STATISTIK PEMBELIAN DALAM TALIAN PEMINAT KERETA DAN MOTOSIKAL

STATISTIK PEMBELIAN DALAM TALIAN PEMINAT KERETA DAN MOTOSIKAL | Assalammualaikum semua! Kadang-kadang kita melihat dalam aplikasi Shopee terlalu banyak barangan yang kita perlu. Shopee seperti otak kita yang bijak berbelanja. Serba tahu apa yang sedang Ruby cari. Pasti aplikasi ini juga bijak seperti pemilik akaun. Hehehe. 


Di Shopee, semuanya tersedia. Sebagai pengguna, kita hanya perlu survey harga yang terbaik. Menyemak kos penghantaran dan berapa hari di ambil untuk jarak hari penghantaran. Sudah membuat pembayaran, anda hanya perlu bersedia untuk posmen telefon sahaja! Mudah kan? 

Barang keperluan untuk kereta dan motor yang Ruby pernah beli di dalam talian adalah wax untuk bersihkan kesan calar, tempat gantung plastik balik dari pasar, bekas menyimpan barang kereta, tempat kotak tisu, sidestep untuk kereta dan sarung tempat duduk motosikal. Banyak juga ye. Haha. 

STATISTIK PEMBELIAN DALAM TALIAN PEMINAT KERETA DAN MOTOSIKAL


Ramai yang sudah menyedari tentang perkembangan yang dilalui oleh landskap e-dagang tempatan sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh, bilangan perniagaan luar bandar dan komuniti Malaysia yang mengambil bahagian sebagai penjual Shopee Marketplace telah meningkat 7.5 kali ganda sejak bulan Januari 2020 hingga bulan Mac 2022.

Sementara itu, semakin ramai pembeli Malaysia membeli barangan di dalam talian untuk produk yang biasanya dibeli di kedai fizikal. Ini termasuk, antara lain, alat ganti dan aksesori kereta dan motosikal.

Jadi, apakah sebenarnya produk-produk yang banyak dibeli di dalam talian oleh peminat kereta dan motosikal?


Berikut merupakan antara barangan terlaris dari Januari 2022 hingga April 2022 di Auto Mall, sebuah pusat sehenti di Shopee untuk produk, pengetahuan, tawaran dan banyak lagi bertemakan automotif.

Produk Auto Mall : Pemegang kotak tisu kereta
Bilangan unit dijual dari Januari 2022 hingga April 2022 : Lebih 79,000

Produk Auto Mall : Minyak enjin kereta dan motosikal
Bilangan unit dijual dari Januari 2022 hingga April 2022 : Lebih 69,000

Produk Auto Mall : Bateri
Bilangan unit dijual dari Januari 2022 hingga April 2022 : Lebih 26,000

Produk Auto Mall : Tayar motosikal
Bilangan unit dijual dari Januari 2022 hingga April 2022 : Lebih 19,000

Produk Auto Mall : Motosikal
Bilangan unit dijual dari Januari 2022 hingga April 2022 : Lebih 900


Pemegang kotak tisu untuk kereta - Jualan direkodkan meningkat lebih 3 kali ganda pada bulan April 2022 berbanding semasa Auto Mall diperkenalkan pada bulan November 2021


Tumpahan air di tempat duduk atau sisa serbuk roti pada tikar kereta kadangkala boleh berlaku jika anda tidak terlalu berhati-hati. Maka tidak hairanlah jika kotak tisu adalah sesuatu yang biasanya terdapat di dalam kereta kita.

Untuk kemudahan, ramai pemandu telah membeli pemegang kotak tisu untuk kereta di Shopee. Pemegang ini menjadikan bahagian dalam kereta kelihatan lebih kemas dan teratur. Lebih 79,000 unit produk ini telah dijual di Auto Mall dari bulan Januari 2022 hingga April 2022.

Minyak enjin - Lebih 69,000 unit dijual di Auto Mall dari bulan Januari 2022 hingga April 2022


Antara bahagian penting dalam memastikan enjin berjalan pada prestasi lancar ialah minyak enjin berkualiti tinggi yang mempunyai kuasa pembersihan yang baik. Para penunggang dan pemandu kini beralih kepada Shopee untuk mendapatkan keperluan perlindungan enjin mereka, dengan pelbagai jenama dan jenis minyak enjin ditawarkan di platform tersebut.

Bateri - Lebih 26,000 unit bateri telah dijual di Auto Mall dari bulan Januari hingga April tahun ini


Ia merupakan sesuatu peristiwa yang agak mengecewakan apabila kita gagal menghidupkan kereta atau motosikal akibat kehabisan kuasa bateri ketika sedang bergegas ke tempat kerja. Justeru, para pengguna Shopee berusaha untuk tidak terperangkap dalam situasi ini dengan membeli bateri premium yang tahan lama di platform tersebut.

Tayar motosikal - Lebih 19,000 unit tayar motosikal dijual di Auto Mall dari bulan Januari hingga April tahun ini


Barang yang agak berat seperti tayar biasanya dibeli di kedai tayar fizikal. Bagaimanapun, peningkatan populariti e-dagang telah mengubah pilihan pengguna, menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk menikmati kemudahan membeli tayar motosikal secara dalam talian.

Maxxis dan Corsa merupakan contoh jenama-jenama popular, dengan wax silikon juga banyak dibeli oleh mereka yang berminat untuk memastikan tayar dan rim sentiasa berkilat di atas jalan.

Motosikal - Jualan yang direkodkan meningkat lebih dua kali ganda pada bulan April 2022 berbanding November 2021


Selain alat ganti dan aksesori, pembelian motosikal juga amat popular. Motosikal sememangnya berguna untuk melakukan perjalanan yang berdekatan dan melalui jalan-jalan bandar yang sempit. Lebih 900 unit motosikal telah dijual di Auto Mall dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2022.

Jenama motosikal popular di Shopee termasuk Yamaha, Modenas, Honda dan Vespa. Para pengguna mempunyai pilihan untuk membeli motosikal secara tunai atau dengan membayar yuran tempahan, kemudian membayar baki jumlah melalui pinjaman.

Di Auto Mall, selain produk-produk daripada jenama kereta dan motosikal yang dipercayai serta tawaran dan baucar eksklusif, pengguna Shopee turut boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti petua tentang penjagaan tayar, harga minyak terkini dan artikel blog mengenai topik automotif.

Mengulas tentang bagaimana Auto Mall telah memacu perniagaan mereka, BateriHub menyatakan, “Sebelum ini, kami lebih tertumpu kepada kedai luar talian sebelum penularan Covid-19. Apabila kami memulakan perniagaan di Shopee pada akhir tahun 2020, kami telah mencapai jualan bernilai lebih RM1 juta dalam tempoh setahun. 

Baru-baru ini, selepas menyertai Auto Mall, pendedahan kami bertambah baik. Bilangan pengunjung ke kedai dalam talian kami telah meningkat sebanyak 25 peratus dalam sebulan. Dengan Auto Mall, kami dapat menampilkan produk kami kepada kumpulan pembeli yang lebih khusus yang berkongsi minat yang sama dalam barangan automotif."

Guan Hoe Penang, yang mengendalikan Kedai Rasmi Yamaha di Shopee, dapat mempelbagaikan saluran perniagaan mereka melalui platform tersebut. 


“Pada tahun pertama, kami berjaya mencecah jualan melebihi RM500,000, dengan menjual motosikal, minyak motor, alat ganti dan peralatan menunggang. Sejak awal tahun 2022, kami menyertai Auto Mall yang telah membantu meningkatkan jualan bulanan kami sebanyak 30 peratus. 

Selain membantu kami mencapai trafik pengunjung yang lebih tinggi, Auto Mall turut membolehkan kami mempunyai sebuah laman khusus untuk mempamerkan tawaran terbaik kami,” katanya.

MENGENAI SHOPEE


Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. SHOPEE menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

2 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Memang ramai dah beli kat shopee je ni. Banyak pilihan dan mudah bayar. kan

    ردحذف
  2. Mudah sekarang, semua boleh beli online.. lagi plak dah ada shopeePay later kann.. beli dulu bayar kemudian, ringan sikit beban rakyat..

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال