RESIPI BERANI MAGGI MUSIM KE-2 BERMULA 8 JULAI 2022

RESIPI BERANI MAGGI MUSIM KE-2 BERMULA 8 JULAI 2022 | Assalammualaikum semua! Rancangan realiti yang sentiasa dinantikan bakal bersiaran pada 8 Julai 2022! Ruby sangat suka rancangan pertandingan masakan. Ia adalah cara mudah untuk kontrol anak-anak di rumah. Buka rancangan masakan, pasti semua akan fokus menonton. Ketawa, tanya soalan berkenaan ramuan, lihat telatah peserta dan juri yang mencuit hati. Sangat menghiburkan. Lupa segala stress dan masalah. 

Resipi Berani Maggi Musim Pertama telah menobatkan Nur Hidayah Jeffri sebagai Juara! Pemilihan Juara bukan sahaja dari pandai memasak, tetapi memiliki personaliti yang luar biasa dan kreatif. Setiap cabaran selama 6 episod memerlukan pemikiran kritis untuk menyediakan hidangan. Juri dan pengacara pada musim pertama dikekalkan. Seronok tengok keserasian mereka semua. Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly atau Anne Idris. Menurut Sheila Rusly, musim kedua ini para juri akan lebih tegas siap tumbuh tanduk. Hahaha. 


RESIPI BERANI MAGGI MUSIM KE-2 BERMULA 8 JULAI 2022


Resipi Berani MAGGI® musim ke-2 menampilkan mentor selebriti, juri jemputan & kehebatan kulinari. Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® kini kembali dengan musim kedua yang akan menampilkan sebanyak 6 episod. Daripada sejumlah 2,000 orang peserta, seramai 12 wanita telah dipilih untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara.

Rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 yang menjanjikan lebih banyak kejutan menarik ini akan memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran dan kriteria yang ditetapkan. Ini termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak. Antara cabaran utama yang dilalui peserta termasuk penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik!

Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial.

Resipi Berani MAGGI® musim kedua bermula 8 Julai 2022
Dari kiri Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; Duta Jenama MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris

Rancangan realiti ini membawa kembali tiga orang Mentor MAGGI® yang terkenal - Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris - yang akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Untuk Musim Ke-2, siri ini akan menampilkan empat orang juri jemputan - Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.

Ketika mengulas tentang Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2, Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi
kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!”

Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain,” kata Geetha ketika mengulas perjalanan para peserta.

HADIAH JUARA RESEPI BERANI MAGGI®


Selain menerima modal sebanyak RM8,000, juara Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris, memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing- masing akan menerima modal sebanyak RM5,000. 

Resipi Berani MAGGI® merupakan kemuncak Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar dari zon selesa dan merealisasikan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI® dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang bertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak. 

12 orang peserta akhir Resipi Berani MAGGI® telah dipilih daripada lebih 2,000 orang wanita yang menyertai siri bengkel peningkatan kemahiran pada tahun 2021. 


Ketika mengulas penyertaan beliau dalam kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® sejak pelancarannya pada tahun 2020, Datin Paduka Eina Azman berkata, “Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI® CukupRasa. Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkannperanannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif.”

12 PESERTA RESEPI BERANI MAGGI® MUSIM KE-2


12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah - Anastasia Maigi (Sabah), Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya), Mellony Anak Stephen (Sarawak), Nazrina binti Zamani (Selangor), Noraslinda binti Rusli (Selangor), Norli binti Mohd Azmi (Selangor), Kentila A/P Veerayah (Selangor), Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah), Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka), Nurul Hajar Ismail (Johor), Rozana Sari binti Roslan (Pahang) dan Suzaimi binti Zahari (Terengganu). 


Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 akan disiarkan pada 4.30 petang setiap hari Jumaat di TV3 selama 6 minggu mulai 8 Julai, dengan siaran ulangan pada 11.30 pagi setiap hari Sabtu. Setiap episod juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube MAGGI®
(https://www.youtube.com/user/maggimalaysia) dari 5.00 petang setiap hari Jumaat, mulai 8 Julai. 

TENTANG PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI MAGGI® 


Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® merupakan sebuah program nasional anjuran MAGGI® dengan kerjasama Women Will oleh Google Malaysia, sebuah program Grow with Google. Sejak dimulakan pada 2020, program ini menyokong pembinaan keyakinan diri dan kesedaran, memperbaiki kemahiran perniagaan serta kemahiran digital selain meningkatkan kemahiran memasak melalui Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®. 

Ia adalah sebahagian daripada kempen Tak Kenal Tak Cinta oleh MAGGI® CukupRasa yang meraikan para wanita yang mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Berdasarkan kepada kisah kehidupan sebenar, video kempen
(youtube.com/watch?v=WpUuTiAzEZs) menampilkan tiga wanita Malaysia yang menginspirasikan yang telah mengatasi situasi mencabar dengan membina keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza, dan akhirnya membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka. 

Program ini diterajui oleh 3 mentor yang terdiri daripada Aktres, Usahawan, Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; dan Ikon Usahawan Muda Tahun 2019 dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris.

MENGENAI MAGGI® 


MAGGI® adalah satu jenama global yang telah menjadi nama terkemuka di Malaysia. Misi terasnya adalah untuk mewujudkan detik-detik sajian enak yang merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Melalui rangkaian produk dan makanannya yang luas, MAGGI® membantu para ibu untuk menyediakan sajian yang enak dan seimbang bagi keluarga mereka setiap hari. 

Jenama ini juga komited dalam memenuhi segenap keperluan penyedia makanan, menyediakan produk dan idea baharu yang terus kekal menggembirakan dan memberi inspirasi kepada keluarga di Malaysia tentang kebaikan buatan sendiri di rumah. 

MENGENAI NESTLÉ MALAYSIA


Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia, dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. 

Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. 

10 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Semalam dapat gak undangan untuk media event Maggi ni haa.. kalau dekat dah pergi dah, best juga tengok depan-depan macam mana cabaran mereka memasak.. sama tak macam kita di dapur hehehehe

    BalasPadam
  2. fuhhhh nak kena create resipi masakan baru dengan juri Sheila Rusly dengan Datin Eina. Kalau saya mampu pandang je lah haha. Masak pun ikut resipi diorang, kena kritik mau nangis hshshs

    BalasPadam
  3. Wah rancangan favourite ni, boleh tambah skill memasak. Ada pulak Sheila Rusly, kena set reminder ni. Thanks for sharing

    BalasPadam
  4. Mesti semua hebat-hebat ni. 12 orang daripada 2 ribu orang kan... Mesti resipi power, sedap.

    BalasPadam
  5. Diantara ketiha-tiga mentor tu agaknya peserta seram kot dengan Sheila Rusly sebab garang sikit tak?. Apa pun pemilihan mentor sangat bertepatan dengan Maggi sebab ketiga mereka memang pakar memasak.

    BalasPadam
  6. Menarik juga kan rancangan ni.. Nell terlepas yang musim pertama... okay kena mark my calendar la... mereka bakal beraksi Sabtu ni kan...

    BalasPadam
  7. tak sabar nak tonton musim ke 2 ni mesti banyak cabaran yang menarik dan hangat menanti hehehe

    BalasPadam
  8. Wah... siapa sangka yg maggi bukan sekadar mee segera. Ia juga makanan yg versatile. Pelbagai recipe boley dicipta dgn maggi. Thank you for sharing, Kak Ruby ^_^

    BalasPadam
  9. I m following this reality show also, its so exciting and inspiring at the same time.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال