Assalammualaikum semua! Ada filem baru bakal pecah panggung weii. Serius Ruby amat menantikan filem kesukanan. Melalui sukan, ia secara automatik menyatukan kita semua walau berlainan bangsa dan agama. Kulit warna lain-lain, tetapi kalau ada perlawanan sukan melibatkan tanah air tercinta iaitu Malaysia. Kita pasti bersungguh-sungguh menyokong. Perlawanan Bola Sepak paling terkini Ruby benarkan suami pergi menonton secara langsung di KLFA adalah perlawanan di antara pejabat dia.
Sejak dah bergelar ibu ni, Ruby hanya menonton perlawanan bola sepak melalui televisyen atau youtube sahaja. Itu pun ulangan! Hahaha. Namun, semangat kesukanan tetap diteruskan sebab kita perlu tahu apakah perkembangan terkini sukan bola sepak. Setakat nama pemain ternama seperti Christiano Ronaldo tu dekat twitter berderet berita kan? TikTok pun ada. Tapi, perkembangan sukan bola sepak Malaysia tidak banyak. Pemain kita pun sibuk berlatih, siapa pula nak rekod video perkembangan mereka? Kena lantik agensi video untuk aktif di media sosial atlet negara. Barulah best kan? Netizen memang suka tengok personal life atlet. Betul! Tak Tipu!
Menonton trailer filem ini juga sudah membuatkan semangat kita berkobar-kobar apabila nampak susuk tubuh pelakon kegemaran ramai iaitu Beto Kusyairy. Dengar pula tiap dialog yang dilontarkan. Lagi bertambah semangat ingin mengetahui keseluruhan filem! Wah Beto Kusyairy sebagai Jurulatih Bola Sepak?? Gempak betul ni!
Umum sedia maklum bagaimana Beto Kusyairy menjiwai watak. Pasti memberi 700%!! Membawa watak Coach Zainal. Ia bukan perkara mudah. Peralihan zaman pun kita boleh lihat dari masa ke semasa. Ruby dan ramai lagi sangat teruja ingin menonton Beto Kusyairy sebagai jurulatih bola sepak!
"Beto Coach? Kami Hadir!"- Netizen
Mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy, filem yang menelan belanja RM5.5 juta itu turut menampilkan aktor terkenal, Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Adam Corrie.
Turut membintangi, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD iaitu Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady. Tidak ketinggalan, penampilan anak saudara Sultan Pahang iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.
Penerbitnya, Fadzil Manap berkata, filem Anak Rimau The Movie mengetengahkan nilai positif membabitkan semangat berpasukan, kegigihan dan sikap tidak berputus asa dalam kalangan generasi muda untuk berjuang mencapai cita-cita.
“Banyak mesej penting yang mahu disampaikan dalam filem ini. Ia juga mengetengahkan elemen perpaduan, semangat nasionalisme, patriotik dan kepelbagaian kaum, sekali gus sesuai untuk tontonan pelbagai kaum di Malaysia,” katanya.
Namun, kongsinya, bukan mudah menghasilkan filem menampilkan barisan pelakon muda yang tiada asas dalam bidang lakonan.
“Justeru, Keeklr Films mendapatkan khidmat guru lakonan, Fatimah Abu Bakar yang banyak membantu dari aspek emosi, penghayatan watak, menghafal dialog dan sebagainya. Selain itu, jurulatih AMD, Osmera Omaro turut menjadi penasihat kepada pelakon muda di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan prestasi lakonan ditampilkan barisan pemain bola sepak muda AMD termasuk aspek komitmen dan disiplin tinggi diberikan ketika penggambaran filem ini pada 2019,” katanya yang mengetengahkan bakat 11 pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari AMD.
Mengulas penggambaran filem, Fadzil berkata, idea menghasilkan filem tercetus pada April 2018, penggambaran dimulakan tiga bulan kemudian membabitkan lokasi sekitar Pahang. Penggambaran filem arahan Areel Abu Bakar itu selesai pada Ogos 2019.
“Filem Anak Rimau The Movie menjalani penggambaran selama 60 hari di beberapa lokasi menarik seperti Pulau Tioman, Kuantan, Sungai Lembing, Beserah dan AMD. Selain cabaran dari segi cuaca panas terik dan hujan, kami terpaksa menggunakan khidmat feri untuk penggambaran di Pulau Tioman. Kami juga memiliki lokasi pantai di Beserah. Namun, penggambaran berdepan mencabar apabila perlu mengusung peralatan dalam Hutan Lipur Pandan, Kuantan ketika menjalani penggambaran di Air Terjun Panching.
“Kos membabitkan bajet besar disebabkan menggunakan khidmat lebih 2,000 pelakon tambahan termasuk remaja dan pelajar sekolah, terutama untuk babak dalam stadium. Lebih menarik, filem ini tidak menggunakan teknik imej janaan berkomputer (CGI),” katanya.
Filem Anak Rimau The Movie yang sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.
Ditanya sasaran filem, Fadzil berharap filem Anak Rimau The Movie boleh menjadi inspirasi kepada golongan anak muda yang mempunyai cita-cita bergelar pemain bola sepak.
“Selain itu, kami juga mengharapkan naskhah ini juga mampu meningkatkan semangat patriotik di kalangan generasi muda, bertepatan dengan Hari Kemerdekaan Ke-65, selain membantu pembangunan sukan bola sepak tanah air. Anak Rimau The Movie akan ditayangkan serentak di 68 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pada 1 September ini,” katanya.Filem Anak Rimau The Movie dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
TRAILER ANAK RIMAU THE MOVIE
Selain itu, lagu tema berjudul Pentas Dunia ciptaan Bajai dan lirik oleh Amylea Azizan turut dinyanyikan barisan pelakon seperti Idan, Kechikimi, Hanz Daniel, Wan Omar Daanyal, Joel Law dan Hakeem. Video muziknya sudah dilancarkan menerusi laman YouTube sejak 7 Julai lalu.
Lagu tema rasmi (OST) Anak Rimau akan tersedia di platform penstriman muzik utama termasuk Amazon, Anghami, AWA, Boomplay, Deezer, Facebook, Flo, iHeartRadio, iMusica, iTunes/Apple Music, Jiosaavn, JOOX, KKBOX, Mixcloud, MusicTime, NetEase, Nuuday, Pandora, Peloton, Resso, Rhapsody/Napster, Shazam, Snap, Soundcloud. Spotify, Tencent, Tidal, TikTok, Triller dan YouTube Music, bermula 7 Julai 2022.
Tags
Hiburan
Memang peminat Beto menunggu laaa ni.. Anak Rimau maksudnya, team bola Malaysia ke ekk, harimau Malaya hehehehe
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWah! Ada Beto Kusyairi lah. Pelakon favourite saya juga tuh. InshaAllah akan hadir juga menonton nanti.
BalasPadamSalam kenal. Wah, kalau Beto Kusyairi berlakon wajib tonton ni.
BalasPadam