RIZMAN RUZAINI LANCAR POP-UP STORE RR HIJAB

RIZMAN RUZAINI LANCAR POP-UP STORE RR HIJAB | Assalammualaikum semua! Pereka fesyen popular tempatan Rizman Ruzaini sekali lagi tampil dengan sesuatu yang luar biasa di tengah kota Kuala Lumpur iaitu Pop-Up Store RR Hijab! Lokasi strategik di hadapan Pavilion KL sahaja. 

MasyaAllah lebih mudah untuk dapat RR Mono Scarves gais! Boleh pegang, boleh feeling dengan material dan paling best boleh beli banyak! Ada 44 warna tersedia! Pop-Up Store RR Hijab dibuka setiap hari seawal 10 pagi hingga 10 malam! Harga? Sangat berpatutan dengan kualiti yang Rizman Ruzaini sediakan. RM 99 sahaja untuk material sejuk Satin.

Satu-satunya selendang yang kita perlukan untuk menaikkan penampilan. Dihasilkan daripada bahan premium polly twill yang selesa dipakai sepanjang hari, sebab ia ringan. Kemudian dicetak dengan logo tandatangan RR dalam gaya monokrom dan diakhiri dengan rona ombre pada panel tudung. Lawa giler!

Finally Ruby dah ada koleksi RR Mono Scarves! Nude, Mauve, Black, White, dan Lime. Kahkahkah. Nanti nak restock lagi sebab Ruby suka corak Monochrome. Lepas tu huruf R pula kan. Sejiwa terus! Nama Ruby bermula dengan huruf R. Hahaha!


RIZMAN RUZAINI BUKA POP-UP STORE RR HIJAB 


17 tahun mengorak langkah dalam bidang rekaan fesyen, jenama Rizman Ruzaini (RR) kini bukan lagi asing dalam kalangan pecinta fesyen negara. Memulakan empayar perniagaan ini melalui bakat yang dimiliki, kini dua sahabat baik, Rizman dan Ruzaini bukan sahaja bangga untuk bergelar seorang pereka fesyen tetapi juga usahawan berjaya. 

Menambahkan nilai dalam usaha yang mereka tunjuk kini, selepas hampir dua dekad jenama ini juga menjadi antara kebanggaan ramai apabila karya dua anak tempatan ini mula menembusi pasaran antarabangsa bukan sahaja dalam industri kreatif tetapi juga produk kecantikan. 

Jika di awal kemunculan jenama ini lebih dekat dengan rekaan untuk selebriti dan busana pengantin yang eksklusif, kini RR tidak hanya tertumpu kepada rekaan untuk golongan tertentu sahaja. 

Mahu memastikan RR menjadi pilihan ramai, antara fokus utama jenama ini juga untuk memasarkan rekaan fesyen ready-to-wear kepada semua golongan di Malaysia. Dari Permaisuri ke selebriti ternama hinggalah ke guru sekolah, semua kini dapat bergaya di dalam busana RR. 



ULANG TAHUN PERTAMA RR MONO SCARVES


Selain pakaian, antara hasil rekaan RR yang turut mendapat perhatian adalah koleksi tudung eksklusif yang menjadi kegilaan penggemar jenama RR kini. Mengekalkan ketelitian dalam setiap corak yang diperkenalkan, kemunculan siri koleksi Mono Scarves ternyata menjadi antara yang cukup dekat dengan peminat jenama ini. 


Diperkenalkan sejak setahun lalu 2021, Mono Scarves kekal menjadi pilihan ramai wanita di luar sana yang selesa dengan suntikan gaya elegan dan sofistikated. 

Melihat sambutan yang diterima Mono Scarves ini sebagai sesuatu yang di luar jangkaan, bagi Rizman dan Ruzaini, menjadi impian mereka untuk meraikan sokongan peminat koleksi ini dengan cara tersendiri. 

7 SELEBRITI SEBAGAI MUSES RR MONO SCARVES


Bersempena meraikan ulang tahun pertama RR Mono Scarves, tujuh selebriti dilantik menjadi "muse" bagi koleksi tudung ini. Ternyata antara strategi di sebalik pembabitan Ziana Zain, Izara Aishah, Aina Abdul, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya adalah sebagai satu lagi cara untuk memastikan koleksi tudung Mono Scarves yang mempunyai 44 jenis warna berbeza ini terus menjadi pilihan. 


Menurut Rizman, mereka juga yakin dengan kemampuan selebriti yang dilantik ini untuk menjadi platform pemasaran yang baik buat jenama RR sendiri. 

“Sejak dahulu lagi di Rizman Ruzaini kami memang selesa untuk bekerjasama dengan selebriti. Bukan soal hubungan sahaja, namun bagaimana golongan ini juga memberi impak yang baik terhadap jenama RR. Jadi pemilihan seramai tujuh selebriti ini dalam mewakili koleksi tudung RR adalah satu pilihan yang tepat dalam memastikan RR kekal relevan dalam industri fesyen negara. 

“Soal mengapa tujuh selebriti ini dipilih untuk mewakili koleksi tudung RR, kami melihat setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat yang berbeza. Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama RR diterima setiap golongan, jadi melalui pengenalan selebriti ini mampu merealisasikan harapan kami untuk memastikan RR menjadi antara jenama fesyen yang dekat dengan rakyat Malaysia,” katanya. 

44 WARNA TERKINI RR MONO SCARVES


Menyentuh sambutan pertama koleksi RR Mono Scarves, Ruzaini melihat ini adalah usaha pertama mereka bagi menghargai pembeli setia produk RR. Katanya, selain sambutan secara besar-besaran bertempat di Pop-up Store RR Hijab di hadapan Pavilion bersama tujuh selebriti hari ini, antara yang cukup istimewa juga mereka turut menawarkan tudung percuma kepada pelanggan mereka. 

“Apa yang berlaku hari ini bukan untuk kami di RR sahaja tetapi mereka yang menjadi sebab mengapa RR terus berada di sini sehingga hari ini. Tanpa sokongan pembeli dan pengguna RR, kami tidak mungkin akan bertahan selama 17 tahun. Jadi sambutan ulang tahun RR Mono Scarves ini adalah permulaan yang baik untuk kami memberi semula kepercayaan mereka dengan acara seperti ini. 


PEMBERIAN 300 HELAI MONO SCARVES PERCUMA, DISKAUN 30% DI POP-UP STORE RR HIJAB DAN DISKAUN 50% DI LAMAN WEB


“Pada hari ini juga kami turut mengedarkan 300 tudung percuma kepada pembeli terdahulu tudung Mono Scarves, caranya mudah hanya perlu pakai tudung dari koleksi yang sama untuk mendapatkan yang baharu. Selain itu peminat setiap selebriti yang dilantik hari ini juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus untuk pembelian tudung RR Mono Scarves di laman web RR,” katanya. 


NINA PEMENANG FACE OF RR HIJAB


Sementara itu pada majlis sambutan ini juga turut RR mengumumkan pemenang Face of RR Hijab yang akan turut membawa pulang wang tunai beserta kontrak bersama jenama RR bernilai RM10,000. Sekaligus memberi peluang kepada pemenang pencarian yang julung kali diadakan ini untuk bersama-sama menjadi wajah eksklusif produk RR. Ikuti Nina di instagram beliau di @Ninaskhan. Tahniah Nina!


RIZMAN RUZAINI SASAR KEUNTUNGAN JUALAN RM 10 JUTA SEBULAN


Mensasarkan jualan RM 10 Juta setiap bulan, ketika ini RR turut memaksimumkan penggunaan pembelian melalui laman web rasmi mereka di WWW.RIZMANRUZAINI.MY yang dilihat menjadi akses mudah untuk semua pelanggan mereka mendapatkan produk RR. Jom Ruby kongsikan dengan anda apakah rangkaian produk Rizman Ruzaini. Ia bukan hanya pakaian sahaja tau! Are you ready? JOM!

Dimiliki oleh dua sahabat baik iaitu Encik Rizman Nordin dan Encik Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil. Berkelulusan Sarjana Muda Rekaan Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Empayar Rizman Ruzaini bermula pada tahun 2005. Kini, mereka tidak tertumpu kepada RR Bridal iaitu busana pengantin dan busana selebriti sahaja. Jenama Rizman Ruzaini lebih kepada hasil rekaan eksklusif, manakala RR adalah untuk kita semua iaitu "Fashion For All".


RR Clothing terdiri daripada Basic, Kurung, Blouse, T-Shirt, Pakaian Ready-To-Wear, Kolabrasi bersama selebriti tanahair, pakaian Musim Perayaan, Spring Summer. Kemudian HOMME menampilkan koleksi pakaian lelaki seperti Kurta dan Baju Melayu. Seterusnya LUXE menampilkan rekaan eksklusif Rizman Ruzaini bersempena musim perayaan Raya (Aidilfitri) dan Aidiladha. Pada kebiasaannya mereka hanya menyediakan beberapa pasang sahaja. Siapa cepat dia dapat! Eksklusif tau!
Selain itu, Rizman Ruzaini juga mempunyai rangkaian produk kecantikan iaitu RR Beauty yang terdiri daripada produk kosmetik, produk penjagaan wajah, wangian dan minuman kesihatan. Rizman Ruzaini kini boleh digelar jenama ONE STOP CENTRE. Tahniah!

RR Bags & Heels menampilkan Tote Bag, Shoulder Bag dan Heels. Berkenan juga melihat bag RR sebab saiz besar dan pilihan warna yang disediakan bersesuaian untuk dipakai harian.

RR Living pula menyediakan keselesaan ruang kediaman anda dengan bantal gebu dan wangian lilin yang nyaman. 

RR KIDS & BABY menampilkan koleksi pakaian kanak-kanak dan bayi dengan tanda tangan monokrom RR dalam warna Grey, Pink dan Sky yang terdiri daripada Mitten, Booties, Handkerchief, Bip, Hat, Blanket, Romper, Pyjamas, Sleepsuit dan RR Bear. Sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada kenalan yang baru melahirkan bayi. Material 100% cotton. Selamat untuk kulit bayi anda.

RR Accessories terdiri daripada koleksi Bracelet, Slides, Brooch, Merchandise, Face Mask dan Tie. Aksesori-aksesori dari Rizman Ruzaini ini adalah barangan keperluan untuk melengkapkan penampilan anda. Stailo!


Koleksi seterusnya dekat dengan hati Rakyat Malaysia terutamanya wanita iaitu RR Hijab. Pelbagai jenis scarves dari rekaan Rizman Ruzaini seperti Mono Series, Cotton Series, Contour Series, Chain Series, Pop Series dan Raya Glam Series boleh dimiliki. Namun, menjadi kegemaran ramai adalah koleksi dari Mono Series. Ia menjadi fenomena sejak dari tahun 2021 kerana ramai menyayangi jenama pereka fesyen tempatan Rizman Ruzaini dan ingin memiliki setiap koleksi tudung RR Mono Scarves yang dijual. 


Harga RR Mono Scarves sangat mampu milik dengan hanya RM 99 sehelai membuat para peminat tertawan. Dapatkan rangkaian produk RR di laman web rasmi atau hadir ke Pop-Up Store RR Scarves di hadapan Pavilion KL. 

2 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Waaa fans RR mudahlah nak dapatkannya nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul akak! Saya lah salah seorang tu. Senang pilih-pilih tak sedar dah 5 helai. Hahahaha.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال