PELANCARAN KAD PRABAYAR MYIOU KA$HPLUS

PELANCARAN KAD PRABAYAR MYIOU KA$HPLUS | Assalammualaikum semua! Pada 15 Julai 2022 bertempat di MIRF 2022 Kuala Lumpur Convention Centre telah berlangsung pelancaran kad prabayar myIOU KA$Hplus. Keunikan kad prabayar ini adalah semua urus niaga diproses menerusi sistem penjelasan VISA Prabayae di mana anda boleh merancang dan menguruskan kewangan anda. 

Apabila menggunakan kad prabayar myIOU KA$Hplus, anda hanya menambah nilai wang yang diinginkan sebelum menggunakannya. Jika anda jenis berjimat-cermat, tambah nilai wang anda walau sebanyak mana dan kawal penggunaan dengan cara tersendiri. Lebih praktikal dan selesa. 

Tambah nilai kad prabayar ini lebih mudah dengan menggunakan aplikasai KA$Hplus. KA$Hplus melindungi rakyat Malaysia dari aktiviti penipuan dan memperkenalkan kad prabayar perkongsian jenama bersama IOUPay. Jadi, dapatkan sekarang!

PELANCARAN KAD PRABAYAR MYIOU KA$HPLUS 


Virtualflex Sdn. Bhd (“Virtualflex”) melancarkan platform e-wallet dan kad prabayar - KA$Hplus, sebagai usaha pemodenan kaedah pembayaran di Malaysia dan mengurangkan risiko terdedah kepada aktiviti penipuan. 

Virtualflex turut mengumumkan perkongsian strategik dengan sebuah syarikat fintech, IOU Pay (Asia) Sdn. Bhd. (“IOUpay”) untuk perkongsian jenama kad prabayar - myIOU KA$Hplus Card yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan myIOU di Malaysia.

Sejak sedekad yang lalu, para pengguna sudah terbiasa untuk menggunakan peranti mudah alih mereka melakukan transaksi atas talian, membeli-belah dan aktiviti perbankan. Walaubagaimanapun, sejak 2 tahun lepas, pandemik Covid-19 telah membuka minat orang ramai terhadap kaedah pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuhan, demi membendung penyebaran coronavirus. 

Penggunaan meluas sistem e-wallet tidak dapat dielakkan, dan ianya memberi manfaat kepada para pengguna sambil melindungi mereka daripada ancaman aktiviti penipuan.

Dengan peningkatan kes penipuan berkaitan perbankan di Malaysia yang mana wang simpanan dari banyak akaun dilenyapkan, KA$Hplus membantu menangani isu ini dengan solusi kad prabayar yang dapat menghapuskan kebarangkalian maklumat akaun bank para pengguna untuk terdedah semasa melakukan proses pembayaran.

KA$Hplus turut mencegah dari maklumat kad kredit dan kad debit dari dicuri, di mana maklumat-maklumat tidak dipaparkan secara penuh di aplikasi e-wallet. Selain itu, kad prabayar perkhidmatan e-wallet KA$Hplus juga tidak memaparkan nombor kad dan Nilai Pengesahan Kad (CVV), lantas mengurangkan risiko yang diambil para pengguna semasa menggunakan platform mereka. 

Dengan pelancaran KA$Hplus di Malaysia, mereka berniat untuk mendidik para pengguna tentang kaedah-kaedah membendung aktiviti penipuan melalui sistem e-wallet dengan menganjurkan kempen-kempen kesedaran di Lembah Klang pada bulan-bulan yang akan datang.

Pelancaran rasmi kad prepaid myIOU KA$Hplus (dari kiri ke kanan) Mr. Yeap Yong Wei, Regional Commercial Officer of IOU Pay; Mr. Wayne Wang, Chief Credit Control Officer of IOU Pay; Mr. Ken Phua, Deputy President of Malaysia Retail Chain Association (MRCA); Mr. Heng Wa Seng, Chief Executive Officer of VIrtualflex Sdn Bhd; Mr. Lau Teck Huat, Chief Technical Officer of IOUpay

Turut diumumkan di sidang media ini ialah perjanjian eksklusif selama tiga tahun di antara Virtualflex dengan IOUpay untuk melancarkan kad myIOU KA$Hplus secara dua peringkat. Peringkat pertama melibatkan pengagihan Kad myIOU KA$Hplus kepada pelanggan sedia ada perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) myIOU, dan peringkat kedua melibatkan integrasi perkhidmatan BNPL di dalam aplikasi. 

Kerjasama ini adalah disasarkan untuk memberi kelonggaran dan pilihan kepada pengguna di dalam hal pembayaran melalui integrasi kad prabayar ini.

Kesemua kad KA$Hplus, termasuk myIOU KA$Hplus Card, merupakan kad debit prabayar yang boleh ditambah nilai. Ia turut mempunyai fungsi pembayaran Visa yang membolehkan pengguna untuk bertransaksi di serata dunia, di mana sahaja kad Visa diterima. 

Ketua Pemasaran IOUpay, Cik Gwen Khor berkata, “Kerjasama dengan Virtualflex untuk melancarkan myIOU KA$Hplus Card menyediakan produk fintech yang inovatif dan mengukuhkan matlamat kedua-dua syarikat dalam menyediakan solusi pembayaran digital.”.

 


Majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM). Dari kiri ke kanan, YBhg. Datuk Hj Mohd Kamal bin Shukor, Senior Manager of Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM); Ken Phua, Deputy President of Malaysia Retail Chain Association (MRCA); Mr. Heng Wa Seng, Chief Executive Officer of VIrtualflex Sdn Bhd

Di samping itu, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) turut menjalinkan kerjasama dengan KA$Hplus untuk memacu Malaysia ke arah negara berpaksikan teknologi dengan menggalakkan para peniaga memilih kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai kaedah utama dalam transaksi harian.

Tambahan pula, beberapa usaha untuk menerapkan persekitaran tanpa tunai menyeluruh di dalam komuniti bermula dengan sekolah, kolej dan universiti melalui “KA$Hplus Cashless Campus Program 2022”, menawarkan akses kemudahan kad prabayar Visa dan portal pengurusan akaun aplikasi mikro kepada 100 buah institusi pada kadar yang rendah. 

KA$Hplus mensasarkan untuk mengintegrasikan pembayaran tanpa tunai di dalam kehidupan seharian supaya generasi akan datang bersedia untuk mengadaptasi kemajuan teknologi yang bakal menyusul kelak.


“Kami komited di dalam menyumbang dan menambah baik kesejahteraan komuniti dengan solusi fintech yang menawarkan keselamatan maksimum, ketelusan, kemudahan, dan kebolehgunaan. Sama ada kita suka atau tidak, dunia menuju ke arah kaedah pembayaran digital dan tanpa tunai. 
Dengan pelancaran KA$Hplus dan myIOU KA$Hplus Card, kami berharap untuk memberi impak yang besar di Malaysia dengan melindungi pengguna dari aktiviti penipuan, pada masa yang sama, memajukan negara sebagai sebuah contoh di dalam menerapkan kemudahan fintech,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Virtualflex Sdn. Bhd., En. Heng Wa Seng.


Gambar berkumpulan bersama KOLs. Dari kiri ke kanan, Putera Ameer; Ms.Gwen Khor, Head of Marketing - IOUpay; YBhg. Dato’ Sri Steven Eng, Advisor of Malaysia Digital Chamber of Commerce; Mr. Yeap Yong Wei, Regional Commercial Officer of IOUpay; Mr. Heng Wa Seng, Chief Executive Officer of VIrtualflex Sdn Bhd; Mr. Ken Phua, Deputy President of Malaysia Retail Chain Association (MRCA); Mr. Kenneth Kuan, Chief Financial Officer of IOUpay; Mr. Wayne Wong, Chief Credit Control Officer of IOUpay; Mr. Lau Teck Huat, Chief Technical Officer of IOUpay; Ms. Carol Fung, Senior Manager of Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); Chuojashni Subramaniam; Beatrice Chong.

Majlis ini dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, termasuk - YBhg Dato’ Sri Steven Eng, Penasihat Malaysia Digital Chamber of Commerce; YBhg Datuk Hj Mohd Kamal bin Shukor, Pengurus Kanan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM); En. Ken Phua, Timbalan Presiden Malaysia Retail Chain Association (MRCA); Pn. Carol Fung, Pengurus Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); En. Kenneth Kuan, Ketua Pegawai Kewangan IOUpay; En. Wayne Wong, Ketua Pegawai Kawalan Kredit IOUpay; En. Lau Teck Huat, Ketua Pegawai Teknikal IOUpay; En. Yeap Yong Wei, Pegawai Komersial Serantau IOUpay; bersama Pemimpin Pendapat Utama (KOL) – Beatrice Chong, Putera Ameer, and Chuojashni Subramaniam.

Bersempena dengan penyertaan Virtualflex dalam Malaysia International Retail and Franchise Exhibition (MIRF) 2022, KA$Hplus menawarkan kredit percuma RM30 kepada 100 pemohon terawal setiap hari dari 14 hingga 16 Julai 2022. Aplikasi KA$Hplus kini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://main.kashplus.my/.


MENGENAI KA$HPLUS

KA$Hplus ialah penyelesaian pembayaran digital revolusioner, dibawakan kepada anda oleh VIRTUALFLEX SDN. BHD. VIRTUALFLEX, telah ditubuhkan pada 2014 untuk merebut peluang yang ditawarkan oleh pertumbuhan pesat ekonomi digital. 

Ini selaras dengan matlamat Bank Negara Malaysia untuk mempromosikan pengebilan dan pembayaran tanpa tunai, KA$Hplus telah dibangunkan dan direka bentuk untuk perkhidmatan penyelesaian pembayaran digital dan tanpa tunai melalui VISA prabayar, Aplikasi Mudah Alih Digital Wallet dan QRPay.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال