SARAH HUGHES GLOBE KUALA LUMPUR

SARAH HUGHES GLOBE KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Nama GLOBE tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia umumnya. Dikenali dengan nama Globe Silk Store yang sentiasa menggamit memori. Kini, gedung seisi keluarga ini lebih dikenali sebagai Sarah Hughes @ Globe yang masih mengekalkan ciri bangunan nostalgia dan rekaan dalaman GLOBE suatu ketika dulu. Tahukah anda, pemilik Sarah Hughes @ Globe adalah  Encik Satish Doshi dan Encik Ketan Doshi; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Legasi perniagaan Sarah Hughes @ Globe kini diteruskan oleh generasi kedua. 

SARAH HUGHES GLOBE KUALA LUMPUR

SARAH HUGHES GLOBE KUALA LUMPUR


Ruby masih ingat lagi ketika zaman sekolah rendah, Ruby dan adik-adik sentiasa ikut mak mencari pakaian sekolah di Globe. Di sini kualiti jahitan kemas dan harga berpatutan. Bukan hanya pakaian sekolah, malah pakaian baju kurung siap jahit untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri turut menjadi pilihan kami sekeluarga. 

Pelbagai corak terdapat di sini. Kami pernah beli semua corak sedondon sama dan pada usia 13 tahun baru mak beri kebebasan untuk Ruby memilih corak. Sebab semasa sekolah menengah sudah mula aktif join aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Jadi, koleksi Baju Kurung dari Globe paling banyak di dalam almari Ruby. Hehehe.

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) adalah lokasi tumpuan pengunjung kerana terkenal dengan lokasi gedung tekstil yang pelbagai. Sehingga hari ini, apabila mencari kain atau pakaian. Mesti ke Jalan TAR. 

Sejak berumahtangga, Ruby mendapati kebanyakan masa Ruby berada di rumah dan ingin pulang ke rumah dengan kadar segera. Menguruskan keluarga adalah keutamaan yang tiada galang ganti. Namun, persekitaran rumah perlu memainkan peranan. Dari segi kebersihan, susunan dekorasi dan langsir amat memberi suasana berada di rumah dengan aman, tenang dan selesa.

Ruby boleh melayan anak-anak, menonton televisyen bersama suami, buat kerja-kerja rumah, memasak, mendobi dan macam-macam lagi. Demi keadaan rumah yang sedap mata memandang. Buat pengetahuan anda semua, langsir rumah amat memainkan peranan. Ruby bersama dengan Sarah Hughes @ Globe ni sejak tahun 2016. 

GEDUNG SEISE KELUARGA SARAH HUGHES @ GLOBE


Pada awal 1980-an, Globe Silk Store telah ditubuhkan di premis 10 tingkatnya yang baharu dan direka bentuk unik, yang tertinggi di seluruh Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ia merupakan kejayaan besar kerana polisi runcitnya menjual pelbagai jenis barangan isi rumah daripada Linen Tempat Tidur, Perabot, Pakaian Kanak-Kanak, Lelaki dan Wanita dalam jenama yang paling terkenal dan terkenal pada masa itu pada harga terbaik.

Pakaian Seragam Sekolah adalah salah satu produk terkuatnya. Globe adalah The Family Departmental Store pada masa itu! Dikatakan bahawa "Jika anda tidak melawat Globe, anda tidak melawat Kuala Lumpur". Malangnya, ia telah ditutup pada tahun 2003. Pemilik baharunya membeli bangunan itu pada tahun 2005.

SARAH HUGHES GLOBE KUALA LUMPUR
Encik Satish Doshi; Pemilik Sarah Hughes @ Globe Sdn. Bhd.


SARAH HUGHES GLOBE KUALA LUMPUR
Encik Ketan Doshi; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarah Hughes @ Globe Sdn. Bhd.


Hari ini, pemilik baharu, Sarah Hughes @ Globe, memberi nafas baharu dengan mengubah Kedai Membeli-belah Keluarga ikonik ini kepada perspektif moden tetapi dengan tujuan untuk membawa pengalaman membeli-belah yang selesa dan berbaloi dengan wang. 

Asas penekanannya adalah untuk memberi khidmat kepada pelanggan Muslim Melayu Moden untuk Pakaian Wanita, Baju Batik, Pakaian Kanak-kanak dan Pakaian Seragam Sekolah jenama "Canggih" yang terkenal dan akhir sekali, jenama "Lance-Court" gaya Perabot Eropah, itu pasti akan menjadikan rumah anda selesa! 

Sarah Hughes @ Globe berhasrat untuk memberi para pelanggan perkhidmatan terbaik, mengharapkan sokongan anda agar terus berkunjung ke sini. Kembalikan Nostalgia Zaman Dahulu Yang Baik, terutamanya untuk generasi masa kini.

Kepakaran Sarah Hughes @ Globe masih mengekalkan konsep sama dengan menampilkan pelbagai produk pada harga berpatutan menawarkan perkhidmatan jahitan langsir yang boleh disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga hari. 

Ia khusus untuk pelanggan yang membeli fabrik langsir dari gedung berkenaan. Prinsip utama penjagaan kualiti seperti warna fabrik, benang dan cara jahitan diberikan penekanan bagi mengekalkan kualiti. 

IMPAK PANDEMIK COVID-19 KEPADA SARAH HUGHES @ GLOBE


Jika anda masih ingat, ketika COVID-19 melanda dunia. Malaysia tidak terkecuali mengalami musibah tersebut. Kita melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir dua tahun. Sebagai Rakyat Malaysia yang baik, kita akur berada di rumah. Namun, bagi pemilik perniagaan di kota Kuala Lumpur. Ia adalah cabaran yang luar biasa yang perlu ditempuhi.

Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya pernah melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ia sudah cukup menutup segala jenis aktiviti perniagaan. Namun, Sarah Hughes @ Globe tidak putus asa. Perniagaan diteruskan secara dalam talian. Melalui laman web rasmi, laman e-dagang dan whatsapp. 

Dari pengalaman itu, Sarah Hughes @ Globe mempunyai pasukan dropship untuk kain langsir dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Melalui keadaan yang getir, itulah pengalaman yang membawa nama Sarah Hughes @ Globe mampu bertahan sehingga ke hari ini. 

APA YANG ADA DI SARAH HUGHES @ GLOBE? 


TINGKAT G - Pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, samping, pakaian ibu hamil. 
TINGKAT 1: Home Deco, Langsir Siap Jahit, Sarung Bantal, Tuala 100% Cotton, Pakaian Kanak-Kanak, Pakaian Sekolah, Bunga Hiasan dan Pinggan Mangkuk 
TINGKAT 2 & TINGKAT 3 : Gio Fabrics jual kain ela.
TINGKAT 4: Kain Langsir & Tempahan Langsir

Jom ikut Ruby ke setiap tingkat bangunan Sarah Hughes @ Globe ini. Melalui tinjauan Ruby di sini, tiga jenama dalaman yang dihasilkan oleh Sarah Hughes @ Globe tertera Catwalk Paris, Wisemen dan Gosh For All. Kesemua pakaian dari jenama ini adalah dihasilkan dari material yang berkualiti dan terdiri dalam pelbagai warna menarik.

PAKAIAN LELAKI WISEMEN



Wisemen Baju Melayu dijual pada harga RM129, pelanggan turut akan mendapat butang baju melayu dan kain samping secara percuma.

PAKAIAN WANITA CATWALK PARIS


PAKAIAN KANAK-KANAK GOSH FOR ALL



PAKAIAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN UNTUK MAJLIS ISTIMEWA


PAKAIAN DAN KELENGKAPAN SEKOLAH



PAKAIAN PLUS SIZE SEHINGGA SAIZ 64!


SET PINGGAN MANGKUK MELAMINE 


BUNGA HIASAN


100% COTTON TOWEL DAN ALAS KAKI 



TINGKAT 4 SYURGA BUAT PENCINTA LANGSIR

Pengalaman pertama kali menempah langsir di Sarah Hughes @ Globe pada tahun 2016 adalah sesuatu yang mendebarkan. Risau berkenaan harga kain langsir dan risau dengan kos upah jahit langsir. Tapi, Ruby silap besar! Harga dan upah jahit yang mereka berikan adalah sangat berpatutan! MasyaAllah masa tu tak sangka kos langsir untuk sliding door, tingkap untuk 3 bilik dan kepala kain untuk pintu bilik semua selesai disediakan oleh pasukan Sarah Hughes @ Globe pada kadar bawah RM 500. 

Kini, perasaan takut sudah tiada, tapi.... perasaan nak cantikkan lagi rumah membuak-buak. Hehehehe. Kain langsir di Sarah Hughes @ Globe terdapat dari jenama-jenama antarabangsa yang hanya eksklusif di jual di sini. Malah material kain langsir juga berbeza-beza tersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan. Paling Ruby suka adalah kain langsir jenis blackout. Ia sangat sesuai untuk kami sekeluarga yang sukar tidur malam dan inginkan suasana gelap dan sepi. Barulah dapat tidur yang berkualiti!

Langsir juga ada beberapa fungsi seperti blackout 100% yang tidak akan tembus dengan sebarang cahaya, ada langsir anti-kebakaran yang sesuai digunakan oleh pemilik perniagaan seperti panggung wayang, pusat pelancongan, hotel dan sebagainya. Selain itu, langsir kalis air pun ada! Air tidak akan meresap di dalam fabrik, namun akan mengalir ke arah lain. Langsir begini sesuai untuk anda yang ada anak kecil. 

Seronok jika ingin mengetahui tentang langsir dari Sarah Hughes @ Globe ni. Promoter di sini sangat teliti dan tahu berkenaan langsir. Peramah pula tu untuk berkongsi cerita tentang langsir. Jangan malu segan untuk bertanya. Okay?

Setiap kali Ruby ke sini, harga pasti berbeza! Diskaun tak lokek diberikan. Memang best berurusan dengan pasukan Sarah Hughes @ Globe ni. Mereka akan uruskan semua dari awal sampai pasang. Syok betul!



PROMOSI LANGSIR BERSEMPENA PERAYAAN AIDILAHDA 2022 


LANGSIR, BLINDS, SOFA COVER, CUSHION COVER, TABLE RUNNER ADALAH KEPAKARAN KAMI! BIAR KAMI SETTLEKAN DARI MULA SAMPAI AKHIR.

LANGSIR SATU RUMAH FULL SET HANYA RM 1280 SAHAJA!!!! HARGA ASAL RM 3888.00. PERCUMA TALI PENGIKAT LANGSIR. 

HARGA DIATAS TERMASUK:
✅ PEMASANGAN LANGSIR PERCUMA ( hanya di kawasan Lembah Kelang dan Kuala Lumpur sahaja )  
✅ KHIDMAT NASIHAT PERCUMA
✅ AMBIL UKURAN DI RUMAH ANDA PERCUMA
✅ RALLING TRACK PERCUMA( harus yg berkualiti)
✅ SIAP JAHIT  
✅ SIAP PASANG CANGKUK LANGSIR PERCUMA
✅ TALI PENGIKAT LANGSIR PERCUMA
1. 2 SET UNTUK SLIDING BERUKURAN 10 KAKI LEBAR
2. 1 SET UNTUK TINGKAP BERUKURAN 7 KAKI LEBAR
3. 1 SET UNTUK TINGKAP BERUKURAN 5 KAKI LEBAR
4. 1 SET UNTUK TINGKAP BERUKURAN 4 KAKI LEBAR
*dengan terma dan syarat 

Whatsapp Sarah Hughes @ Globe sekarang di http://www.wasap.my/60176561624/fullhousesetrm1280


PROGRAM KEBAJIKAN SETIAP TAHUN OLEH SARAH HUGHES @ GLOBE


Setiap tahun, tanpa gagal pasukan Sarah Hughes @ Globe memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Tidak kira apa sahaja acara dan sambutan perayaan. Pasti ada sumbangan yang diberikan dalam bentuk pakaian mahupun dalam bentuk sumbangan kewangan. 

Pemilik Sarag Hughes @ Globe percaya bahawa membantu masyarakat sekeliling akan memberi kemakmuran kepada perniagaan mereka. Bukan sahaja, memberi sumbangan. Malah, baucar-baucar Sarah Hughes @ Globe turut diedarkan kepada pelajar sekolah agar mereka boleh membeli pakaian atau kasut sekolah baharu. 

Pendidikan sangat penting dan diharap dengan bantuan baucar ini dapat memberi semangat baharu untuk para pelajar terus menimba ilmu dengan pakaian baharu. Begitulah dermawan pihak Sarah Hughes @ Globe. Semoga terus sukses dan dilimpahkan lebih banyak rezeki. 

PELUANG PEKERJAAN DI SARAH HUGHES GLOBE


Diantara cara untuk Globe terus membantu masyarakat adalah dengan memberi peluang pekerjaan. Sama ada anda lelaki atau wanita, lepasan sekolah, tiada pendidikan tinggi, berpendidikan tinggi tetapi masih menganggur, yang sudah berumahtangga, usia sudah mencapai 50-an atau anda yang mungkin memerlukan pekerjaan separuh masa mengikut waktu lapang anda. Pihak pengurusan Sarah Hughes @ Globe menerima anda semua dengan hati terbuka. Asalkan anda jujur, amanah dan rajin bekerja. Hubungi Whatsapp Puan Hamidah Abdul Rahim di +60176561624

BAUCAR RM 50 UNTUK PENGIKUT RUBY.MY


Berita gembira buat anda semua! Pihak Sarah Hughes @ Globe berbesar hati untuk memberi baucar tunai RM 50! Syaratnya? Mudah sangat! Anda hanya perlu ke Sarah Hughes @ Globe dan tunjuk artikel Ruby ini di kaunter juruwang sahaja! Berikan nama penuh, nombor ic dan no telefon untuk rujukan pihak pengurusan. 

Seterusnya anda boleh berbelanja dan beli apa sahaja pada hari yang sama anda tebus baucar tersebut. 1 Keluarga, layak 1 Baucar. Dapatkan baucar bermula dari sekarang sehingga hujung bulan Julai 2022 atau sehingga stok masih ada. MasyaAllah Terima kasih Sarah Hughes @ Globe! 

Sarah Hughes @ Globe
185, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 
Isnin - Khamis 10AM - 7PM
Jumaat - Ahad 10PM - 9PM

11 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Waaa banyaknya pilihan dan harga pun murah juga tu.. suka jenis tersusun teratur je semua barang... takde laa semak nak memilih kann..

    BalasPadam
  2. Globe Silk Store tu zaman akak dulu2 tu. Pernah la pergi. Macam dia seangkatan dengan Fajar Supermarket masa akak kecik2 dulu. Oh namanya dah sarah Hughes ye. Ada kelengkapan sekolah tu elok la mak mak nak shopping barangan sekolah anak.

    BalasPadam
  3. Memang banyak pilihan. Pilihan mak2 ni memang tuju kat bahagian langsir hehe. Murah juga tu.

    BalasPadam
  4. dulu selalu shopping kt sini.. harga berpatutan dan byk betul pilihan

    BalasPadam
  5. Kalau Nell dan geng masuk sini sure akan sesat berjam2! Banyak juga pilihan kat sini kan! Wahh, thanks for the Duet Raya from Kak Ruby ye RM50 pun banyak juga tue.. kalau sempat go before Raya Haji ni, boleh shopping la..

    BalasPadam
  6. banyak pilihan kelengkapan diri dan rumah di sini.. Owh.. rupanya di sini ada jual baju plus size.. AM nak jengah pegi juga la

    BalasPadam
  7. Kedai serba serbi gini memang syok arr masuk, semua apa nak ada dalam atu store.. ni kalau masuk mau berejam duk dalam hehehe

    BalasPadam
  8. Wah best nyer! nanti i nak go to this store boleh lah redeem the voucher

    BalasPadam
  9. Thanks for sharing this Kak Ruby, nanti Sienny nak bawa mak shopping sini la. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  10. Ohhh kedai ni kita pernah lalu depan kedai tak singgah pun tak tahu apa yg ada ingat mcm kedai kain biasa rupanya macam2 ada yer ok menarik...

    BalasPadam
  11. Okay baru first time tau pasal store ni. Bolehlah nnti saya shopping di sini, guna voucher yang kak ruby share kan tu :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال