FILEM AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA BAKAL MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN!

Majlis Pra-Tonton dan Sidang Media AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA telah berlangsung di GSC Mid Valley. Buat kali pertama filem AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA ini dipertontonkan kepada rakan media dan satu sesi temubual diadakan bersama pengarah filem iaitu Zulkarnain Azhar dan Frank See serta barisan pelakon seperti Aiman Hakim Ridza, Dato’ Adi Putra, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo. 

FILEM AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA BAKAL MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN!


AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Filmsdan SixFun Media. 

Filem ini mengisahkan tentang Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad Pasukan Khas nya yang telah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam penerbangan semasa perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh kumpulan pengganas. 

Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan satu misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib yang juga seorang juruterbang pesawat pejuang Sukhoi serta aset-aset tempur TUDM yang lain telah secara bersama diaturgerakkan untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

FILEM AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA BAKAL MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN!

Di sebelah malamnya turut berlangsung Tayangan Perdana. Tetamu kehormat majlis adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM. Turut hadir di majlis tersebut adalah Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Pengerusi, Kumpulan Multimedia; Datuk Steven Lim, Pengarah Urusan, Kumpulan Multimedia; Cik Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Golden Screen Cinemas; Encik Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Astro; Encik Frank See, Pengarah, FXHammer Films dan Encik KC Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif, SixFun Media.

AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA


AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA


Tayangan Perdana AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA yang berlangsung dalam 17 dewan pawagam di GSC Mid Valley, dihadiri oleh lebih daripada 2,300 orang tetamu, termasuk pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta selebriti-selebriti tempatan. Wakil pihak penaja utama filem AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA iaitu Bonia dan Cuckoo serta penaja bersama AHB dan 7 Days turut hadir ke majlis gilang-gemilang hari ini. 

Dengan sokongan penuh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), filem penuh aksi AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA ini bakal memecah panggung di 170 lokasi di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula 25 Ogos 2022. Ia juga tersedia dalam Dolby Atmos dan 4DX untuk pengalaman yang lebih gempak. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال