MOVIE REVIEW: FILEM MUSYRIK API NERAKA MENANTIMU, ASHRAF MUSLIM DAN AERIL ZAFRIL TEGAS MENYAMPAIKAM MESEJ KEISLAMAN DALAM KARYA FILEM
Penerbit filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!, S Baldev berkata, filem ini mempunyai kekuatan daripada segi mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. “Filem Musyrik memiliki mesej untuk membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan seseorang daripada memilih jalan salah kerana api neraka akan menanti. Malah, pasukan produksi kami juga membuat kajian mendalam termasuk bertemu ustaz demi merealisasikan filem ini,” katanya .
Mengulas sasaran kutipan filem Musyrik, kata S Baldev, dia hanya menyerahkan kepada penonton untuk menilai hasilnya.“Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa boleh menonton filem ini kerana ia sesuai untuk tontonan semua golongan masyarakat,” katanya.
SINOPSIS MUSYRIK - API NERAKA MENANTIMU!
MUSYRIK - API NERAKA MEMANTIMU! SARAT DENGAN MESEJ
APA ITU MUSYRIK?
Musyrik adalah satu istilah dalam agama Islam, yang merujuk khusus kepada orang-orang yang melakukan perbuatan syirik seperti menyekutukan Allah s.w.t secara terang-terangan. Orang yang menyembah Jin, Iblis, Syaitan termasuk dalam kelompok orang musyrik. Dalam ajaran Islam, balasan kepada orang musyrik ialah neraka jahanam.
Terdapat tiga golongan orang Musyrik:
- Musyrik Murni iaitu perbuatan yang dilakukan nenek moyang atau pemimpin spiritual mereka.
- Musyrik Perbuatan merupakan orang yang mengaku Islam dengan amal ibadah tetapi tidak mencerminkan seorang mukmin. Mereka mengucap dua kalimah syahadah, solat, berpuasa, membayar zakat, dan menunaikan Haji. Namun, masih mempercayai benda-benda bertuah yang dianggap memiliki kuasa ghaib, seperti keris, tombak, tangkal, azimat, batu, pemujaan dan lain-lain. Mereka sering mengunjungi dukun, bomoh atau pawang. Apa sahaja yang disuruh, pasti akan dituruti.
- Musyrik Pemujaan, orang Islam yang sering datang kr tempat-tempat keramat. Tempat yang dimaksud ialah kuburan para wali, pohon-pohon, dan gua-gua yang dianggap keramat. Mereka pergi ke kubur para wali bukan untuk berziarah, melainkan untuk meminta berkah.
PELAKON FILEM MUSYRIK MENJIWAI WATAK DENGAN BAIK SEKALI
Tidak dinafikan pengarah berjaya mengangkat setiap babak dengan baik. Namun, para pelakon juga memainkan peranan penting. Ekspresi wajah, ketakutan, jahat dan baik semua terpapar. Ruby berasa lakonan Aeril Zafril lain dari watak yang pernah dia bawa sebelum ini. Sebab dia menjiwai watak seorang Musyrik tu nampak jelas macam orang hilang pedoman.
Mudah membuat keputusan dengan bisikan syaitan. Bunuh orang tanpa kata dua. Dia nak, dia dapat. Begitulah karakter yang Ruby rasa melampau betul sebagai suami dan abang yang sangat beremosi. Tapi kehidupan dia kaya tau. Istidraj terang-terangan. Apabila berlaku kesusahan terus dia panas baran. Seram!
Manakala lakonan Ashraf Muslim juga luar biasa. Sebagai Ustaz Akasyah, membantu masyarakat dalam perubatan Islam memang nampak mudah. Tapi, apabila orang istimewa ini kemana-mana, dia boleh rasa kehadiran makhluk halus dan dalam masa yang sama lagi mudah diganggu. Level gangguan dia peringkat General tau. Bukan Prebet tau. Jadi, waktu Ustaz menentang segala makhluk tu. Memang gerun!
Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai. Trailer rasmi filem disiarkan menerusi saluran YouTube WhiteMerpatiMovies sejak 15 Jun lalu. Ayuh ramai-ramai ke panggung wayang berdekatan anda dan menonton filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!
kesian dekat keluarga yang tak tahu-menahu pasal perbuatan Aril tapi terkena tempiasnya. Nak buang benda tu bukan senang sebab dia dah bagi kekayaan dekat Aril. Bahaya kalau jenis tamak dan cintakan dunia ni.
BalasPadamLama dah tak tengok cerita cerita seram. Tu la cerita seram macam ni biasa straight forward je.Suka tengok tapi takut nak tengok
BalasPadamGenre favourite i ni!!!! Ok confirm nak tengok filem musyrik ni!!! Pelakon pun yg berkualiti!! ❤️
BalasPadamfilem ni.. sebab ada elemen rasukan itu yang menjadi ketakutan... kena tgk dr awal smpi akhir br paham jalan cerita yg cuba disampaikan
BalasPadamhorror movie malaysia ni boleh relate dengan real life di malaysia. sarat dengan mesej, semoga Allah sentiasa jaga iman kita as muslim
BalasPadamdah kenapa dia buat benda2 syirik ni tak pasal terkena kat keluarga pula. jalan cerita nampak menarik dan ada mesej pengajaran cuba disampaikan.
BalasPadamAmalkan benda2 yang tak elok dan syirik tapi impak bukan dekat dia sorang je tapi kena satu keluarga..AllahuAkbar. Semoga kita semua terpelihara dari perbuatan yang sia2, inshaAllah amin.
BalasPadamOhh wow...Sienny actually timid for horror movie, thanks for sharing this detailed review of this new movie with learning more of Islamic values. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamMacam menarik Movie ni. Banyak pengajaran dalam movie ni. Boleh lah ajak adik iena pergi tengok movie ni nanti.
BalasPadamThanks for sharing this, i read many good reviews about this movie till I m want to watch it too
BalasPadamwah nampak macma menarik filem ni. pelakon yag membintang filem ni pun hebat2 belaka. bolehlah nnti saya tonton ya :)
BalasPadamWah, ramai juga pelakon baru. Tak sabar nak support filem macam ni.
BalasPadam