ALAMANDA MENGUMUMKAN PEMENANG UTAMA CABUTAN BERTUAH PROTON X50 FLAGSHIP DAN MELANCARKAN KEMPEN GOLDEN TICKET

Assalammualaikum semua! Pada 29 Julai yang lalu, pusat membeli belah Alamanda Putrajaya telah mengumumkan pemenang bertuah yang telah membawa pulang hadiah utama berupa kereta Proton X50 Flagship melalui kempen cabutan bertuah Alamanda yang telah disertai lebih dari 4000 peserta. Tahniah buat pemenang!

Selain itu, kempen “Golden Ticket” juga turut dilancarkan dengan baucar membeli-belah bernilai RM144,000 untuk dimenangi. Kempen ini bermula dari 29 Julai 2022 sehingga 21 Ogos 2022. Matlamat Alamanda adalah selama 24 hari kempen berlangsung, pasti ada 1 orang pemenang akan memenangi RM 1,000. Jika anda tidak memenangi RM 1,000, anda akan menerima RM 50 dari Alamanda juga. Best kan?

ALAMANDA MENGUMUMKAN PEMENANG UTAMA CABUTAN BERTUAH PROTON X50 FLAGSHIP DAN MELANCARKAN KEMPEN GOLDEN TICKET


“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu”. Berikutan pepatah melayu yang sinonim dengan tuah pemenang hadiah utama kempen cabutan bertuah “The Big Win” yang berlangsung di Pusat Beli-Belah Alamanda. 


Majlis penyerahan hadiah utama yang merupakan sebuah “Proton X50 Flagship” kepada pemenang Rabiatul Afiqah Mohd Rahim itu disaksikan oleh para media serta para pengunjung lain yang menyambut kemenangan beliau dengan ucapan tahniah.

“Saya sangat terkejut dan tidak percaya saya menang cabutan bertuah ini semasa menerima panggilan dari pihak Alamanda. Agak kerap juga saya menyertai pertandingan cabutan bertuah sebelum ini tetapi “tuah” saya belum kunjung tiba sehingga saat ini,” ujar surirumah berusia 30 tahun tersebut.

Rabiatul Afiqah yang menetap di Seremban turut berkata beliau seringkali mengunjungi Alamanda memandangkan ibu dan abang beliau tinggal berdekatan. “Lokasi Alamanda yang sangat strategik ini amat memudahkan perjalanan dan pengalaman membeli-belah saya dan keluarga yang mana kami boleh mendapatkan hampir apa sahaja yang kami cari, pastinya ada di Alamanda.”


Kempen membeli-belah “The Big Win” tamat pada 26 Jun 2022 lalu. Dengan setiap pembelian bernilai RM300 dimana mana kedai terpilih berserta maksimum dua resit pembelian, para pembeli layak menerima sekeping baucar beli-belah bernilai RM30 dan satu penamaan untuk menyertai pertandingan cabutan bertuah. Setiap pembeli yang layak dibenarkan membuat tiga penamaan maksimum untuk satu hari.

Hadiah utama Proton X50 yang ditawarkan adalah varian “Flagship” yang dilengkapi dengan kepelbagaian ciri dan spesifikasi premium dan menarik. Harga atas jalan bagi Proton X50 Flagship adalah RM103,300 (tidak termasuk insuran) yang mana ianya adalah satu-satunya varian yang dilengkapi dengan bumbung panoramik, 1.5L TGDi Enjin 3-Silinder turbo suntikan terus dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0. Kejayaan kempen ini adalah hasil usaha kolaborasi bersama pihak Alamanda dan pengedar sah Proton Malaysia, The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd yang berlokasi di Bandar Baru Bangi. 

Pusat perkhidmatan servis ini adalah antara pusat servis ternama Proton 4S yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan servis kereta, penjualan alat ganti dan pengedaran kereta proton sah malah perkhidmatan cat kereta juga turut disertakan bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan kepelbagaian perkhidmatan dibawah satu bumbung.

KEMPEN “THE GOLDEN TICKET”


Keriangan di Alamanda diteruskan dengan pelancaran kempen ganjaran harian. Kempen yang akan berlangsung dari 29 Julai 2022 sehingga 21 Ogos 2022 mengundang para pengunjung untuk memenangi cabutan bertuah segera apabila pembelian minimum yang bernilai RM300 melalui dua bukti resit daripada mana-mana kedai terpilih di Alamanda layak menyertai cabutan bertuah segera ini.


101 kotak mini yang mengandungi baucar beli-belah Alamanda akan dibuka setiap hari, yang mana salah satu daripadanya mengandungi sekeping “Golden Ticket” bernilai RM1000 dan sekeping baucar “White Ticket” yang bernilai RM50 bagi 100 kotak yang lain. 

Pihak pengurusan Alamanda ingin memastikan tiada pembeli yang akan pulang tanpa sebarang habuan! Bagi meningkatkan tahap keterujaan, setiap lebihan hadiah akan digabungkan dengan 101 hadiah untuk hari berikutnya. Para pembeli dikehendaki untuk membawa bukti resit ke kaunter pertanyaan pada hari pembelian. Had penyertaan adalah satu hadiah untuk setiap pembeli untuk setiap hari selagi stok masih ada.


“Kepelbagaian tawaran menarik yang diadakan oleh pihak Alamanda adalah satu daya usaha untuk kami terus menghargai para pengunjung setia. Dengan kadar pemulihan ekonomi yang kian meningkat, pihak kami berharap agar inisiatif ini akan mendorong momentum positif yang berterusan untuk kita menginjak ke fasa hujung tahun yang lebih kukuh,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd. 

Turut hadir di sidang penyerahan hadiah tersebut adalah Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong juga Ketua Pegawai Eksekutif The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd, Vincent Phang. 

Untuk sebarang maklumat mengenai Kempen “Golden Ticket” sila berhubung dengan pegawai pertanyaan di kaunter pertanyaan.

MENGENAI PUSAT MEMBELI BELAH AMAMANDA PUTRAJAYA


Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. 

Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.

Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, pusat boling, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال