Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby ke Atria Shopping Gallery yang terletak di Damansara Jaya. Pusat membeli-belah ini adalah salah satu tempat yang Ruby suka datang sebelum COVID-19 melanda negara. Apa yang menarik di Atria? Boleh dikatakan Ruby selesa ke sini sebab trafik yang mudah akses melalui Lebuhraya Damansara–Puchong Expressway (LDP) dan SPRINT Expressway.
Mood di dalam Atria juga berbeza dengan pusat membeli-belah lain. Apabila ke sini, secara automatik Ruby rasa tenang berjalan-jalan di sekitarnya. Lokasi kedai juga mudah di cari dengan hanya menaiki eskalator tengah. Jika ke MBO Cinemas, Ruby akan naik lift terus ke tingkat 4.
Pencahayaan yang tenang juga amat membantu pengunjung berasa selesa. Tandas awam juga sentiasa bersih. Itu paling utama yang Ruby perhatikan apabila ke berkunjung ke pusat membeli-belah.
Sedar-sedar sudah malam. Kemudian dengar pengumuman pusat membeli belah akan ditutup. Masa tu baru la Ruby pulang. Hahaha. Oleh kerana Ruby suka sangat ke Atria. Ruby nak berkongsi dengan anda apa yang best di Atria. Sudah semestinya seleksi makanan. Sejak bergelar ibu ni, Ruby melalui fasa suami dan anak-anak mempunyai selera berbeza.
Kadang-kadang keluarga Ruby ke restoran makan sedikit je. Tapi bila nampak egg tart, mesti nak beli. Cheese cake mesti nak beli. Nampak ice blended pun nak beli. Kopi pun nak beli. Pulang dengan tangan penuh. Hahaha. Begitulah rutinnya. Jom Ruby kongsikan 8 tempat gastronomi menarik di Atria Shopping Gallery Damansara Jaya.
LA JUICERIA SUPERFOODS SIGNATURE
Diasaskan oleh Anabelle Co-Martinent. Bermula November 2013, La Juiceria menjual jus pertamanya dengan misi untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat dan bahagia. Setiap menu disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti.
TEDBOY
Memiliki 8 cawangan di Klang Valley, nama TEDBOY tidak asing lagi bagi kita semua. Ia adalah restoran seisi keluarga yang selesa dan mempunyai rangkaian makanan yang pelbagai. Dari sarapan pagi hingga ke makan malam. Semuanya tersedia di TEDBOY.
Bagi cawangan Atria, TEDBOY di buka seawal 9 pagi dan pesanan terakhir adalah pada 9 malam.
DAVE'S DELI
Pada tahun 1989, cawangan pertama Dave's Deli bermula dengan bar sandwic di Pusat Beli-belah Bangsar, Kuala Lumpur. Perniagaan ini tercetus dari dorongan selera yang besar untuk hidangan deli yang baik dan berkhasiat. Selain untuk mengenyangkan selera rakyat Malaysia dan seluruh dunia.
Pengasas Dave's Deli iaitu Encik David Chin dan isterinya, Maureen Chin bekerja tanpa jemu di dapur rumah mereka. Melalui pelbagai eksperimen, menguji rasa dan mencipta konsep dan perisa baharu yang segar.
Kini Dave's Deli sudah 33 tahun melayani rakyat Malaysia dan seluruh dunia.
LITTLE PENANG KAFE
Ditubuhkan pada 1999 dengan cawangan pertama Little Penang Kafe di Mid Valley. Namun, cawangan yang sudah beroperasi selama 23 tahun itu ditutup kerana pandemik COVID-19 melanda dunia.
Mereka terus bangkit. 3 cawangan masih beroperasi di Atria Shopping Gallery, Suria KLCC dan Tropicana Gardens Mall.
MR. CHIZU
MIKI BAKERY
ZUS COFFEE
BLACKBALL
Segarkan diri anda dengan menu pencuci mulut dari BlackBall. Bermula pada tahun 2006, dengan "Xian Cao" permata tempatan yang bukan sahaja mempunyai rasa yang enak tetapi baik untuk kesihatan. Kami adalah salah satu rangkaian pencuci mulut terbesar di Taiwan dengan lebih 200 cawangan dan kiok di seluruh dunia.
PERADUAN ATRIA GASTRONOMIC FEAST
Hanya dengan mengambil gambar makanan, mungkin anda bakal memenangi Atria Gift Vouchers bernilai RM500! Pertandingan bermula dari 5 - 31 Ogos 2022. Pemenang akan diumumkan pada 7 September 2022.
Kriteria dan perkara anda perlu lakukan adalah:
1️⃣ Like dan Follow Atria’s Facebook @AtriaDJ
2️⃣ Siarkan foto makanan anda dari mana-mana Outlet F&B di Atria dengan kapsyen paling kreatif tentang sebab anda suka makan di Outlet F&B.
3️⃣ Hashtag #AtriaGastronomicFeast #AtriaDJ dan berpeluang memenangi Atria Gift Vouchers!
FOOD STYLING & PHOTOGRAPHY CLASS WITH EUNICE MARTIN LEE
Ruby tertarik dengan program yang disediakan oleh Atria Shopping Gallery. Mereka menganjurkan kelas fotografi PERCUMA bersama jurufoto berpengalaman. Tahukah anda, penyertaan kelas sudah di tutup? Ya! Ramai ingin belajar ambil gambar makanan hanya menggunakan telefon pintar sedia ada. Tahniah buat semua peserta yang sudah mendaftar. Enjoy!
ATRIA CASHLESS PARKING
Sekarang, Atria menggunakan Touch 'n Go Cashless Parking. Setiap 1 jam pertama adalah percuma. Jam seterusnya adalah RM 1. Lebih mudah dan selesa kan?
Jalan SS 22/23,
Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya,
Tags
Foodie
Dave's Deli tu sedapppp! Suka makan Spicy Beef Fries dia. Tak pernah lagi jalan-jalan dekat atria ni, macam nak pergi jugak lah sebab ada beebrapa restoran yang belum dicuba
ردحذف