransur-ansur kembali ke pejabat, dan sudah boleh menerima pengunjung, ramai yang mahu mencantikkan lagi ruang di rumah. Sama ada mereka bentuk semula seluruh rumah, atau menambah perhiasan yang menceriakan ruang bilik, kami mahu pelanggan mengubah suai rumah mereka menjadi rumah impian dengan memberi peluang kepada mereka menyerlahkan kreativiti masing-masing tanpa membebankan mereka dari segi kewangan,” ujar Andrew Jong, Pengarah Urusan Bahagian Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB.


Menurut Kwek Kon Hao, Ketua Pasukan Dresid, salah satu daripada isu paling umum yang dihadapi dalam mana-mana projek pengubahsuaian rumah ialah perbelanjaan melebihi bajet kerana pemilik rumah lazimnya tiada perancangan jelas tentang apa yang mahu dilakukan dan mereka sering menambah projek sampingan yang mungkin nampak menarik tetapi menelan kos dan melengahkan kerja yang dilakukan.

“Terdapat beberapa cara mudah yang boleh membantu sesiapa sahaja berbelanja mengikut bajet tanpa menjejaskan kecantikan rumah impian. Para pemilik rumah boleh mula membayangkan saiz projek yang ingin dilaksanakan, sama ada penambahbaikan kecil atau kerja pengubahsuaian besar dan menyediakan bajet yang tepat dengan mendapatkan tiga atau empat sebut harga daripada pembekal berbeza. 

Jangan tersasar daripada pelan induk dengan menetapkan keutamaan dan juga masa untuk mencapai matlamat anda. Tindakan mendokumenkan rancangan dan idea anda juga akan memastikan anda sekeluarga fokus dan menepati rancangan, tetapi lebih penting, berbelanja mengikut bajet,” kata Kon Hao.

Kon Hao berkata menyediakan pelan pengubahsuaian terperinci menggunakan lembaran kerja dengan mencatatkan semua kos yang dijangkakan akan membantu pemilik rumah melihat sama ada rumah impian mereka boleh direka mengikut bajet. 

Antara sebab pemilik rumah gagal menepati bajet ialah kegagalan memasukkan harga benda kecil seperti kos pembersihan, perbelanjaan hidup semasa pengubahsuaian, masalah kawalan haiwan perosak, kerosakan besar kepada pendawaian atau paip dalam rumah yang lebih lama dan anggaran kurang tepat bagi kos bahan, buruh dan perabot.

CARA-CARA PENYERTAAN


Dari sekarang sehingga 8 Ogos 2022, pelanggan baharu dan sedia ada HLB berpeluang boleh merebut peluang memenangi pakej pengubahsuaian rumah oleh pereka bernilai RM33,000 daripada Dresid. 

Pelanggan hanya perlu melakukan transaksi untuk melayakkan diri seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah menerusi laman web HLB dan / atau HLB Connect untuk mendapatkan penyertaan dan terpilih sebagai satu daripada tiga pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah pengubahsuaian rumah yang indah. 

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menerima diskaun eksklusif sehingga 30% dan pulangan tunai tambahan sebanyak 7% di gedung runcit Guocera terpilih apabila berbelanja menggunakan kad HLB masing-masing.

TRANSAKSI LAYAK

  • Buka Akaun Semasa dan Simpanan/Akaun-i Semasa dan Simpanan (“CASA/CASA-i”)
  • CASA/CASA-i dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit.
  • Memohon Kad Kredit
  • Memohon Pinjaman/Pembiayaan-i Peribadi
  • Memohon Pindahan Baki
  • Memohon Tunai Segera
  • Memohon Pelan Pembayaran Fleksibel

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara anda boleh memenangi hadiah pengubahsuaian rumah pereka HLB, layari www.hlb.com.my/dreamhome

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال