CYBER ECO HUNT 2022 KUANTAN PAHANG | Assalammualaikum semua! Pada 17 Jun 2022 yang lalu iaitu hari Jumaat bulan lepas Ruby telah menyertai pertandingan Cyber Eco Hunt. Sepatutnya artikel ni terbit dalam beberapa hari. Tapi aplikasi blogger auto ghaib semasa Ruby sedang mengarang. Stress betul masa tu.
Bayangkan dah berapa kali Ruby menulis cerita ni. Hari ni Ruby berazam nak terus siar artikel ni. Sebab Ruby sangat seronok join Cyber Eco Hunt. Ini pengalaman yang wajib di jadikan sebuah blogpost dan kenangan! Hehehe.
CYBER ECO HUNT 2022 KUANTAN PAHANG
Ia adalah siri ke tiga bagi tahun 2022. Siri pertama Ruby tidak sertai, manakala siri ke dua pada tahun 2019 adalah permulaan Ruby menyertai pertandingan ini.
Tahun ini, Cyber Eco Hunt 2022 diadakan di Kuantan, Pahang. Tahukah anda, Alam Flora Sdn Bhd mengurus kebersihan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Pahang? Ya. Mereka yang memastikan alam sekitar di tiga kawasan ini terjaga dan sentiasa bersih.
Tahun 2022 genap usia 26 tahun Alam Flora Sdn Bhd. Semoga kita semua sebagai manusia juga mengamalkan kebersihan dan panda mengasingkan sampah. Sampah kita ada nilai apabila kita asingkan dan kitar semula di Buy Back Centre (BBC) . Lokasi BBC paling Ruby suka adalah di Jalan Bunus, Kuala Lumpur.
Barang yang Ruby selalu hantar secara bulanan di BBC adalah minyak masak terpakai, botol-botol plastik sabun pakaian, buku-buku latihan sekolah dan kertas press release dari acara media. Nasib baik Alam Flora tak buat BBC pakaian lama. Boleh Ruby hantar sekali. Hahahahaha.
Siri ke tiga Cyber Eco Hunt 2022 ini sudah beberapa kali di tunda sebab keadaan semasa pandemik COVID-19 di Malaysia. Pasti banyak tarikh telah diusulkan, namun mereka memikirkan keselematan semua peserta dan pasukan yang terlibat. Ruby sentiasa dalam keadaan bersedia dan happy sangat apabila program ini diteruskan pada satu tarikh yang sesuai iaitu 17 Jun 2022.
Kami bertolak ke Kuantan pada 16 Jun 2022 pada jam 6 petang. Ruby bergegas ke stesen LRT Gombak selepas acara Samsung di Shoppes@Four Seasons Place. Hari Khamis sememangnya hari yang sibuk bagi pengamal media. Tapi, jangan bimbang. Ruby dah biasa dengan keadaan ini. Perlu disiplin mengurus jadual dan masa.
Cyber Eco Hunt adalah salah satu pertandingan yang Ruby masuk dalam list. Banyak juga pertandingan pencarian harta karun Ruby sertai. Bergelar juara belum lagi. Cuma tempat ketiga, kedua tu ada. Walaupun konsep lebih kurang dan Ruby mahir menggunakan media sosial. Pertandingan begini banyak kriteria ditetapkan untuk mengangkat seseorang sebagai pemenang atau Juara Bertahan.
Apa yang penting kita perlu enjoy! Percaya pada Allah untuk rezeki yang ada. Ruby dah berusaha dan buat lengkap semua tugasan. Cyber Eco Hunt tiada peraturan aneh-aneh. Hanya muat naik Instagram Stories video dengan kriteria video kreatif, kapsyen menarik dan masukkan hashtag wajib sahaja. Tiada had masa ditetapkan selepas task terus muat naik. Malah di beri masa sehingga 2 petang.
Ruby sememangnya ambil serius apabila memasuki pertandingan pencarian harta karun. Kerana sudah tahu bahawa penjagaan masa amat penting. Namun, ku tidak menang besar. Hahahaha. Paling lawak, suami Ruby cakap "Senang macam tu pun tak menang?". Kawan lain pun cakap "Apa ni tak menang weii ko ratu media sosial kan, Blogger tersohor pula tu!". Ruby gelak je la. Hahaha.
"Weii siapa tidak mahu menang, RM 500, RM 300, RM 200 tu boleh bawa dua orang anak aku pergi beli barang sekolah dia tau. Aku pun boleh guna duit untuk beli barang dapur. Hahaha. Walau apa pun aku enjoy la join Cyber Eco Hunt." Bisik hati ku...
17 JUN GLOBAL GARBAGE MAN DAY / WASTE & RECYCLING WORKERS WEEK
Korang tahu tak 17 Jun setiap tahun adalah hari istimewa buat pekerja pembersihan di seluruh dunia? Ia dimulakan pada 2011 oleh John Arwood. Arwood ialah ahli perniagaan Amerika dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat JDA, yang pakar dalam pelupusan dan perobohan sampah.
Semasa zaman kanak-kanaknya, Arwood adalah seorang pengitar semula yang gemar mengumpul botol dan bahan buangan am bersama bapanya untuk mengurangkan beban sisa terhadap alam sekitar. Pada tahun 1997, Arwood mengiktiraf potensi internet untuk dunia perniagaan, dan dengan itu, beliau melancarkan laman web syarikatnya.
Perlahan-lahan dan berterusan, perniagaannya berkembang di seluruh negara. Tetapi, Arwood tidak lama kemudian menyedari bahawa kakitangan pelupusan sampahnya kurang dihargai oleh masyarakat pada umumnya.
Oleh itu, beliau memulakan GLOBAL GARBAGE MAN DAY pada tahun 2011, dan sejak itu, orang ramai telah mencurahkan penghargaan dan pengiktirafan kepada komuniti pelupusan sampah. GLOBAL GARBAGE MAN DAY meraikan semua pekerja pemungut sampah tanpa mengira jantina.
Signifikasi dari tarikh itu, Cyber Eco Hunt 2022 diadakan dan menerusi itu. Baru Ruby tahu ada hari istimewa untuk pekerja pembersihan.
TELUK CEMPEDAK
Seawal jam 6.45 pagi kami perlu berkumpul di lobi hotel. Ruby pula terjaga dari tidur semasa azan Subuh. Bergegas mandi, siap semua dan solat Subuh. Berlari turn tangga dari tingkat 3 turun ke lobi. Hahaha. jam 6.50 pagi jugalah sampai kat bas. Alamak lambat! Naik bas, eh tempat duduk malam tadi dah ada peserta lain duduk. Maybe dia join pagi ni. Semalam tak nampak pun. Memandu sendiri ke Kuantan barangkali.
Okay takpelah tukar tempat duduk. Sebab pasukan disebalik tabir Cyber Eco Hunt yang datang sekali semalam dari Kuala Lumpur dah bertolak awal pagi ke Teluk Cempedak kot? Jadi, ada tempat duduk lain kosong. So, duduk lah. Ruby ni bukan jenis suka ganggu orang. So kalau boleh tempat duduk asal je Ruby akan duduk. Walaupun tidak bernama. Tapi jiran tempat duduk ada. Memudahkan pengiraan berapa orang dan jiran sebelah pun tahu. #KitaJagaKita.
Kami dapat sarapan pagi di Mekdi Teluk Cempedak! Best ye sarapan pagi di tepi pantai. Sangat nyaman! Mak mentua Ruby menetap di Kuantan dan setiap kali kami pulang ke kampung. Jarang sangat dapat ke Teluk Cempedak. Sebab tahu trafik sesak ke kawasan ini dan ramai sangat pengunjung. Ruby tidak sangka waktu pagi begini tiada ramai pengunjung. Nanti boleh lah plan ke Teluk Cempedak bila kami balik kampung.
Pantai di Teluk Cempedak sangat bersih untuk kami bergambar outdoor wedding. Hahaha. Korang nak tengok ke gambar di tepi batu ni? Hahaha.
Adoii menggamit memori sungguh. Kalau pantai tak bersih, suami ku mungkin tidak akan baring photoshoot kat tepi pantai macam ni kan.
FLAG OFF
Sebelum memulakan pertandingan, flag off dilaksanakan oleh Dato' Haji Mohd Zain Bin Haji Hassa; CEO Alam Flora Sdn Bhd dan Pahang.
Di Teluk Cempedak, kami ada aktiviti menggali harta karun di tepi pantai. Di dalam harta karun terdapat barang yang boleh di kitar semula. Pasukan Ruby terdiri dari Fahmi, Adam dan Kak Lily. Walaupun berpasukan, pengiraan markah adalah mengikut tugasan individu. Tugasan individu bermaksud penyerahan jawapan tugasan melalui Instagram mengikut jarak masa yang ditetapkan.
TUGASAN 1: PENCARIAN HARTA KARUN
Mulakan hari anda dengan pencarian barang-barang kitar semula. Namun, barang-barang ini tertanam di dalam pasir di pantai Teluk Cempedak. Anda harus menggunakan pengorek yang dibuat daripada bekas susu terpakai bagi pencarian ini.
TUGASAN 2: TATACARA PENGURUSAN SISA KEBUN
Wakil Alam Flora akan menunjukkan tatacara pengurusan sisa kebun yang betul dan anda pula harus mengajar orang ramai melalui media sosial.
Sila pastikan tatacara yang disarankan seperti berikut:
- Potong dalam saiz yang pendek dan potong bahagian yang tajam dahulu.
- Masukkan ke dalam beg plastik atau guni dan diikat rapi.
- Letakkan bersebelahan tong yang disediakan bersama sisa pukal dan kitar semula yang lain.
Ruby belajar tentang mengasingkan sisa kebun dan barang-barang rumah yang kita tidak mahu gunakan. Lori Alam Flora yang jenis terbuka atau kita panggil Tong Roro tu setiap minggu berada di kawasan perumahan untuk mengutip sampah jenis dari sisa kebun dan perabot lama.
Namun, penduduk di kawasan perumahan perlu ambil tahu bila lori akan tiba. Perkara ini boleh dibincangkan bersama pihak kawasan perumahan dan Alam Flora untuk anda memilih hari yang sesuai. Mudah kan?
TUGASAN 3 : BEACH COMBER
"Beach Comber" adalah sejenis jentera sokongan yang digunakan untuk aktiviti pembersihan pantai. lanya digunakan oleh Alam Flora di persisiran Pantai Teluk Cempedak. Anda harus. menyebarkan keberkesanan jentera ini yang memainkan peranan penting dalam memastikan pantai ini kekal bersih dan memberi manfaat kepada masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.
Dari kiri Encik Mohd Afif bin Ahmad Fauzi; Supervisor Operation Alam Flora Sdn Bhd dan Encik Nor Ibrahim bin Zainuddin; Supervisor Operation Alam Flora Sdn Bhd. |
Dapat mengenali jentera yang menjaga kebersihan pesisir pantai di Teluk Cempedak. Mengagumkan sebab jentera bergerak sambil mengutip sampah, mengasingkan sampah dan pasir, kemudian sampah di letak dalam bahagian belakang dan akhir sekali ia meratakan pasir di pantai. Terus indah permandangan. Hehehe.
TUGASAN 4: PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA
Ambil harta karun yang digali di Pantai Teluk Cempedak, asingkan mengikut kategori kertas, plastik dan lain-lain ke dalam kotak yang disediakan. Bawa barangan Kitar semula ini kepada wakil Alam Flora untuk mereka timbang dan bayar mengikut harga jualan semasa yang telah ditetapkan.
Setelah selesai di Teluk Cempedak, kami dibawa ke Buy Back Centre (BBC) Taman Gelora. Di sini sama seperti BBC Jalan Bunus Kuala Lumpur yang selalu Ruby datang setiap bulan untuk kitar semula barang-barang yang tidak diperlukan di rumah. Di Kuala Lumpur, Ruby selalu kitar semula minyak terpakai, barang elektronik, kertas, buku sekolah dan botol-botol plastik.
Di BBC Taman Gelora, penduduk boleh kitar semula kertas, plastik dan lain-lain. Cuma yang boleh mendapat wang adalah plastik dan kertas.
Encik Saadan bin Hamzah; Executive Operation Alam Flora Sdn Bhd |
Cik Sarah, Martial Cyber Eco Hunt. |
TUGASAN 5: PROGRAM KOMUNITI BERSAMA 1S1T
Program 1 Supervisor 1 Transformation Area (1S1T) adalah inisiatif penyelia-penyelia Alam Flora untuk menambah baik kawasan perkhidmatan mereka, melangkaui bidang skop kerja hakiki mereka dan memberi manfaat kepada komuniti sekitar.
Anda diminta membuat sentuhan terakhir dengan mengecat tayar-tayar terpakai yang telah diolah menjadi kuda dan angsa serta membantu Alam Flora menguar-uarkan usaha yang telah dibuat bagi mewujudkan komuniti dan persekitaran yang sejahtera.
Taklimat 1S1T oleh Encik Fakaruddin Abdul Rashid; Senior Executive, Operation Alam Flora Sdn Bhd |
Kumpulan kami terdiri daripada mereka yang sangat kreatif. Hahaha. Tengok lah comel kan Swan kami.
Dari kiri Fahmi Esmail, Lilyriani, Ruby dan Adam Faizal. |
TUGASAN 6: MAKAN PAGI DENGAN MANGKUK TINGKAT
Demi kesejahteraan alam sekitar, kita semua harus membiasakan diri untuk tidak menggunakan 'single-use plastic'. Mangkuk tingkat ataupun 'tiffin' adalah pilihan yang lebih mesra alam kerana ianya boleh digunakan berulang kali. Selain itu, pembaziran makanan juga adalah satu lagi tabiat yang harus dikikis.
Pastikan anda menghabiskan makanan anda kerana sisa makanan yang dibuang ke tapak pelupusan sampah akan menghasilkan gas methane yang menyumbang kepada pemanasan global.
Semasa aktiviti ini, Ruby paling teruja berlari mendapatkan mangkuk tingkat. Selepas dapat mangkuk tingkat, kami sediakan sarapan pagi terus. Nasi lemak! Sedap sangat! Ada Ayam goreng dan papadom. Lepas air oren. Pergghhhhh nyaman!
TUGASAN 7: JOM RAWAT BUMI
Selamat datang ke 'Buy Back Centre', Bandar Kuantan, salah satu lokasi fasiliti belian barangan kitar semula oleh Alam Flora. Tugasan anda di sini ialah penanaman pokok herba tempatan yang akan memberi manfaat kepada komuniti sekitar dan mengurangkan pemanasan global. Jom Rawat Bumi! di rumah dan di kawasan bandar.
Tugasan kali ini perlu bahagi kepada 2 kumpulan yang asalnya 1 kumpulan ada 4 orang. Jadi Ruby dan Kak Lily. Manakala Fahmi dan Adam. Tugasan ini mudah sahaja. Kami perlu tanam pokok. Tanam pokok dari mula. Pokok yang kami dapat adalah Pokok Kari. Jadi, Ruby terus cangkul tanah sedalamnya. Kemudian Kak Lily masukkan anak pokok kari. Baja dan Siram Air. Siap!
KRITERIA PENILAIAN MARKAH
Selesaikan 7 tugasan di lokasi, muat naik Insta Story bersama video dan kapsyen kreatif. Wajib muat naik Insta Story sebelum tugasan berikutnya.
1. Isi / penerangan 5 markah
2. Kreativiti 5 markah
3. Kerja Kumpulan 5 markah
Markah keseluruhan adalah 105
TERIMA KASIH CYBER ECO HUNT 2022
Pengalaman yang sangat bermakna dan Ruby enjoy menyertainya. Semog berjumpa lagi pada masa akan datang.
SOCIAL MEDIA CONTEST ALAM FLORA - GARDEN WASTE
Sepanjang bulan Jun 2022 yang lalu terlah berlangsuk TikTok Vlog Contest. All the best buat semua peserta yang join!
MENGENAI ALAM FLORA
Sebagai penyedia perkhidmatan alam sekitar yang kompetitif dan premium termasuk pengurusan sisa bersepadu, kitar semula, teknologi perkhidmatan dan pembersihan infrastruktur, Alam Flora komited dalam membantu mengurangkan sisa pepejal di hantar ke tapak pelupusan dan mewujudkan kesedaran jenama.
Menyedari perkara ini, Alam Flora telah memulakan program “Saya Sayang Bumi” untuk memainkan peranan aktif ke arah melindungi dan memelihara alam sekitar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu atau SDG. Mari kita menyokong inisiatif global ini dengan menjadi penyumbang aktif ke arah kejayaannya.
OBJEKTIF PROGRAM
Untuk menunjukkan komitmen Kumpulan Alam Flora dan sokongan berterusannya ke arah mencapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan 404 sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan, menjelang 2025.
- Mempromosikan kempen Alam Flora (Love Food Hate Wastage), perkhidmatan & kemudahan.
- Manfaatkan daripada rangkaian sosial KOL, Influencer & blogger untuk menyampaikan mesej dan mendapat kesedaran yang betul.
- Untuk mendidik orang ramai tentang pengurusan sisa kebun dengan cara yang betul.
Tags
Kesihatan
Wah seronoknya join cyber eco hunt ni dapat belajar cara2 bersihkan alam sekitar :)
BalasPadamSesekali join aktiviti ni, best juga. Lama tak ke Kuantan. Nice nampaknya
BalasPadamKat Johor ni belum pernah lagi buat aktiviti gini, kalau ada nak juga join, best juga kannnn flora hunt gini..
BalasPadam