7 TIPS MEMBELI KENDERAAN

7 TIPS MEMBELI KENDERAAN | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang pengalaman membeli kenderaan pertama. Sebelum membeli kenderaan ini, Ruby dan suami ada melakukan beberapa kajian terperinci. Sebab perkara-perkara melibatkan wang yang dalam jumlah banyak amat penting untuk kami ambil tahu. Kami ambil tahu dari segi banyak perkara seperti pinjaman bank, jenis kenderaan, jenama kenderaan dan manfaat lain. Hehehe.


7 TIPS MEMBELI KENDERAAN


Ruby sudah rumuskan sehingga 7 tips yang anda perlu tahu. Semoga ia bermanfaat untuk anda yang mencari kenderaan baharu atau kenderaan terpakai. Melalui pengalaman Ruby, kenderaan pertama Ruby guna selepas mendapat lesen adalah Proton Wira mak. Kemudian kenderaan terpakai Hyundai Atos 1.0 Hatchback keluaran 2004. Kereta itu dibeli oleh ibu mentua pada tahun 2007 pada harga RM 42,000 dan ia adalah kereta terpakai. Giliran Ruby dan suami menggunakan pada tahun 2011 dan pada ketika itu bayaran bulanan kepada pinjaman bank adalah RM 350.

Banyak berjasa kereta Hyundai Atos tu. Selain urusan kerja yang perlu berulang-alik dari pejabat dan lokasi acara. Kereta ini juga menjadi kenderaan utama untuk kami pulang ke kampung, ke hospital untuk bersalin anak pertama dan kedua. Banyak kenangan bersama kereta ini. Pernah juga kami bersidai di tepi jalan apabila kereta overheating. Pengalaman yang membuat perkahwinan kami lebih bermakna. Bak kata pepatah, susah senang bersama. 

Pada tahun 2019, kami mula memikirkan untuk membeli kenderaan baharu. Melalui pengalaman menaiki kenderaan, menjaga kenderaan dan servis kenderaan. Ruby boleh konklusikan apa kenderaan yang kami perlukan. Ia pastinya bersesuaian dengan gaya hidup Ruby, suami dan anak-anak. Malah ia juga wajib ada penjimatan minyak. Warna pilihan Ruby sentiasa warna putih. Suka sangat kereta warna putih. Walaupun ramai cakap bahawa kenderaan bewarna putih senang kotor dan tidak mudah untuk dijaga. 

Namun dari aspek keselamatan, warna putih lebih jelas pada waktu pemanduan siang atau malam. Ruby jenis yang suka membersih, jadi ia tiada masalah untuk Ruby mencuci dan bawa ke kedai cuci kereta. Suami, anak-anak pun gembira naik kereta bersih dan wangi. Setuju? Tapi, sebab stok kenderaan baharu ni selalu lambat pengeluaran sebab tinggi permintaan. Maka kami memilih warna lain. 

Jadi, kenderaan kami adalah Perodua Aruz 1.5 AV warna Granite Grey. Ivory White habis stok semasa tahun 2019 dan waktu menunggu sangat lama sebab senarai menunggu yang panjang. Boleh nampak di sini, ada kalanya kita tidak akan dapat seperti yang kita rancang. 

Membeli kenderaan baharu ada banyak aspek dan pastinya berbeza untuk setiap orang. Jadi, pastikan anda semak tips yang Ruby kongsikan ini okay? 

Jom kita teruskan dengan 7 Tips Membeli Kenderaan:

  1. Kehendak atau keperluan?
  2. Kenderaan jenis apa sesuai dengan gaya hidup anda sekarang.
  3. Cari galeri pameran kereta yang berdekatan rumah untuk cuba pandu uji.
  4. Semak pinjaman kenderaan setiap bank dan cek kemampuan anda juga. Rancang bajet.
  5. Insurans dan Roadtax tahunan.
  6. Bersiap sedia dengan kos minyak, tol, kadar parking dan mencuci kenderaan.
  7. Tepati jadual servis kenderaan.


KEHENDAK ATAU KEPERLUAN


Ruby masih ingat semasa mendapat lesen kenderaan pada usia 17 tahun selepas tamat peperiksaan SPM. Dalam fikiran, lepas lulus ujian memandu. Mesti kena ada kereta. Mesti mak ayah beli kereta baru. Namun, semua itu tidak berlaku. Ruby menggunakan kereta mak secara bergilir-gilir. Ada waktu kami akan cek jadual. Siapa akan guna kereta. Supaya Ruby tidak ganggu urusan mak dan Mak pun tidak kelam-kabut menunggu giliran. 

Kehendak ketika itu nak sangat kereta sebab untuk memudahkan Ruby ke kampus, bersiar-siar dengan kawan dan lakukan urusan harian. Nampak seperti masih belum sesuai memiliki kenderaan kan? Tahun demi tahun, setelah mula zaman bekerja jauh. Baru Ruby tergerak hati nak lihat harga kenderaan. Alamak telan air liur melihat harga. Kira dengan gaji bulanan dan pinjaman. Boleh muflis kalau ada tunggakan lama. Bahaya!

Ruby sentiasa semak kemampuan Ruby di laman pengiraan pinjaman kenderaan. Di sana tertera berapa jumlah perlu dibayar termasuk dengan Annual Percentage Rate. Tiap bank menawarkan berlainan rate. Jadi, laman web tu kirakan siap-siap. Sama ada ia kehendak atau keperluan, anda boleh fikir sendiri agar tidak terbeban dengan hutang.

KENDERAAN JENIS APA SESUAI DENGAN GAYA HIDUP ANDA SEKARANG


Peralihan zaman belajar, bekerja, berkeluarga dan berniaga membuatkan Ruby banyak berfikir. Apakah kenderaan yang sesuai untuk aku? Dari sekarang sampai masa akan datang. Kalau besar, bukan sekadar besar. Mesti sesuai untuk kami sekeluarga. Kegunaan untuk pulang ke kampung, bercuti, menghantar anak ke sekolah, membeli barang dapur, membeli kabinet dan sebagainya. Niat di hati tidak mahu menyusahkan sesiapa selepas ini. Sebab semasa kenderaan lama kami dulu tu, kami banyak juga minta bantuan kenalan untuk sewakan kereta mereka. 


Pengalaman perkahwinan kami memang pahit getir sikit. Pinjam kereta adik ipar pun ada. Sewa kereta kawan ada. Dari pengalaman itu, kami juga dapat membuat keputusan kereta jenis apa yang sesuai untuk keluarga kami. Akhirnya kami memilih kenderaan jenis Sport Utility Vehicle (SUV) iaitu Perodua Aruz 7-seater SUV. Walaupun 7 tempat duduk, kami hanya menggunakan tempat duduk barisan pertama dan kedua. Kemudian tempat duduk terakhir kami lipat untuk jadikan ruang bag luggage, barang dapur dan barang perniagaan.

Jadi, apakah kenderaan pilihan anda?

CARI GALERI PAMERAN KERETA YANG BERDEKATAN RUMAH UNTUK CUBA PANDU UJI


Sebelum membeli kenderaan, sama ada kenderaan baru atau terpakai. Wajib untuk anda pandu uji. Sebab melalui pandu uji, anda boleh rasa kesesuaian kenderaam tersebut. Malah ciri-ciri yang anda inginkan pun akan anda ketahui. Seperti Ruby yang sering melakukan ulasan kereta Eropah Volkswagen. 

7 tips membeli kenderaan
Hari pertama kami bersama Perodua Aruz. Selamat berkenalan dengan keluarga kami. 

Ruby dan suami menginginkan sedikit fungsi-fungsi kereta Eropah ada di kereta baru kami. Alhamdulillah Perodua Aruz ada apa yang kami nak. Push Start/Stop Button, Smart Entry with Smart Key, Built in Toll Reader untuk Touch n' Go SmartTag, Central Lock Button pintu kereta, Integrated Driving Video Recorder (DVR), Multimedia System with Navigation and ‘Smart Link’ dan ruang kabin yang senyap. 

Cuma satu fungsi hand brake button je tiada untuk Perodua. Masih tarik hand brake macam biasa. Tapi tidak mengapa. Fungsi yang kami nak majoriti sudah tersedia. Yayy! 

SEMAK PINJAMAN KENDERAAN SETIAP BANK DAN CEK KEMAMPUAN ANDA UNTUK RANCANG BAJET


Semasa kami buat tempahan kereta RM 500, jurujual Perodua akan bantu cek bank yang mengenakan faedah paling berbaloi. Dalam banyak-banyak bank, kami dapat AmBank, Public Bank dan CIMB. Jadi pilihan di tangan anda nak pilih bank yang mana satu. Apa yang penting, senang berurusan.

Berikut pengiraan pinjaman kami. Lama web ini boleh digunakan untuk semua pengiraan pinjaman kenderaan. Cubalah.


Kemudian, tempoh 9 tahun bayaran juga ada disediakan jadual seperti ini. Jadi kita boleh jejak pembayaran bulanan dan tahunan. 


Ya benar, setiap bulan bayaran pinjaman kenderaan kami RM 922. Sekarang bulan Julai 2022. Lagi 1 bulan genap usia 3 tahun Perodua Aruz bersama kami. Alhamdulillah. 

INSURANS DAN ROADTAX TAHUNAN


Perkara yang menyeramkan kami adalah insurans dan roadtax tahunan. Semasa pandemik COVID-19 menimpa kita semua. Ruby dan suami betul-betul rasa terduduk sebab duit simpanan dan semua dana telah kami keluarkan untuk bayar loan dan roadtax. Kami tidak mohon Moratorium. Sebab kami tahu ia cuma penangguhan bayaran dan menambah lagi masa hutang. Kami sedaya upaya kumpul duit, siapkan bajet. Disiplin kaw kaw. 


Roadtax dan Insurans kami perlu sediakan setiap tahun bernilai RM 1694. Jumlah ini tidak sama setiap tahun, bergantung kepada No Claim Discount (NCD). NCD bermaksud anda adalah pemandu baik yang tidak menuntut insurans. Tuntutan insurans boleh berlaku disebabkan kemalangan berpunca dari anda atau kenderaan lain. 

BERSIAP SEDIA DENGAN KOS MINYAK KERETA, TOL, KADAR PARKING DAN MENCUCI KENDERAAN


Seronok memiliki kenderaan sendiri, baru pula tu. Namun, dalam keselesaan kita nikmati. Pastikan anda menyediakan dana untuk isi minyak kereta RON 95. Perodua Aruz memerlukan RM 80 untuk isian penuh. Boleh bertahan lebih kurang dua minggu untuk pemanduan dalam bandar. Hantar anak ke sekolah, hantar suami ke LRT, ambil anak dan suami suami pulang. Beli barang dapur di AEON dan HERO Market. Malah Ruby memandu pergi kerja di sekitar Kuala Lumpur. Jimat minyak kan? Jika pulang ke kampung Kuantan, Pahang atau Tanjung Tualan, Perak. Itu dah kos lain. 

Kemudian untuk kos Tol, memang tidak boleh dinafikan keluar je rumah dah ada tol. Jadi, kita mesti sediakan wang di dalam e-wallet untuk perjalanan lancar. Ruby menggunakan RFID dan setiap bulan top up RM 200. Jika nak pulang ke kampung, ada juga baki sipi sipi boleh guna untuk balik kampung. Konsisten isi e-wallet. Berlebih takpe. Jangan kurang, nanti korang mengakibatkan plaza tol jem melekat.

Kadar Parking pula lagi mendebarkan. Tambahan pusat membeli belah yang kita tidak biasa. Jika di AEON fees is 1 Ringgit tu okay lagi. Kalau ke Pavilion KL? Suria KLCC? Korang kena ambil tahu kadar parking di setiap mall. Jika lepas jam 6 petang murah, korang masuk lepas jam 6. Jika musim cuti sekolah parking mahal, korang kena tahu maksimum cas rm berapa? Kalau rm 30 maximum kadar parking. Korang manfaatkan aktiviti di lokasi tersebut. Makan, tengok movie ke, shopping, jalan-jalan, bergambar dan lain-lain. Agar berbaloi. Hehehe. 


Mencuci kenderaan ni subjektif juga, cuma untuk Ruby yang sakit mata tengok habuk, pasir dan kesan air hujan di cermin. Memang Ruby ada rutin mencuci kenderaan tiap 2 minggu sekali. Ia bergantung kepada cuaca dan kemana kita pergi. Jika pulang dari kampung memang kena cuci kenderaan sebab kadang anak-anak makan dalam kerera tertumpah, keropok jatuh dan tisu ada je terselit-selit. Kos cuci kereta Perodua Aruz RM 30 sebab Ruby akan buat cucian water wax dan vakum sekali.

TEPATI JADUAL SERVIS KENDERAAN


Bagi anda yang membeli kenderaan baru, sila patuhi jadual servis kenderaan yang telah disediakan mengikut mileage. Setiap mileage ada tempoh untuk servis. Mungkin anda menggunakan kenderaan untuk pemanduan jauh. Maka, jarak penggunaan dan tarikh servis tidak akan sama. Ruby sering melihat mileage dan apabila ia sampai ke nombor yang perlu servis seterusnya, Ruby akan tempah janji temu. 

7 tips membeli kenderaan
Ada kala kami cek bateri kendereaan. Boleh bersiap sedia jika perlu tukar.

Pada kebiasaannya Ruby akan pilih waktu pagi untuk servis. Mudah je, gunakan aplikasi sahaja untuk tempah janji temu. Setiap servis ada bayaran untuk alat yang ditukar, minyak yang di tambah dan sebagainya. Ini pun perlu anda sediakan wang. Kebiasaannya kami suami isteri sediakan RM 1,000 untuk dana servis. Supaya tidak terkejut beruk dekat Pusat Servis Perodua Hulu Kelang. Hahaha.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan stress-stress, fikirkan yang manis-manis. Hehehe. 

4 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Yes, ini semua bagus untuk tips beli kenderaan. kalkulator tu pun amat berguna. Thanks Ruby!

    BalasPadam
  2. kehendak atau keperluan.. persoalan ni paling penting.. satu lagi kena ikut kemampuan

    BalasPadam
  3. Bagus sharing macam ni! kena kira betul betul kemampuan kita dan sediakan budget untuk servis kereta sebab memang komitmen kena bayar ansuran setiap bulan

    BalasPadam
  4. saya sekarang mengidam untuk dapat kereta percuma....bunyi macam tak logik tapi pasti ada

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال