PUSAT MEMBELI-BELAH IPC MERAIKAN PERTENGAHAN MUSIM PANAS ALA SWEDEN DENGAN PLÅYSOMMAR KANAK-KANAK DAN KEMPEN HIJAU

PUSAT MEMBELI-BELAH IPC MERAIKAN PERTENGAHAN MUSIM PANAS ALA SWEDEN DENGAN PLÅYSOMMAR KANAK-KANAK DAN KEMPEN HIJAU | Pusat membeli-belah itu ingin menyatukan keluarga pada pertengahan musim panas ini dan menggalakkan komuniti untuk menikmati kehidupan, bermain dan mengitar semula.

Pusat Membeli-belah IPC meraikan asal usul Swedennya dengan menganjurkan pesta pertengahan musim panas yang terkenal dengan pelbagai aktiviti untuk membolehkan pelanggan menemukan kembali keajaiban bermain dan bersuka-ria bersama orang tersayang. Mulai sekarang hingga 31 Julai 2022, pelanggan boleh mengunjungi pusat membeli-belah berorientasikan keluarga itu untuk merasai sendiri pesta penuh keseronokan Sweden ini dan memenangi barangan eksklusif melalui pembelian terkumpul.

PUSAT MEMBELI-BELAH IPC MERAIKAN PERTENGAHAN MUSIM PANAS ALA SWEDEN DENGAN PLÅYSOMMAR KANAK-KANAK DAN KEMPEN HIJAU

PUSAT MEMBELI-BELAH IPC MERAIKAN PERTENGAHAN MUSIM PANAS ALA SWEDEN DENGAN PLÅYSOMMAR KANAK-KANAK DAN KEMPEN HIJAU

Sepanjang pesta itu, pelanggan boleh menyaksikan hiasan pertengahan musim panas Sweden yang “Instagrammable” termasuk paparan maypole 10 kaki yang ikonik serta taman permainan berinspirasikan Sweden untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Pada hujung minggu pula, kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam bengkel Seni & Kraf Kanak-kanak secara percuma dan berinteraksi dengan maskot Små Club Buddy yang menghiburkan sambil ditemani oleh Gadis Sweden yang akan menyerahkan cenderahati.

PUSAT MEMBELI-BELAH IPC MERAIKAN PERTENGAHAN MUSIM PANAS ALA SWEDEN DENGAN PLÅYSOMMAR KANAK-KANAK DAN KEMPEN HIJAUPUSAT MEMBELI-BELAH IPC MERAIKAN PERTENGAHAN MUSIM PANAS ALA SWEDEN DENGAN PLÅYSOMMAR KANAK-KANAK DAN KEMPEN HIJAU

“Membawa kegembiraan dan mencipta kenangan sentiasa menjadi impian IPC. Kami mahu memanfaatkan asal-usul Sweden kami dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pesta pertengahan musim panas ala Sweden, seterusnya mempamerkan pengalaman silang budaya Sweden tanpa perlu mengembara” kata Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Membeli-belah IPC. “Konsep PLÅYSOMMAR diambil daripada perkataan ‘Main’ dan ‘Musim Panas’ yang juga boleh diterjemahkan ke dalam bahasatempatan iaitu ‘Main Sama-Sama’ dengan orang yang anda sayangi.”

Barangan eksklusif untuk pelanggan semasa kempen PLÅYSOMMAR termasuk:

  • Tebus satu (1) Payung Golf 30-inci bersama Lampu suluh dengan perbelanjaan minimum RM600 dalam tiga (3) resit (RM500 dibelanjakan untuk ahli Tack Club)
  • Tebus e-baucar PLÅYSOMMAR bernilai RM10 dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam dua (2) resit

KEMPEN HIJAU IPC 2022 - SMARTER, GREENER, TOGETHER

Sempena sambutan Pertengahan Musim Panasnya, Pusat Membeli-Belah IPC juga mengadakan satu kempen kitar semula yang menawarkan ganjaran berganda untuk sisa kertas, plastik dan aluminium dalam Kempen Hijau tahunan mereka – ‘Smarter, Greener, Together’. Mulai 1 Julai hingga 4 September 2022, dengan kerjasama Nestle dan Tumboh, pelanggan yang menghantar barang kitar semula mengikut berat berikut akan layak menerima ganjaran daripada i-Counter yang terletak di Aras G: 

  • Min 6kg barang kitar semula | Mata tack, dua e-baucar RM5 dan pensanitasi tangan (hand sanitiser) dari Tumboh*
  • Min 10kg barang kitar semula | Mata tack, dua e-baucar RM5, pensanitasi tangan (hand sanitiser) dari Tumboh dan Set Mangkuk IPC Macaron*
  • Karton Minuman yang boleh dikitar semula | 50 pengitar semula teratas dengan karton minuman terpakai paling banyak akan menerima 1 kluster Milo UHT 125ml dan kad Milo Touch ‘n Go edisi terhad

*Ganjaran hanya terpakai untuk pengumpulan setiap kategori: plastik, aluminium dan kertas

PUSAT MEMBELI-BELAH IPC MERAIKAN PERTENGAHAN MUSIM PANAS ALA SWEDEN DENGAN PLÅYSOMMAR KANAK-KANAK DAN KEMPEN HIJAU

Sebagai sebahagian daripada usaha IPC untuk memupuk generasi muda menjaga kelestarian, mereka akan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada ahli Små Club (keahlian program junior kesetiaan Pusat Membeli-belah IPC) dengan kit seni dan pelekat DIY eksklusif untuk usaha hijau mereka di rumah. Untuk mengambil bahagian, ibu bapa perlu menyiarkan foto di akaun Facebook atau Instagram mereka menggunakan hashtag #IPCSmarterGreen yang memaparkan aksi ahli alam sekitar kecil mereka untuk penebusan ganjaran di i-Counter di Aras G.

“Pusat Membeli-belah IPC lebih daripada destinasi membeli-belah; kami mahu menggalakkan komuniti untuk mengitar semula dan menjadi hab untuk pelupusan sisa yang mampan. RBBC kami diiktiraf secara meluas dan tidak lama lagi kami akan memperkenalkan RBBC kami yang baharu dan dinaiktaraf sebagai sebahgian dalam usaha kami untuk memperjuangkan kelestarian. Kami berharap dapat menggalakkan pelanggan dan komuniti berdekatan kami untuk menggunakan RBBC dan memainkan peranan mereka dalam kitar semula dan membuat pilihan yang mampan untuk menyelamatkan alam sekitar” tambah Tan.

PUSAT MEMBELI-BELAH IPC MERAIKAN PERTENGAHAN MUSIM PANAS ALA SWEDEN DENGAN PLÅYSOMMAR KANAK-KANAK DAN KEMPEN HIJAU

Untuk mengukuhkan lagi perkongsian hijaunya, IPC juga bekerjasama dengan Nestle CAREton di mana karton minuman terpakai kitar semula akan digunakan untuk menghasilkan bahan mampan untuk membina jubin bumbung dan papan panel ‘hijau’ untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Maklumat lanjut mengenai program dan cara pelanggan boleh menyumbang kepada inisiatif ini akan disiarkan di media sosial IPC tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ipc.com.my/playsommar pada kempen ‘PLÅYSOMMAR’ Pusat Membeli-belah IPC dan www.ipc.com.my/smartergreen pada kempen ‘Smarter, Greener, Together’. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال